Filem-Filem Yang Paling Banyak Menyebut “F-Word’

0
302
views

Anda kenal Samuel L. Jackson? sudah tentu anda kenal pelakon berkenaan. Selain lakonannya yang mantap, beliau cukup dikenali sebagai aktor yang suka menggunakan perkataan “Motherfucker”  dan gemar menghamburkan kata-kata kesat dalam setiap pertuturan dialog filem-filem lakonannya.

Jika anda menonton filem-filem Hollywood, perkataan-perkataan seperti ‘son of a bitch’, ‘fuck’, ‘bullshit’, “i’m don’t give a damn’ adalah perkataan yang biasa diucapkan oleh para pelakon dalam mana-mana filem mereka. Hollywood telah menggunakan perkataan-perkataan kesat dalam filem sejak tahun 1929, iaitu 2 tahun selepas terciptanya filem yang mempunyai suara/bunyi. Sejak daripada itu, filem-filem yang dihasilkan pasti akan mempunyai perkataan dan ayat carutan sehinggakan pihak penapisan filem US terpaksa menapis penggunaan perkataan dan ayat tidak senonoh ini dalam filem.

Jika sesebuah filem itu menggunakan terlampau banyak perkataan yang tidak sesuai, filem berkenaan akan diberi rating R atau ’18 Tahun Ke Atas’ (mengikut rating Lembanga Penapisan Filem – LPF) walaupun filem tersebut tidak memaparkan aksi keganasan, seks dan politik yang melampau.

Filem Hollywood lakonan Leonardo DiCaprio berjudul Wolf of Wall Street menjadi fiilem filem banyak penggunaan ‘f-word’ iaitu sebanyak 569 kali. Tetapi jumlah tersebut tidak mampu menyaingi filem komedi dari Kanada iaitu Swearnet: The Movie, dimana filem tersebut telah mencatat rekod penggunaan ‘f-word’ paling banyak dalam Guinness World Records iaitu sebanyak 935 kali. Al Pacino pula menjadi aktor yang paling banyak menyebut perkataan “fuck” dalam filem.

Antara 10 filem teratas yang paling banyak menggunakan ‘f-word’ dalam filem:

Swearnet: The Movie – 935 kali
Fuck – 857 kali
The Wolf of Wall Street – 569 kali
Summer of Sam – 435 kali
Nil by Mouth – 428 kali
Casino – 422 kali
Straight Outta Compton – 392 kali
Alpha Dog – 367 kali
End of Watch – 326 kali
Twin Town – 318 kali

Anda boleh tonton video dibawah yang menunjukan sejarah penggunaan bahasa-bahasa kesat dalam filem

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here