Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Filem-Filem Tempatan Yang Gagal Dari Segi Kutipan Tiket


Minggu lalu, kami telah mengeluarkan artikel mengenai filem – filem Box Office Hollywood yang gagal memberi keuntungan kepada pihak studio. Terdapat banyak sebab kenapa filem-filem berkenaan tidak sukses dari segi kutipan tiket.

Antara sebab yang penyebabkan kegagalan kutipan tiket adalah saingan dengan filem-filem besar yang lain. Di Malaysia juga terdapat beberapa filem yang menarik tetapi gagal menarik penonton ke panggung wayang. Kurang promosi, tiada sokongan dari penonton dan masalah lanun cetak rompak menjadi faktor kegagalan filem-filem tempatan untuk mendapat kutipan seperti yang diharapkan.

Mari kita lihat beberapa filem menarik tempatan yang gagal memberi pulangan kepada pihak studio.

Hikayat Merong Mahawangsa

Salah satu filem epik hasil kreativiti anak tempatan. Filem Hikayat Merong Mahawangsa atau tajuk untuk pasaran luar The Malay Chronicles: Bloodlines dihasilkan oleh KRU Studio dengan modal sebanyak USD 2.2 juta. Filem ini menampilkan banyak kesan-kesan khas yang cukup menarik, tetapi sayangnya, filem ini tidak mampu untuk memberi pulangan modal kepada pihak studio apabila dapat mengutip sebanyak USD 1.9 juta. Namun filem ini tetap sebuah filem epik tempatan paling menarik pernah dihasilkan.

Kanang Anak Langkau

Filem Biopik arahan pengarah Bade Hj Ramli ini mengisahkan perjalanan hidup perwira negara,  Temenggong Datuk Kanang anak Langkau. Difahamkan bajet filem ini mencecah RM5.5 juta, tetapi pulangannya cukup mengecewakan dengan hanya mendapat RM177 ribu sahaja. Ramai peminat filem berpendapat, promosi yang tidak meluas menjadi salah satu sebab kegagalan filem ini untuk menarik penonton ke panggung wayang. Tambahan pula, filem ini terpaksa bersaing dengan filem J Revolusi yang ditayangkan 2 minggu lebih awal.


Puteri Gunung Ledang

Sebuah lagi filem epik tempatan selain Hikayat Merong Mahawangsa, ia adalah filem pertama termahal pernah dihasilkan oleh produksi Malaysia dengan modalnya mencecah RM16.6 juta. Tetapi sayang, status kehebatan filem ini tidak mampu untuk memberi sekurang-kurangnya pulangan modal kepada pihak produksi apabila hanya mampu mengaut kurang dari RM3 juta. Bagaimanapun, filem ini telah mendapat pengiktirafan di Festival Filem Malaysia 2004 apabila berjaya menerima 5 anugerah termasuklah Katergori Pengarah Terbaik dan Best Screenplay. Filem ini juga disenarai pendek untuk pencalonan Anugerah Academy, tetapi gagal untuk disenaraikan dalam senarai pencalonan.

Syukur 21

Filem yang penuh dengan nilai-nilai murni dan juga dibintangi kesemua ahli kumpulan Nasyid pada era 2000an, Raihan. Syukur 21 merupakan filem tempatan pertama yang menggunakan teknologi sistem bunyi SDDS. Filem ini hanya mampu mengaut RM1 juta berbanding dengan modal pembikinan sebanyak RM3.5 juta

Interchange

Sebuah filem menarik yang mengabungkan aktor Malaysia dan Indonesia dan diarahkan oleh pengarah Dain Iskandar. Tidak dinafikan, filem thriller horror ini sangat menarik untuk ditonton tetapi, penonton tempatan mungkin tidak dapat menerima filem-filem sebegini buat masa ini. Pembikinan filem Interchange telah menelan perbelanjaan sebanyak RM3.5 juta tetapi hanya dapat mengutip RM 500 ribu sahaja.

Tanda Putera

Tanda Putera adalah filem biopik arahan Suhaimi Baba dan juga sekuel kepada filem 1957: Hati Malaya. Filem ini mengisahkan perjalanan hidup bekas Perdana Menteri Ke-2, Tun Abdul Razak selepas insiden rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Tayangan filem ini telah dikritik dan ditentang teruk oleh parti-parti politik pembangkang kerana dikatakan berbau perkauman. Mungkin disebabkan itu, filem ini hanya mampu mengaut RM900 ribu sahaja dari modal pembikinan sebanyak RM4.7 juta.

Hanyut

Filem arahan pengarah U-Wei Haji Saari ini tergendala selama 4 tahun selepas pengambarannya pada tahun 2012. Ini gara-gara tiada peruntukkan untuk menjalankan promosi sebelum ianya dapat ditayangkan. Perbelanjaan untuk menghasilkan filem Hanyut  ini telah mencecah RM18 juta, tetapi mendapat sambutan dingin di negara Indonesia, malah di Malaysia ia hanya mampu RM70 ribu sahaja. Menjadikan filem tempatan rugi pernah dihasilkan.


Related posts

10 Rancangan Muslim Yang Anda Boleh Tonton Di Qalbox

Kakimuvee

Balik Kampung Dengan Disney+ Hostar & Bintang-Bintang Tempatan Kegemaran Anda Sempena Raya Ini

Kakimuvee

5 Pelakon Wanita Korea Yang Boleh Bawa Pelbagai Watak

Kakimuvee

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee