Filem-Filem Tempatan Terbaik 2017

0
750
views

Tahun 2017 kini semakin hampir ke penghujung, sebanyak 57 filem tempatan telah ditayangkan setakat dengan filem terakhir yang juga filem penutup tahun ini sedang ditayangkan iaitu KL Wangan. Ada yang telah mendapat kutipan yang sangat memberangsangkan dan terdapat juga yang mendapat mendapat kutipan tiket yang cukup menyedihkan. Boleh dikatakan lebih 90% filem tempatan baik filem melayu, filem berbahasa cina dan tamil mendapat kutipan kurang dari setengah juta, sedangkan banyak filem-filem yang kurang mendapat mendapat sambutan sebenarnya sebuah filem yang baik.

Dimana silapnya? tiada promosi ataupun mentaliti penonton tempatan yang begitu skeptikal dengan kualiti filem-filem dari negara kita sendiri. Jadi kami disini ingin kongsikan 10 filem tempatan terbaik 2017 dan dalam senarai top 10 ini terdapat filem yang kurang mendapat mendapat sambutan yang memberangsangkan..

10. Aku Haus Darahmu

Walaupun filem seram sering kali dikatakan antara filem klise yang sering dibikin oleh pengarah-pengarah tempatan, tetapi 2017 menyaksikan industri filem tanah air kekurangan filem-filem bergenrekan seram. Hanya 5 filem seram dihasilkan pada tahun ini, tetapi kami lebih memilih filem Aku Haus Darahmu berbanding filem-filem seram yang lain. Skor bunyi yang begitu menjadi, kualiti lakonan Nad Zainal & Deanna Yusoff serta plot dan background ala-ala filem klasik menjadikan Aku Haus Darahmu antara filem terbaik tahun ini. Tetapi kekurangan ‘keseramannya’ menyebabkan filem ini gagal menarik penonton ke panggung wayang.

Rating: 6.5/10

9. J Revolusi

J Revolusi dilihat sebagai pencabar kepada filem Polis Evo yang diterbitkan pada tahun sebelum itu. Dengan menggunakan acuan filem-filem aksi Hong Kong, J Revolusi berjaya memberikan sebuah karya filem aksi polis yang cukup fresh kepada para penonton. Lakonan mantap Zul Ariffin, Farid Kamil, Izara Aisyah diselangselikan dengan karakter kelakar Azad Jasmin menjadikan ia sebuah filem aksi yang baik kepada pengemar-pengemar filem aksi.

Rating: 7/10

8. You Mean The World To Me

Sebuah filem yang mampu bermain dengan emosi anda. Filem pertama yang dihasilkan dengan menggunakan dialek Hokkien sepenuhnya dan telah berjaya merangkul tiga anugerah di Festival Filem Malaysia ke-29 menerusi kategori Lakonlayar Terbaik, Muzik Skor Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik. Sesuai untuk mereka yang inginkan kelainan dalam menonton filem tempatan.

Rating: 7/10

7. Pinjamkan Hatiku

Pinjamkan Hatiku

Osman Ali sememangnya terkenal dalam menghasilkan filem-filem bergenre romantik, Pinjamkan Hatiku merupakan filem terbaru yang diarahkan oleh pengarah tersebut. Dibintangi oleh Shaheizy Sam, Aida Jebat dan Farid Kamil memaparkan percintaan 3 segi diantara Naufal dan Hasnan yang mencintai gadis yang sama. Bagaimanapun ia bukanlah sebuah filem romantik yang tipikal yang kerap berlaku pergaduhan keluarga dan konflik percintaan. Ia sebaliknya menceritakan pengorbanan Naufal yang mahu melihat gadis kesukaannya menjalani kehidupan yang indah. Lakonan yang sangat berkualiti dari barisan para pelakon menjadi salah satu sebab Pinjamkan Hatiku antara filem menarik tahun ini.

