Filem ‘Live Action’ Mulan Ditukar ke Tahun 2020

0
299
views

Selepas hampir setahun mencari aktres yang sesuai untuk bawa karakter Mulan, pihak mengumumkan tarikh tayangan filem ‘Live Action’ Mulan ditukar dari 2 November 2018 ke tarikh baru iaitu pada 27 Mac 2020.

Filem Mulan merupakan antara beberapa filem Disney yang telah diubah tarikh termasuklah filem Avengers: Infinity War yang diawal seminggu dari tarikh asal. Perubahan tarikh tayangan filem ini mungkin dikaitkan dengan pencarian yang cukup lama pelakon untuk karakter tersebut. Aktres dari negara China, Liu Yifei atau juga dikenali sebagai Crystal Liu dipilih untuk membawakan watak Mulan pada November tahun lepas.

Sepasukan pencari bakat telah melawat 5 benua dan melihat lebih 1000 calon untuk berlakon dalam filem klasik muzikal yang pernah popular pada tahun 1998.

Filem ‘live action’ Mulan akan diarahkan oleh Niki Caro manakala Elizabeth Martin dan Lauren Hayneck akan menulis skrip untuk filem ini. Selain itu juga, pelakon Ming-Na Wen yang melakonkan suara dalam filem asal dilaporkan akan muncul sebagai watak ‘cameo’ dalam filem penggembaraan ini nanti.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here