Filem Qhaliq Ditarik Dari Pawagam Lebih Awal, Penerbit Luah Rasa Kecewa

0
1631
views

Baru seminggu ditayangkan dipawagam, filem arahan Rosli Mohd. Taib berjudul Qhaliq telah ditarik dari pawagam lebih awal oleh pengusaha panggung. Disebabkan itu, penerbitnya Datuk Fyzal Fuazi meluahkan rasa kecewanya terhadap apa yang berlaku.

Berkata kepada Harian Metroa, beliau hanya mengetahui mengenai penarikan filem tersebut apabila membawa beberapa ahli kadet bomba bagi menjayakan ‘movie day out’, dan mendapati filem tersebut tidak ditayangkan.

Malah dia turut menerima beberapa aduan daripada penonton yang menyuarakan kekecewaan sama apabila tidak dapat menonton filem tersebut apabila ia dibatalkan walaupun pada mulanya jadual tayangan filem itu dipaparkan.

Penerbit Ohhsem Networks Sdn Bhd ini berkata isu ini adalah sebagai bukti kepada isu yang pernah ditimbulkan oleh pengarah dan penerbit Ahmad Idham, yang mendakwa ramai penerbit filem baru menjadi mangsa Skim Wajib Tayang.

“Saya pun tidak pasti siapa sebenarnya yang bertanggungjawab perihal syarat tayangan di pawagam ini. Adakah kuasa pemilik pawagam di Malaysia lagi besar daripada penggubal peraturan perihal pawagam dan tayangan?,” 

Fyzal berkata filemnya yang mula ditayangkan pada 14 Jun lalu sepatutnya ditayangkan di pawagam tempatan sekurang-kurangnya dua minggu, iaitu sehingga minggu hadapan, tetapi sebaliknya berlaku.

Sebelum ini, Qhaliq sepatutnya ditayangkan pada April lalu tetapi menarik diri bagi memberi laluan kepada filem seram Dukun arahan Dain Said.

Filem mengenai dunia anggota bomba ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Risteena Munim, Aliff Yasraf, Ahmad Idham dan Nur Albaniah.

Sumber: Cinema Online

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here