Filem-Filem Superhero Terbaik 2017 Pilihan Kakimuvee

1
32
views

Selepas tayangan filem Justice League pada 15 November yang lalu, maka berakhirlah senarai filem-filem superhero yang ditayangkan tahun 2017. Sebanyak 10 filem Superhero ditayangkan dipawagam termasuklah sebuah filem IMAX Inhumans yang ditayangkan September yang lalu dan juga filem superhero yang dihasilkan oleh produksi Rusia.

Secara keseluruhan, kami berpuas hati dengan kesemua filem yang dihasilkan dan merasakan penatian kami untuk menonton filem-filem superhero ini sangat berbaloi. Jadi kami disini ingin kongsikan filem-filem superhero 2017 terbaik untuk tahun ini mengikut ranking.

Pilihan anda bagaimana? kongsikan diruangan komen nanti ya!

10. Guardians

Satu-satu filem superhero yang bukan dari Hollywood, Guardians diterbitkan oleh produksi Russia dan sememang mengangkat bangsa Russia sebagai superhero mereka. Trailernya telah memberikan satu gambaran kepada penonton bahawa filem ini bakal menandingi filem-filem superhero keluaran Hollywood, tetapi gambaran tersebut nyata meleset kerana filem superhero Rusia ini sangat-sangatlah bosan dan aksinya agak menyedihkan.

Tetapi ada sesuatu yang menarik mengenai filem ini, iaitu kualiti CGI nya. Kami yakin, jika plot, karakter development dan aksinya menarik, ia pasti mampu menandingi filem-filem superhero keluaran Hollywood.

Guardians mengisahkan supersoldier yang dicipta semasa perang dingin, mereka dipanggil untuk berkhidmat dengan negara bagi menghentikan penjahat yang sangat berkuasa dari memusnahkan negara Rusia dan juga dunia.

Rating: 3.5/10

9. Inhumans

Inhumans bukanlah sebuah filem, tetapi sebaliknya adalah projek siri televisyen yang diterbitkan oleh ABC Studios dan Marvel Televisyen. Dua episod pertama siri tv ini telah ditayangkan di pawagam-pawagam IMAX dan bagi kami, inhuman satu-satunya live-action terbitan Marvel yang paling membosankan dan tetapi berbaloi untuk anda tonton jika anda ingin melihat siri-siri live action Marvel.

Inhumans mengisahkan kerabat diraja Inhumans yang terpaksa melarikan diri dan mencari pelindungan selepas berlaku rampasan kuasa di negara mereka.

Rating: 6/10

8. Power Rangers

Power Rangers yang 23 Mac 2017 yang lalu mengembalikan serba sedikit nostalgia zaman kanak-kanak peminat siri Power Rangers. Walaubagaimanapun perubahan ketara dari segi sut dan robot telah menyebabkan peminat kecewa dan mengkritik filem ini. Aksinya tidak begitu banyak, dan menumpukan kepada pembangunan watak-watak Power Rangers dalam filem ini – bagi saya ianya bagus untuk projek seterusnya. perjalanan filem bagi saya sangat Ok walaupun perlahan diperingkat awal filem.

Filem reboot pertama Power Rangers ini mengisahkan 5 sekawan yang menemui kuasa baru dan perlu menyelamatkan bumi dari dimusnahkan oleh musuh lama Power Rangers, Rita Repulsa.

Klik sini untuk Review penuh

Rating: 8/10

7. Justice League

Justice League baru sahaja ditayangkan dipawagam beberapa hari lepas. Ramai peminat meletakkan harapan yang tinggi terhadap filem ini tetapi mereka kecewa dengan apa yang dipersembahkan kepada mereka. Kritikan terhadap jalan cerita, karakter dan CGI benar-benar membunuh filem Justice League.

Tetapi bagi kami, Justice League benar-benar menghiburkan. Banyak perubahan yang dilakukan selepas filem Batman V Superman dan Suicide Squad dikritik teruk oleh peminat dan pengkritik Kami juga berpuas hati dengan aksinya yang ditunjukkan walaupun beberapa karakter Justice League tidak menonjolkan abilitinya yang sebenar.

Justice League menyambung dari kisah Batman V Superman dimana, Batman, Wonder Women perlu bergabung dengan Aquaman, Cyborg dan The Flash untuk membentuk pakatan Justice League selepas kematian Superman bagi membendung kedatangan penjahat yang mahu menakluki bumi.

Klik sini untuk Review Penuh

Rating: 8/10

6. The Lego Batman Movie

The best Joker dan the funnier Batman so far. The Lego Batman Movie adalah spinoff dari filem animasi The Lego Movie. Humor-humor yang ditunjukan sangat mengelikan hati disamping karakter dan jalan ceritanya tidak membosankan. Yang paling kami suka ialah watak joker yang dibawakan oleh Zack Galifianakis, kelakar, kejam tetapi berhati tisu.

The Lego Batman Movie mengisahkan Bruce Wayne aka Batman yang sekian lama hidup sendirian dan terpaksa membuang ego dan sifatnya yang suka bersendiri dan memuji diri sendiri untuk bergabung dengan sidekicknya menentang Joker yang ingin memusnahkan Gotham City.

Rating: 8/10

5. Spider-Man: Homecoming

Antara impian peminat-peminat Marvel Cinematic Universe adalah melihat Spider-Man berjuang bersama-sama superhero lain dalam filem-filem Marvel dan akhirnya impian mereka tertunai apabila Sony dan Marvel berkerjasama dalam menghasilkan filem Spider-Man: Homecoming.

