Filem Seram Indonesia Danur 2: Maddah Bakal Kembali Menghantui Pawagam

0
501
views

Selepas menghantui penonton melalui filem pertama berjudul Ghost-Danur: I Can See Them, sutradara Awi Suryadi kembali menghasilkan sambungan filem seram tersebut yang berjudul Danur 2: Maddah. Filem kali ini masih diadaptasikan dari novel karya Risa Saraswati berjudul Maddah yang diterbitkan pada tahun 2012.

Dibintangi pelakon-pelakon hebat seperti Prilly Latuconsina, Kevin Bzezovski, Wesley Andrew, Gamaharitz, Shawn Andrian, Sophia Latjuba dan Bucek Deep, Danur 2: Maddah. akan menyambung kisah dari filem pertama dimana Risa yang bersahabat dengan 5 hantu iaitu Willaim, Peter Hans, Janshen dan Hendrik, kemudian Risa bertemu dengan hantu yang lain iaitu Norma dan Marianne. Bagaimana, perwatakan Marianne yang agak ego telah meretakkan persahabatan Risa dengan sahabat-sahabat hantunya yang lain.

Walaupun filem pertama Ghost-Danur: I Can See Them pernah ditayangkan di Malaysia, untuk filem kali ini tidak dapat dipastikan bilakah ia akan ditayangkan. Pada tahun lalu, Ghost-Danur: I Can See Them merupakan pencabar bagi sebuah lagi filem seram arahan Joko Anwar yang berjudul Pengabdi Setan

Filem kedua ini bakal ditayangkan di biskop-biskop Indonesia pada 29 Mac 2018.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here