Filem-Filem Yang Menghimpunkan Para Bintang

0
304
views

Movies_0-9_Ocean_s_13_Thirteen_009373_

selain daripada skrip, kesan khas, dan perjalanan cerita, pelakon juga memainkan peranan penting dalam penghasilan sesebuah filem. Kebiasaannya, producer akan memilih satu atau dua bintang popular untuk berlakon dalam filem mereka, dan mengunakan pelakon yang kurang popular sebagai watak tambahan.

Tetapi terdapat beberapa filem yang dihasilkan dibintang bukan satu atau dua, tetapi hampir kesemua watak dalam filem yang dihasilkan dibintangi oleh pelakon-pelakon popular dan berbakat. Disini kami senaraikan beberapa filem yang menghimpunkan para bintang: 

The-expendables-iii-poster

1. The Expendables 3 (2014)

Pelakon: Sylvester Stallone, Jason Statham, Antonio Banderas, Jet Li, Wesley Snipes, Dolph Lundgren, Kelsey Grammer, Randy Couture, Terry Crews, Kellan Lutz, Ronda Rousey, Glen Powell,Victor Ortiz, Robert Davi, Mel Gibson, Harrison Ford, dan Arnold Schwarzenegger.

Filem himpunan pelakon dan bekas pelakon filem-filem aksi. Filem arahan Patrick Hughes dan Sylvester Stallone diantara penulis filem ini. Mengisahkan sekumpulan askar upahan yang dikenali sebagai “The Expendables” telah ditugaskan untuk memburu ketua penyeludup senjata, Conrad Stonebanks (Mel Gibson) yang juga merupakan bekas anggota The Expendables.

Pulp Fiction

2. Pulp Fiction (1994)

Pelakon: John Travolta, Samuel L. Jackson, Bruce Willis, Uma Thurman, Ving Rhames, Christopher Walken, Tim Roth, Harvey Keitel, Rosanna Arquette, Eric Stoltz, Amanda Plummer.

Arahan pengarah Quentin Tarentino, filem komedi jenayah ini telah memenangi beberapa anugerah termasuklah disenaraikan dalam pencalonan Oscar. Filem ini mempunyai 3 cerita yang berlainan dan cerita yang berlainan ini berkait rapat menjadi satu filem. Mengisahkan 2 pembunuh upahan, pasangan suami isteri gangster, seorang peninju dan sepasang penjenayah di sebuah restoran.

oceans-eleven

3. Ocean 11 (2001)

Pelakon: George Clooney, Brad Pitt, Matt Damon, Julia Roberts, Andy Garcia, Carl Reiner, Don Cheadle, Elliott Gould, Bernie Mac, Casey Affleck, Scott Caan.

Filem himpunan bintang terbaik pernah dihasilkan. Mengisahkan sekumpulan penjenayah pintar yang merancang untuk merompak kasino terbesar di Las Vegas. Filem ini penuh dengan humor, aksi dan rancangan mereka untuk menyusup masuk ke dalam dan merompak kasino tersebut. Filem ini mendapat keuntungan sebanyak $450,728,529 seluruh dunia.

The Departed

4. The Departed (2006)

Pelakon: Leonardo DiCaprio, Jack Nicholson, Matt Damon, Mark Wahlberg, Alec Baldwin, Martin Sheen, Ray Winstone, Vera Farmiga, Anthony Anderson.

Mengisahkan Billy Costigan (Leonardo DiCaprio), yang merupakan polis muda yang ingin mencipta nama dikalangan anggota polis. Dia telah ditugaskan untuk menyamar dalam kumpulan gangster yang diketuai oleh Frank Costello (Jack Nicholas) manakala Collin Sullivan (Matt Damon), penjenayah kecil-kecilan yang terpaksa bekerja untuk Frank. Filem aksi thriller ini memenangi 4 Academy Award dari 5 pencalonan.

tropic_thunder10

5. Tropic Thunder (2008)

Pelakon: Ben Stiller, Robert Downey, Jr., Jack Black, Steve Coogan, Jay Baruchel, Danny McBride, Brandon T. Jackson, Bill Hader, Nick Nolte, Tom Cruise.

Filem mengisahkan sekumpulan pelakon yang sedang dalam pembikinan filem perang Vietnam disebuah kawasan hutan. Pengarah filem tersebut kecewa dengan mereka dan meninggalkan mereka didalam hutan tersebut menyebabkan mereka terpaksa mencari jalan untuk keluar dari tempat itu berdasarkan bakat-bakat lakonan mereka. Filem ini turut memenangi beberapa anugerah yang dipertandingkan.

moonrise_kingdom_29

6. Moonrise Kingdom (2012)

Pelakon: Bruce Willis, Ed Norton, Bill Murray, Frances McDormand, Tilda Swinton, Harvey Keitel, Jason Schwartzman, Bob Balaban, Kara Hayward, Jared Gilman.

2 kanak-kanak berusia 12 tahun telah bercinta semasa di kem musim panas. Mereka secara rahsia telah melarikan diri dari kem tersebut menyebabkan Edward Norton, Bill Murray, Frances McDormand dan Bruce Willis, anggota polis tempatan terpaksa mencari pasangan muda itu. Filem ini mendapat pencalonan untuk

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here