Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem-Filem Paling Teruk 2017 Mengikut Ranking Rottentomatoes


Superman Mustache

Rottentomatoes merupakan antara laman web popular yang memberi rating kepada filem-filem dan siri televisyen. Laman web ini sering menjadi sumber rujukan pengemar filem untuk mengentahui sama ada filem tersebut berkualiti ataupun tidak.

Bagaimanapun, tidak semua pengemar filem setuju dengan rating yang dikeluarkan oleh laman web ini. Ada yang mengatakan mereka dibayar untuk memberi rating yang positif ataupun negatif. Apa pun pendapat mereka, Rottentomatoes sering menjadi tumpuan apabila filem-filem blockbuster mula ditayangkan, ini kerana, jika sesebuah filem tersebut diberi rating rendah oleh laman web ini, ia akan memberi kesan besar kepada prestasi filem tersebut apabila dimainkan dipanggung wayang.

Sepanjang tahun 2017, banyak filem-filem blockbuster Hollywood telah di’certified rotten’ oleh laman web tersebut, dan sesetengahnya menerima kesan buruk apabila hampir flop dan tidak mendapat kutipan memberangsangkan seperti filem King Arthur dan The Mummy. Malah terdapat juga filem yang ditahan ratingnya dari ditunjukkan kepada umum bagi mengelakkan ia gagal diawal tayangan (anda tahu filem apa). Walaubagaimanapun  terdapat juga filem-filem yang menarik bagi penonton, tetapi diberi rating rendah oleh Rottentomatoes – pekara yang menyebabkan argument dikalangan pengemar filem sama ada rating Rottentomatoes ini boleh dipercayai ataupun tidak.

Apapun pendapat anda mengenai laman tersebut, kami disini ingin kongsikan 20 filem paling teruk mengikuti ranking Rottentomatoes. Adakah anda setuju dengan rating-rating yang diberikan oleh mereka?

20. Ghost in the Shell – 46%
19. Justice League – 40%
18. Jigsaw – 34%
17. Monster Trucks – 31%
16. Wonder Wheel – 30%
15. King Arthur: Legend of the Sword – 30%
14. Bad Moms Christmas – 28%
13. The Book of Henry – 21%
12. Underworld: Blood Wars – 20%
11. Daddy’s Home 2 – 18%
10. All Eyez on Me – 18%
9. The House – 17%
8. The Dark Tower – 16%
7. The Mummy – 16%
6. Transformers: The Last Knight – 15%
5. Emoji Movie – 9%
4. Nut Job 2: Nutty by Nature – 9%
3. Rings – 7%
2. Tyler Perry’s Boo! 2: A Madea Halloween – 6%
1. Just Getting Started – 5%



Related posts

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

Trailer ‘Transformers: Rise of the Beasts’ Pratonton Filem Blockbuster Terbaru Transformers

Kakimuvee

Trailer & Poster Pertama “Transformers: Rise of the Beasts” Telah Dilancarkan

Kakimuvee

WB Padam Trailer “Black Adam” Selepas Dikecam Peminat Zack Snyder Kerana Menggunakan Rakaman ‘Josstice League’

Kakimuvee

Warner Bros. Discovery Anggap JUSTICE LEAGUE Versi 2017 Adalah ‘Rasmi’, Abai Versi ‘Zack Snyder’

Kakimuvee

Steven Spielberg Nasihat Michael Bay Untuk Berhenti Dari Hasilkan Filem “Transformers”

Kakimuvee