Filem Ola Bola Sudah Mengutip RM8 Juta

0
214
views

olabolabanner_thumbnail

Filem OlaBola terbitan Astro Shaw menunjukkan angka luar biasa pada tahun ini apabila mencatatkan kutipan terbaharu iaitu RM8 juta selepas 13 hari ditayangkan.

Berita itu dimaklumkan oleh Astro Show dalam satu kenyataan kepada mStar Online yang dikeluarkan di sini pada Rabu.

Filem arahan Chiu Keng Guan yang sebelum ini turut mengarahkan filem box-office The Journey itu telah mengalahkan filem Mat Moto yang mendapat kutipan lebih RM4.2 juta.

OlaBola yang ditayangkan bermula 28 Januari lalu menampilkan barisan pelakon seperti Bront Palarae, JC Chee, Muhd Luqman Hafidz, Saran Kumar, Eric Teng Shin Wang dan Lim Jian Wen.

Filem berkenaan mengambil inspirasi daripada kegemilangan pasukan bola sepak kebangsaan sewaktu berjaya memasuki Sukan Olimpik 1980 di Moscow.

Tahun lalu, filem Polis Evo lakonan Shaheizy Sam dan Zizan Razak mencatatkan kutipan mengejutkuan iaitu RM17.4 juta (berdasarkan rekod Finas).

sumber: mStar Online

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here