Walaupun ramai peminat membezakan karakter yang dibawah oleh Tom Holland dengan dua pelakon sebelum ini iaitu Andrew Garfield dan Tobey Maguire. Tetapi bagi kami, lakonan Tom Holland benar-benar mengambarkan perwatakan Peter Parker yang sebenar. Dari segi aksi, ianya jauh berbeza dari filem Spider-Man arahan Sam Raimi, tetapi dari segi comic adaptation, Spider-Man: Homecoming adalah yang terbaik.

Spider-Man: Homecoming mengisahkan Peter Parker yang baru pulang dari terlibat dengan Civil War dan perlu meneruskan hidupnya sebagai seorang remaja, pelajar sekolah serta superhero bagi membanteras jenayah kecil-kecilan di kawasan kejiranannya. Namun, dia dapati terdapat penjenayah yang cukup merbahaya dikawasannya dan dia perlu menghentikan kegiatannya itu walaupun dibantah oleh Tony Stark aka Iron Man.

Klik sini untuk review penuh

Rating: 8.5/10

4. Guardians of The Galaxy Vol. 2

Guardians of the Galaxy meneruskan rentak retro mereka dalam filem kedua dan pendekatan kali ini sedikit berbeza dari filem sebelumnya. Bagi kami, filem kedua ini tidak dapat menandingi filem pertama yang lebih menarik, kelakar dan mempunyai lebih aksi berbanding sekuel kedua.

Tetapi Guarians of the Galaxy Vol. 2 tetapi memberi kesan dan membuatkan peminat-peminat Marvel sentiasa mengingati filem ini kerana dipenghujung filem ia memberikan perasaan sedih kepada penonton dengan kematian Yondu.

Guardians of the Galaxy Vol. 2 menceritakan pengembaraan Peter Quill aka Starlord dan Guardians of the Galaxy dalam membanteras penjahat di galaksi dan dalam masa yang sama mencari asal usul Peter Quill yang dikatakan sangat berbeza sebagai seorang manusia. Pencarian mereka akhir membawa kepada pertemuan diantara Guadians dan juga makhluk celestial yang dikenali sebagai Ego

Klik sini untuk review penuh

Rating: 8.5/10

3. Wonder Women

The best DCEU movie so far. Walaupun peminat filem berkata filem ini bosan dan kurang aksi berbanding 3 filem DCEU sebelum ini, Wonder Women diangkat filem terbaik DC kerana perjalanan ceritanya yang jelas, karakter development, kualiti lakonan dan mutu pengarahan pengarah wanita iaitu Patty Jenkins.

Filem ini juga diangkat sebagi simbol feminism dikalangan wanita yang mana hero tidak semestinya dikalangan lelaki sahaja.

Wonder Women mengisahkan latarbelakang Diana Prince yang dilahirkan sebagai anak kepada dewa Zeus. Dia kemudianya telah membantu Steve Trevor dalam menghentikan perang dunia yang sedang berlaku pada waktu itu.

Klik sini untuk review penuh

Rating: 9/10

2. Thor: Ragnarok

Terlampau kelakar? berwarna-warni? tidak ‘dark’ seperti dua filem Thor terdahulu? well bagi kami ianya antara filem Terbaik Marvel setakat ini. Sangat ‘fun’ dan ‘entertaining’ dengan humor dan karakternya. Ia melonggarkan sedikit ketegangan sebelum kita melihat beberapa superhero Marvel yang bakal meninggalkan Marvel Cinematic Universe tidak lama lagi.

Thor: Ragnarok juga menunjukan transformasi Thor sebagai dewa petir yang tidak perlu bergantung kepada senjatanya untuk menunjukkan kekuasaan yang ada pada dirinya. Filem ini juga adalah pintu kepada Infinity War yang kita bakal saksikan tidak lama lagi.

Selepas Mjolnir dimusnahkan oleh Hela dan terbuang ke planet Saakar, Thor perlu mengejar masa untuk menghentikan Hela dari menakluki 9 Realms.

Klik sini untuk review penuh

Rating: 9/10

1 Logan

And the winner of superhero movie this year kami berikan kepada Logan! Tiada lagi aksi Logan aka Wolverine selepas filem ini apabila pelakonnya, Hugh Jackman memutuskan untuk bersara dari membawakan watak Wolverine yang dipegangnya selama 13 tahun, rekod watak superhero paling lama dipegang oleh seorang pelakon.

Logan memberikan sebuah filem superhero yang patutnya kita dapat tonton dengan aksi ganas dan penuh dengan darah. Hugh Jackman benar-benar memberikan 110% komitmennya sebagai Wolverine dalam filem kali ini. Ramai pengkritik dan peminat filem beranggapan, Logan adalah filem superhero terbaik pernah dihasilkan setakat ini, dan kami bersetuju dengan pandangan mereka. Lebih membuatkan karakter Logan ini diingati adalah saat-saat akhirnya dipenghujung filem yang boleh membuatkan penonton mengalirkan air mata.

Logan mengisahkan Logan dan Profesor X yang perlu melindungi seorang kanak-kanak yang mempunyai kuasa luar biasa (sama seperti Logan) dari diburu satu organisasi jahat yang ingin membunuh kanak-kanak tersebut.

Klik sini untuk review penuh

Rating: 10/10

Loading...

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here