Filem-Filem Yang Di Ban Atas Alasan Yang Tidak Munasabah

0
619
views

banned films

Setiap filem yang dihasilkan kadang-kala pasti akan menyentuh sensitiviti seseorang atau sesebuah negara samada secara sengaja ataupun tidak. Tidak kurang juga terdapat filem yang mana jalan ceritanya tidak sesuai untuk ditonton oleh umum seperti adegan ranjang yang melampau ataupun terlampau ganas dan kejam untuk di tonton seperti filem Cannibal Holocaust

Selain itu juga, filem-filem yang dihasilkan juga boleh digunakan sebagai alat propaganda sesebuah negara dengan tujuan untuk memberi kesan psikologi kepada rakyat, pemimpin atau sesebuah organisasi. Atas sebab-sebab itu, sesebuah filem akan ditapis terlebih dahulu bagi mengelakkan ia memberi kesan kepada penonton disesebuah negara tersebut.

Tetapi terdapat beberapa filem yang diharamkan oleh beberapa buah negara atas sebab-sebab yang tidak munasabah. Disini kami senaraikan 5 Filem Yang Diharamkan Atas Sebab Yang Tidak Munasabah. 

ET-Extraterrestrial

1. E.T – The Extra Terrestrial

Filem arahan Steven Spielberg mengisahkan seorang budak lelaki dan kawannya yang merupakan makhluk asing dari planet lain. Filem ini bukan saja mencapai kejayaan besar samada dari segi keuntungan, ianya juga telah dicalonkan dalam beberapa anugerah. Selain itu filem ini menyampai mesej dan kesan yang cukup mendalam kepada penonton. Biasalah filem arahan pengarah legend ini memang tidak mengecewakan.

Tetapi di negara Sweden, filem ini telah diharamkan untuk ditonton oleh kanak-kanak dibawah usia 11 tahun kerana watak orang dewasa dalam filem ini dianggap musuh kepada kanak-kanak. Hairan ya, filem ini adalah filem untuk kanak-kanak tetapi kanak-kanak di Sweden tidak dibenarkan untuk menonton filem E.T

The-Simpsons

2. The Simpsons Movie 

Kartun The Simpsons adalah antara siri kartun yang terkenal di Amerika.  Selain daripada humor yang ditampilkan dalam siri kartun ini, ianya juga kerap menampilkan lawak yang berbaur politik dalam setiap rancangan mereka.  Pada tahun 2007, siri kartun ini telah di filemkan menjadi Filem The Simpsons Movie dan telah ditayangkan diseluruh dunia termasuk Malaysia.

Tetapi terdapat satu negara yang mengharamkan filem ini iaitu Myanmar. Bukan disebabkan lawak politik mereka, tetapi kerana kulit karakter kartun berwarna kuning.

Semasa filem ini ditayangkan, Negara Myanmar sedang diperintah oleh Aung San Suu Yi. Musuh politik beliau adalah dari parti politik National League of Democracy yang mana warna rasmi parti politik itu adalah Merah dan Kuning. Pemimpin kerajaan Myanmar menganggap filem ini mempromosi parti politik lawan mereka hanya kerana karakter kartun filem The Simpsons berwarna kuning.

2012

3. 2012

Filem hari kiamat, 2012 ini adalah antara filem terbesar yang ditayangkan pada tahun 2009. Bagaimanapun, filem arahan Roland Emmerich ini tidak dialu-alukan di negara Korea Utara.

Ini kerana, pada tahun 2009, ialah hari jadi ke-100 bekas pemimpin negara tersebut iaitu Kim Il Sung dan mereka sedang meraikan hari jadi tersebut. Memandangkan tidak mahu hari keraian mereka diganggu dengan pekara-pekara negatif, mereka telah mengharamkan filem 2012 kerana menganggap terlampau banyak pekara negatif dalam filem tersebut.

Walaupun kebanyakkan penonton seluruh menganggap filem tersebut sebagai mengarut dan tidak mengambil serius gambaran kiamat yang akan berlaku, tetapi tidak bagi pemimpin Korea Utara yang menganggap serius pekara tersebut.

Blue-Jasmine

4. Blue Jasmine

Pada tahun 2013, filem arahan Woody Allen, Blue Jasmine telah mengondol sejumlah besar anugerah yang dipertandingkan termasuklah anugerah Oscar. Dengan kejayaan tersebut, pastinya filem ini sangat berkualiti tinggi untuk ditonton. Tetapi tidak di India.

Di negara tersebut, filem ini diharamkan kerana satu benda ini, menayangkan karakter sedang merokok didalam filem. Hanya dua scene sahaja yang menunjukkan karakter tersebut sedang merokok, dan kerajaan India terus mengharamkan filem ini dari memotong scene tersebut.

The-Interview-Korea

5. The Interview

Filem ini mengisahkah dua wartawan yang diupah oleh CIA untuk membunuh diktator Korea Utara, Kim Jong Un. Filem ini mendapat respond pemimpin negara tersebut yang mengarahkan hukuman bunuh atau penjara seumur hidup jika didapati memiliki atau menonton filem The Interview.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here