Filem Obi-Wan: A Star Wars Story Dilaporkan Akan Memulakan Penggambaran Tahun Hadapan?

0
92
views

Desas-desus mengenai filem solo Obi-Wan Kenobi semakin bertuip kencang di Hollywood apabila terdapat beberapa khabar angin filem berkenaan mula tersebar dilaman-laman hiburan. Antara yang hangat diperkatakan adalah mengenai pengarah dan juga kemungkinan sinopsis untk filem akan datang ini.

Menurut laman hiburan comicbook.com, filem spin off Star Wars yang berjudul Obi-Wan: A Star Wars Story ini dijangka akan memulakan penggambarannya pada musim luruh tahun hadapan dengan tajuk pembikinan adalah “Joshua Tree”.

Stephen Daldry, bekas pengarah filem The Hours, Billy Elliot dan juga siri televisyen terkenal The Crown dilaporkan akan menjadi pengarah untuk filem spin off ini.

Lokasi penggambaran dijangka akan bertempat di Studio penggambaran filem Star Wars: The Last Jedi yang terletak di kota London.

Menurut laman web itu juga, filem spin off Star Wars ini akan ditetapkan sebelum kronologi Star Wars: A New Hope. Berikut adalah sinopsis filem Obi-Wan: A Star Wars Story 

“The synopsis reads as follows … Obi-Wan is on Tatooine being an elusive hermit and stuff, but secretly watches over an infant Luke Skywalker, whom he delivered to his uncle, Owen. Tensions between the local farmers and a tribe of Sand People — headed by a ruthless war chief — eventually brings Obi outta hiding … and into Jedi kickass mode. Scene.”

Buat masa ini tiada pelakon yang dikaitkan dengan filem spin off ini dan belum ada tarikh rasmi tayangan diumumkan oleh pihak studio.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here