Rating: 7.5/10

6. Abang Long Fadil 2

Abang Long Fadil telah berjaya mencipta sejarah dengan menjadi filem tempatan paling sukses dari segi kutipan tiket apabila berjaya mengutip lebih RM18 juta sejak hari pertama tayangan. Zizan kembali membawakan karakter Fadil dalam filem kali ini, dan aksi komedi yang ditonjolkan dengan baik oleh pelakon-pelakon menjadikan filem arahan Syafiq Yusof ini begitu hype dikalangan pengemar filem sehinggakan ia mampu memenuhi kerusi-kerusi kosong di pawagam.

Rating: 8/10

5. Bisik Pada Langit

Dari telefilem ke filem, kisah seorang ayah yang begitu menyayangi anak perempuannya, mampu menitiskan air mata setiap penonton hatta individu yang mengaku dirinya kental menahan air mata. Lakonan berkesan Jalil Hamid serta jalan cerita yang memberi impak besar kepada penonton menjadi Bisik Pada Langit sebuah filem underdog yang mampu mengitai filem-filem besar.

Rating: 8/10

4. Tombiruo

Filem yang baru ditayangkan dan antara filem yang ditunggu-tunggu oleh peminat. Adaptasi dari novel aksi thriller berjudul sama karya Ramlee Awang Murshid, Tombiruo begitu mantap dalam menampilkan aksi-aksinya dalam filem ini walaupun ramai yang mengatakan plot filemnya begitu lemah. Gandingan duo Zul Ariffin dan Farid Kamil sekali lagi banyak membantu keberkesanan filem ini di mata penonton. Anda pernah membaca atau tidak novel Tombiruo? itu tidak penting, yang penting anda menonton sebuah filem aksi yang paling mantap yang pernah dihasilkan.

Rating: 8/10

3. Kid For Big Apple 2: Before We Forget

filem sekuel The Kid From The Big Apple 2: Before We Forget sangat sesuai untuk mereka yang gemarkan filem-filem bertemakan kekeluargaan dan ringan. Selain menunjukan realiti kehidupan masyakarat pada masakini, ia juga sarat dengan mesej-mesej positif. Plot, kualiti lakonan menjadikan filem ini antara filem tempatan terbaik dihasilkan pada tahun ini.

Rating: 8.5

2. Jibam

Filem yang berkualiti tetapi sayang tidak mendapat kutipan yang diharapkan. Dihimpit dengan filem-filem besar membuatkan Jibam hanya dapat bertahan seminggu sahaja di panggung wayang walaupun beberapa panggung tempatan menyambung tempoh tayangan filem ini. Ia berkisarkan tentang seorang kanak-kanak istimewa bernama Jibam. Dia mewarisi bakat mengubati orang daripada ayahnya. Walaubagaimanapun, dia sering diejek oleh budak-budak kampung kerana sikapnya pelik

Rating: 9/10

1 Adiwiraku

Segala-galanya hampir ‘perfect’ buat filem ini. Kualiti lakonan para pelakon walaupun mereka kebanyakkannya bukanlah pelakon (pelajar sekolah), penceritaan yang berkesan, dialog yang begitu baik, adaptasi cerita asal yang begitu menjadi serta kesan emosi kepada para penonton menjadikan filem Adiwiraku antara filem terbaik tahun ini. Walaupun gagal dari segi kutipan, dari segi kualiti filem ini menang. Ianya terbukti apabila diangkat menjadi filem terbaik di Festival Filem Malaysia ke-29 yang berlangsung baru-baru ini. Kami di Kakimuvee meletakkan filem ini Wajib tonton semasa tayangannya.

Rating: 9/10

Honorable mention

  1. Kanang Anak Langkau
  2. Aku Haus Darahmu
  3. Hijabsta Ballet
  4. KL Wangan
  5. Mrs. K
  6. Haunted Hotel
  7. Lebuhraya ke Neraka
Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here