Filem-Filem Popular Ini Bakal Dihasilkan Semula Oleh Hollywood

Sudah menjadi trend buat studio-studio di Hollywood untuk menghasilkan semula filem-filem hit yang pernah popular pada zaman dahulu. Ada filem yang dihasilkan semula berjaya dan meletup seperti It dan ada juga yang gagal untuk mengatasi filem asal sehinggakan “flop” serta gagal dari segi keuntungan. Bagaimanapun, ia tidak menghalang untuk studio disana terus menghasilkan semula filem-filem lama dengan diberi nafas baru.

Berdasarkan artikel dari Den of Geek, kami ingin kongsikan beberapa filem popular yang bakal diberikan nafas baru oleh Hollywood. Jom kita tengok filem apakah yang bakal dihasilkan semula.

Ace Ventura

Menurut laporan Deadline, filem lakonan Jim Carrey ini bakal dihasilkan semula oleh produksi Morgan Creek Productions. Bagaimanapun filem ini tidak akan melibatkan pelakon asal Jim Carrey

Aladdin

Ramai yang tahu, Disney sedang menghasilkan live-action filem animasi Aladdin yang akan diarahkan oleh Guy Ritchie. Antara bintang yang akan berada dalam filem ini adalah Will Smith

Blade

Menurut pelakon asal Blade, Wesley Snape, Marvel kini dalam perbincangan untuk me’reboot’ filem Blade yang akan menjadi salah sebuah filem dalam Marvel Cinematic Universe, ataupun sekurang-kurangnya sebagai TV Series di Netflix

Bloodsport

Bloodsport adalah filem aksi terbaik yang pernah dilakonkan oleh aktor Jean Claude Van Damme. Difahamkan, remake filem ini sedang dalam progress, penolong penulis skrip filem Taken 2 akan menulis filem ini manakala pengarah Phillip Noyce bakal mengarahkan filem ini.

Charlie’s Angels

Sony baru mengumumkan akan me”reboot” kembali filem trio wanita terkenal Charlie’s Angels dengan pengarah Pitch Perfect, Elizabeth Banks bakal mengarahkan filem ini.

The Chronicles Of Narnia

Sony dan Entertainment One telah mengambilalih franchise filem ini dari 20th Century Fox dan bakal menghasilkan semula filem epik pengembaraan ini dengan pelakon-pelakon yang baru.

The Crow

Jason Momoa akan membintangi filem reboot The Crow Reboot dengan Corin Hardy akan bertindak sebagai pengarah. Tetapi filem ini mengalami sedikit masalah dan tertangguh sekian lama. Dijangkan filem ini akan memulakan pengambaran dalam bulan ini.

Das Boot

Filem perang terkenal arahan Wolfgang Petersen ini dikatakan akan dihasilkan semula atau setidak-tidaknya menjadi miniseries televisyen selepas syarikat produksi German Bavaria Studio berjaya mendapatkan hak penerbitan filem Das Boot. Mereka merancang untuk hasilkan semula filem perang ini tidak lama lagi.

Firestarter

Novel Stephen King, Firestarter bakal diadaptasikan buat kali kedua dalam bentuk filem apabila Produksi Blumhouse mengumumkan akan menghasilkan filem ini tidak lama lagi. Akiva Goldsman bakal mengarahkan filem ini.

The Green Hornet

Filem komedi aksi The Green Hornet yang dibintangi oleh Seth Rogen dan Jay Chou adalah reboot dari filem berjudul sama yang dihasilkan pada era 60an yang dibintangi oleh Bruce Lee dan Britt Reid. Kini ia bakal dihasilkan sekali lagi dan bakal diarahkan oleh Ben Affleck

Green Lantern

Tidak menjadi rahsia lagi apabila Warner Bros mengumumkan filem Green Lantern akan dihasilkan pada tahun 2020 sebagai salah sebuah filem karakter superhero DC

I Know What You Did Last Summer

Franchise I Know What You Did Last Summer yang terkenal pada era 90an bakal dihasilkan semula dengan pengarah Mike Flanagan akan bertindak selaku pengarah dan penulis filem ini.

The League Of Extraordinary Gentleman

The League Of Extraordinary Gentleman yang dibintangi oleh Sean Connery ini bakal dihasilkan semula dan akan penerbitnya adalah John Davis. Cuma buat masa ini tiada perkembangan lanjut mengenai filem ini serta belum lagi mempunyai pengarah.

The Matrix

Menurut laporan laman web The Hollywood Reporter, Warner Bros berminat untuk menghasilkan trilogi The Matrix. Buat masa ini, penulis filem-filem Marvel, Zak Penn sedang berunding untuk menulis filem ini.

Mortal Kombat

New Line Cinema merancang untuk menghasilkan semula filem ini dengan James Wan ditugaskan sebagai penerbit filem aksi yang diadaptasikan dari permainan video

Rambo

Stallone kembali sebagai Rambo? tidak, filem ini bakal menampilkan pelakon baru dan akan diarahkan oleh Ariel Vroman. Difahamkan filem ini akan berjudul Rambo: New Blood

 

Post Author: Kakimuvee

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *