Filem Inspirasi Pilihanraya Ke-14 Bakal Dihasilkan

0
40
views

Kemeriahan dan suasana mendebarkan semasa pilihanraya yang lalu telah menjadi inspirasi kepada pembikin filem tempatan. Berjudul “Rise: Ini Kalilah”, filem berkenaan diinspirasikan dari Pilihanraya ke-14 yang lalu dan akan dibintangi beberapa pelakon hebat seperti Remy Ishak, Jack Tan, Sangeeta Krishnasamy dan Mira Filzah.

Filem “Rise: Ini Kalilah” akan mengisahkan perjalanan beberapa rakyat Malaysia semasa pilihanraya ke-14 yang lalu. Ia akan mengandungi beberapa cerita seperti liku-liku yang dihadapi oleh pelajar Malaysia diluar negara dan juga seorang ahli perniagaan yang berhadapan dengan tuduhan bermotifkan politik dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia.

Filem ini diarahkan oleh Saw Teong Hin, Nik Amir Mustapha serta Prem Nath dan ianya diterbitkan oleh syarikat Prodigee Film, Filmmaker Studio dan WebTVAsia.

Penggambaran Rise: Ini Kalilah akan memakan masa selama tiga bulan dan akan dilakukan dibeberapa lokasi di Malaysia, Singapura dan Britain. Filem ini akan menemui penonton pada 13 September ini.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here