Filem-Filem Menarik Minggu Ini (15 – 21 April 2018)

0
254
views

Sepanjang minggu lalu, beberapa filem menarik telahpun ditayangkan kepada umum antaranya filem seram tempatan berjudul Dukun, A Quiet Place dan filem lakonan Dwayne Johnson aka The Rock yang berjudul Rampage.

Minggu ini kita bakal disajikan beberapa filem yang tidak kurang hebatnya. Selain beberapa filem berbahasa Inggeris, filem dari seberang dan juga Korea turut akan mewarnai filem-filem yang bakal ditayangkan pada minggu ini. Jadi kami di Kakimuvee ingin berkongsi dengan anda semua filem-filem yang menarik untuk ditonton sepanjang minggu ini.

Ghostland

18 | Seram | 19 April 2018

Pengarah: Pascal Laugier | Pelakon: Crystal Reed, Anastasia Phillips, Emilia Jones

Sinopsis: Pauline dan dua orang anak perempuannya, Beth dan Vera, mewarisi sebuah rumah daripada mak ciknya. Pada malam pertama di rumah baru mereka, Pauline berdepan dengan penceroboh dan dia terpaksa melawan demi keselamatan anak-anaknya. 16 tahun kemudian kedua-dua anak perempuannya telah bertemu kembali di rumah tersebut dan perkara aneh mula berlaku.

The Lodgers

18 | Seram / Drama / Romantik | 19 April 2018

Pengarah: Brian O’Malley | Pelakon: Charlotte Vega, Bill Milner, Eugene Simon, David Bradley

Sinopsis: Berlatarkan pada tahun 1920 di pedalaman Ireland, terdapat sepasang kembar bernama Rachel dan Edward tinggal di sebuah rumah lusuh. Setiap malam kediaman mereka menjadi tumpuan entiti jahat yang meletakkan tiga peraturan kepada kembar tersebut iaitu mereka perlu tidur sebelum tengah malam, mereka tidak boleh membenarkan orang luar melalui kawasan kediaman mereka, dan jika salah seorang cuba melarikan diri, nyawa seorang lagi akan berada dalam bahaya.

Apabila Sean, seorang veteran perang bermasalah, pulang ke perkampungan berdekatan, dia tertarik dengan Rachel, yang mula melanggar peraturan yang ditetapkan. Tindakannya itu menyebabkan abangnya berdepan ancaman maut dan sumpahan itu akan terus menghantui mereka.

Gringo

18 | Pengembaraan / Komedi / Drama | 19 April 2018

Pengarah: Nash Edgerton | Pelakon: David Oyelowo, Joel Edgerton, Amanda Seyfried, Charlize Theron, Thandie Newton

Sinopsis: Filem aksi komedi ini berkisarkan tentang seorang ahli perniagaan bernama Harold Soyinka. Dia mendapati dirinya telah melampaui batas, dari seorang yang patuh pada peraturan menjadi seorang penjenayah yang dikehendaki.

Syirik

NA | Seram | 19 April 2018

Pengarah: Faridsyah Zikri | Pelakon: Nadhira Hill, Guntur Triyoga, Farid Ongky

Sinopsis: Seorang wanita bernama Lady yang merupakan keturunan ke-7 dalam keluarganya telah menjadi mangsa kepada perjanjian yang dibuat oleh nenek moyangnya dengan iblis, hanya kerana mereka mahu menjadi kaya-raya. Atas perjanjian itu, Lady yang sedang sarat hamil diburu oleh iblis yang mahukan anak yang dikandungkannya. Iblis itu sanggup melakukan apa sahaja termasuklah masuk ke dalam tubuh suaminya. Lady kemudian mendapatkan bantuan daripada rakan lamanya yang merupakan seorang ustaz.

Gonjiam: Haunted Asylum

18 | Seram | 19 April 2018

Pengarah: Jung Bum-Sik | Pelakon: Wi Ha-Joon, Park Ji-Hyun, Oh Ah-Yeon, Mun Ye-Won, Park Sung-Hun

Sinopsis: Menurut penduduk tempatan, Hospital Gonjiam Psychiatric secara tiba-tiba telah ditutup pada tahun 1990 berikutan beberapa siri kematian misteri pesakit. Kini, seorang wartawan penyiaran ambil keputusan untuk merakam rancangan yang diberi judul “Horror Times” di tempat itu. Dia telah mengambil beberapa orang yang sanggup meneroka kawasan berhantu itu ketika bersiaran langsung. Tidak lama kemudian roh terseksa mula keluar dari kegelapan dan menunjukkan mengapa tempat itu adalah tempat paling berhantu di Korea.

Goodbye Christopher Robin

PG13 | Biografi / Kekeluargaan | 19 April 2018

Pengarah: Simon Curtis | Pelakon: Domhnall Gleeson, Margot Robbie, Kelly Macdonald, Alex Lawther

Sinopsis: Bosan dengan kehidupan di London yang sibuk, penulis A.A. Milne telah berpindah bersama keluarganya dan tinggal di pinggir bandar. Di sana dia mula menghasilkan cerita koleksi mainan haiwan milik anak lelakinya, Christopher Robin. Cerita kecil ini berkembang kepada “Winnie the Pooh” yang diterbitkan pada 1926 dan “The House at Pooh Corner” pada 1928. Kemudian mereka mengecapi kejayaan. Bagaimanapun, ini juga bermakna Christopher Robin mula menjadi perhatian dunia.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here