Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Pertama Deadpool Akhirnya Ditayangkan Di China


Selepas dua tahun ditayangkan, akhirnya filem pertama Deadpool ditayangkan di China tidak lama lagi. Filem arahan Tim Miller itu bakal ditayangkan di Festival Filem Beijing pada penghujung bulan hadapan, beberapa minggu sebelum tayangan filem sekuel Deadpool yang dijadualkan akan ditayang pada 16 May 2018.

Filem superhero ‘r-rated’ itu telah membuat kejutan apabila berjaya mengaut lebih $700 juta dolar, menjadikan salah satu filem ‘r-rated’ paling tinggi pernah dihasilkan. Bagaimanapun, kutipan tersebut tidak melibatkan negara China kerana negara tersebut tidak pernah menayangkan filem Deadpool dan sebabnya juga tidak diketahui.

Walaupun China tidak memberikan sebab kenapa filem antihero itu tidak ditayangkan di negara tersebut, pemerhati berpendapat filem tersebut mungkin mengandungi mesej subversif dan juga kandungan seksual yang melampau sehingga menyebabkan negera lubuk Hollywood itu tidak menayangkan filem Deadpool.

Selain itu juga, menurut laporan Variety, negara China tidak mempunyai sistem rating untuk filem, dan mengkehendaki semula filem yang ditayangkan sesuai untuk semua peringkat umur, Deadpool bagaimanapun tidak menepati syarat negara tersebut kerana kandungan keganasan dan seksual yang melampau.

Festival Filem Beijing akan berlangsung diantara 15 sehingga 22 April, selain Deadpool, festival itu juga akan menayangkan filem Logan versi hitam putih dan 2 filem awal franchise X-men.



Related posts

Jennifer Garner Kembali Sebagai Elektra Dalam ‘Deadpool 3’

Kakimuvee

Hugh Jackman Goda Hubungan Deadpool & Wolverine Dalam “Deadpool 3”

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Barisan Penulis “Doctor Strange 2” Pernah Bincangkan ‘Cameo’ Deadpool

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee