Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Filem-Filem Menarik Bulan Oktober


Maaf kerana keluarkan artikel filem menarik bulan ini. Kesibukan menghalang saya untuk menulis cadangan filem-filem yang patut korang tonton pada bulan Oktober. Bagaimana, kami di Kakimuvee ingin mengucapkan tahniah kepada krew produksi filem Abang Long Fadil 2 yang telah berjaya menewaskan filem Ola Bola untuk menjadi filem tempatan paling lari setakat ini. Apapun kita tunggu pula tayangan filem Tombiruo yang bakal ditayangkan pada 12 Oktober 2017, mampukah filem berkenaan mendapat kutipan Box Office tempatan? kita tunggu.

1 Tokyo Ghoul

Genre: Aksi / Drama / Seram

Pengarah: Kentaro Hagiwara

Pelakon: Masataka Kubota, Fumika Shimizu, Yu Aoi, Nobuyuki Suzuki, Yo Oizumi

Edaran: TGV Pictures


Tarikh Tayangan: 5 Oktober 2017

Sinopsis

Dalam dunia di mana pelesit atau `ghoul`, orang yang hanya boleh hidup dengan memakan daging manusia, hidup di kalangan manusia normal secara rahsia, Ken Kaneki yang tidak tahu telah keluar bersama pelesit bernama Rize Kamishiro. Dia telah diserang oleh Rize tetapi Rize kemudian mati dalam satu kemalangan pelik. Ken telah dihantar ke hospital di mana dia menjalani pembedahan dan organ Rize dipindahkan kepadanya demi menyelamatkan nyawanya, tetapi ia telah menukar dirinya kepada separuh pelesit. Kini, Ken perlu memakan daging manusia jika dia mahu terus hidup.

2. The Crucifixion

Genre: Seram / Misteri

Pengarah: Xavier Gens

Pelakon: Sophie Cookson, Corneliu Ulici, Brittany Ashworth

Edaran: GSC Movies

Tarikh Tayangan: 5 Oktober 2017

Sinopsis

Susulan berita seorang paderi dipenjara kerana membunuh seorang rahib, wartawan penyiasatan Nicole Rawlins nekad untuk merungkai kebenaran. Walaupun disabitkan salah, namun paderi itu tetap dengan pendiriannya tidak bersalah dan berkata rahib itu mati ketika dia melakukan ritual pengusiran hantu. Kejadian aneh mula berlaku selepas Nicole bertemu dengannya, membuatkan mereka percaya paderi itu sudah kalah dalam pertarungan dengan syaitan.

3. Peace Breaker

Genre:  Aksi / Jenayah

Pengarah: Lien Yi-Chi

Pelakon: Yu Ai Lei, Aaron Kwok, Wang Qianyuan, Liu Tao

Edaran: Jazzy Pictures

Tarikh Tayangan: 5 Oktober 2017

Sinopsis

Filem remake dari Korea yang berjudul A Hard Day, Ia berkisarkan tentang seorang polis korup yang memandu ketika dalam keadaan mabuk telah melanggar seseorang sehingga terbunuh. Dia yang panik telah menyembunyikan mayat tersebut untuk mengelak dirinya disabit kesalahan, dan ia menjadi permulaan kepada harinya yang teruk.

4. Blade Runner 2049

Genre:  Sains Fiksyen

Pengarah: Denis Villeneuve

Pelakon: Ryan Gosling, Harrison Ford, Ana de Armas, Sylvia Hoeks, Robin Wright, Mackenzie Davis, Dave Bautista, Jared Leto

Edaran: Sony Pictures Entertainment

Tarikh Tayangan: 5 Oktober 2017

Sinopsis

Tiga puluh tahun selepas kejadian dalam filem pertama, Officer K, `blade runner` baru untuk Los Angeles Police Departement, telah menemui satu rahsia yang tersimpan lama yang boleh mencetuskan kekacauan. Dengan penemuan itu, K mengambil keputusan untuk mengembara mencari bekas `blade runner` yang telah hilang selama 30 tahun, Rick Deckard.

5. I’m Not A Terrorist

Genre:  Aksi /Romantik

Pengarah: Arjin Uppal

Pelakon: Afiq Muiz, Gulshan Grover, Chacha Maembong, Rahul Dev, Farida Jalal, Jalaluddin Hassan, Betty Benafe

Edaran: White Merpati Entertainment Sdn Bhd

Tarikh Tayangan: 5 Oktober 2017

Sinopsis

Dilahirkan di Kashmir, Ummar telah dihantar oleh ibunya untuk tinggal bersama makciknya di Malaysia. Di sana, dia telah menyambung pengajian di sebuah universiti dan jatuh cinta dengan seorang pelajar wanita bernama Dayana yang merupakan anak kepada seorang tokoh perniagaan. Apabila Ummar mendapat tahu ibunya sedang nazak, Dayana telah membantunya membeli tiket penerbangan ke Kashmir. Namun Ummar tidak tahu yang Dayana turut mengikutnya kerana perasaan ingin tahu selain mahu mengembara. Ketika di sana, Dayana mendapati kebenaran di sebalik mengapa Ummar dihantar jauh dari kampung halamannya selepas terperangkap dengan pengganas

6. Escape Room

Genre:  Thriller

Pengarah: Will Wernick

Pelakon: Evan Williams, Annabelle Stephenson, Elisabeth Hower, Billy Flynn

Edaran: GSC Movies

Tarikh Tayangan: 12 Oktober 2017

Sinopsis

Untuk sambutan ulang tahun ke-30 Tyler, kekasihnya telah menempah tempat untuk mereka di Escape Room, di mana mereka dan tetamu mereka akan dikunci bersama dalam sebuah bilik dan mempunyai masa sejam untuk bekerjasama menyelesaikan teka-teki untuk keluar. Setiap teka-teki semakin sukar. Teka-teki juga semakin berbahaya dan bilik itu mula mengambil nyawa mereka seorang demi seorang. Mereka kini perlu bermain untuk terus hidup dan masa semakin suntuk.

7. Happy Death Day

Genre:  Seram Thriller

Pengarah: Christopher Landon

Pelakon: Jessica Rothe, Israel Broussard, Ruby Modine

Edaran: United International Pictures

Tarikh Tayangan: 12 Oktober 2017

Sinopsis

Seorang wanita bernama Tree Gelbman mendapati dirinya mengulangi hari yang sama setiap hari, iaitu hari jadinya. Dalam setiap pengulangan, dia perlu merungkai siapa yang cuba membunuhnya dan mengapa.

8. Serpent

Genre:  Seram Thriller

Pengarah: Amanda Evans

Pelakon: Sarah Dumont, Tom Ainsley

Edaran: TGV Pictures, Square Box Pictures

Tarikh Tayangan: 12 Oktober 2017

Sinopsis

Percutian romantik bagi sepasang suami isteri bertukar menjadi sebaliknya apabila khemah mereka diserang oleh seekor ular ganas. Keadaan menjadi lebih tegang apabila si suami mendapat tahu isterinya curang di belakangnya

9. Geostorm

Genre:  Sains Fiksyen  AKsi

Pengarah: Dean Devlin

Pelakon: Gerard Butler, Abbie Cornish, Katheryn Winnick, Alexandra Lara, Amr Waked, Jim Sturgess, Eugenio Derbez, Ed Harris, Andy Garcia

Edaran: Warner Bros. Pictures

Tarikh Tayangan: 12 Oktober 2017

Sinopsis

Seorang lelaki telah ke angkasa lepas bagi menghalang satelit yang mengawal iklim daripada menghasilkan ribut taufan yang dahsyat, manakala adiknya mendapat tahu mengenai plot untuk membunuh presiden.

10. Tombiruo

Genre:  Aksi / Drama

Pengarah: Seth Larney

Pelakon: Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Hasnul Rahmat

Edaran: Astro Shaw

Tarikh Tayangan: 12 Oktober 2017

Sinopsis

Tombiruo yang merupakan lagenda dan mitos ini adalah seorang pemuda yang jiwanya memberontak, lelaki yang tidak berwajah manusia dan seorang yang dibebani kesaktian yang tidak dapat dikawalnya sehingga dia sentiasa memakai topeng bagi menyembunyikan kemelut dan kesepiannya. Apabila bapanya terbunuh dalam satu insiden ketika sebuah projek empangan bakal dibangunkan, Tombiruo bersumpah mahu membalas dendam terhadap mereka yang bertanggungjawab terhadap kematian bapanya.

11. Flatliners

Genre:  Sains Fiksyen Thriller

Pengarah: Niels Arden Oplev

Pelakon: Ellen Page, Diego Luna, Nina Dobrev, James Norton, Kiersey Clemons

Edaran: Sony Pictures Entertainment

Tarikh Tayangan: 12 Oktober 2017

Sinopsis

Sekumpulan pelajar perubatan telah melakukan eksperimen tentang pengalaman `hampir mati` yang membabitkan tragedi lampau. Eksperimen itu kemudian telah menyebabkan nyawa mereka terancam.

12. The Glass Castle

Genre:  Drama

Pengarah: Destin Daniel Cretton

Pelakon: Brie Larson, Naomi Watts, Max Greenfield, Woody Harrelson

Edaran: TGV Pictures

Tarikh Tayangan: 26 Oktober 2017

Sinopsis

Jeannette Walls datang daripada sebuah keluarga nomad. Ibunya seorang seniman pelik dan bapanya seorang kaki botol. Bapanya menggalakkan Jeannette dan adik-beradiknya untuk mempunyai imaginasi yang hebat, dengan harapan dapat mengalihkan perhatian mereka daripada kehidupan keluarga mereka yang miskin.

13. Thor: Ragnarok

Genre:  Superhero / Aksi /Fantasi

Pengarah: Taika Waititi

Pelakon: Chris Hemsworth, Tom Hiddleston, Cate Blanchett, Idris Elba, Jeff Goldblum, Tessa Thompson, Karl Urban, Mark Ruffalo, Anthony Hopkins

Edaran: Walt Disney Pictures

Tarikh Tayangan: 26 Oktober 2017

Sinopsis

Selepas Mjolnir dimusnahkan Hela, Thor telah dihantar & dipenjarakan di Planet Saakar. Bagaimana beliau perlu mengejar masa untuk pulang ke Asgard untuk menghentikan Ragnarok – kemusnahan kampung halamannya dan pengakhiran tamadun Asgardian. Tetapi sebelum dia boleh bertarung dengan Hela, penjahat kejam yang bertanggungjawab, Thor mendapati dirinya perlu bertarung dengan bekas rakan seperjuangan Avenger, Incredible Hulk.


Related posts

10 Rancangan Muslim Yang Anda Boleh Tonton Di Qalbox

Kakimuvee

Balik Kampung Dengan Disney+ Hostar & Bintang-Bintang Tempatan Kegemaran Anda Sempena Raya Ini

Kakimuvee

5 Pelakon Wanita Korea Yang Boleh Bawa Pelbagai Watak

Kakimuvee

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee