Filem-Filem Menarik Bulan Ogos

1
516
views

Fantastic-Four-Banner

Fantastic Four (Tarikh Tayangan: 7 Ogos 2015)

Filem reboot dari filem asal arahan Josh Trank dan dibintangi oleh Michael B. Jordan, Kate Mara, Jamie Bell dan Toby Kebbell. Filem fantasi / sains fiksyen ini berdasarkan salah satu komik superhero Marvel Fantastic Four. Mengisahkan empat angkasawan yang mendapat kuasa istimewa selepas berlaku kemalangan semasa dalam misi ke dunia lain. Kuasa yang dimiliki mereka digunakan untuk mengalahkan penjahat pada masa itu iaitu Dr. Doom. Bagi peminat filem Marvel, filem ini wajib anda tonton kerana ia berkait rapat dengan filem-filem Marvel yang lain.

Pixels-Movie-Trailer-2

Pixel (Tarikh Tayangan: 13 Ogos 2015)

Filem yang diterbitkan oleh Adam Sandler yang mengisahkan serangan makhluk asing terhadap bumi. Bagi menghalang makhluk asing terus memusnahkan bumi, Presiden Will Cooper mengumpul sahabat zaman kecilnya dalam usaha menyelamatkan planet daripada serangan makhluk asing yang menyerang menggunakan model video game klasik.

Filem komedi ini turut dibintangi Kevin James, Michelle Monaghan, Peter Dinklage, Josh Gad dan Brian Cox. Arahan Chris Columbus dan edaran Columbia Pictures

nota filem

Nota (Tarikh Tayangan: 13 Ogos 2015)

Filem lakonan Maya Karin, Hans Isaac, Ramli Hassan mengisahkan asangan suami isteri, Kamal dan Erin menghadapi masalah rumah tangga kerana gagal untuk mendapatkan zuriat, akibatnya mereka jarang berkomunikasi. Ketika ulangtahun perkahwinan yang ke-10, mereka memilih untuk bercuti ke Taman Negara Bako di mana Kamal telah melamar Erin, 10 tahun yang lalu. Ketika perjalanan mereka ke Bako, Erin tak sengaja terjumpa nota yang ditulis Kamal yang membayangkan dia akan mengakhiri semuanya di puncak tebing. Erin berasa sangat bersalah dengan situasi berkenaan. Selepas itu Erin mendapat tahu bahawa Kamal mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain dan sekarang ini telah mengandung anak Kamal. Erin tertekan dan merancang satu pembunuhan dengan menggunakan nota itu menjadi bukti yang kuat untuk dirinya.

man-from-uncle-trailer-comic-con-cavill-hammer

The Man From U.N.C.L.E (Tarikh Tayangan: 14 Ogos 2015)

Filem berdasarkan siri televisyen tahun 1960an, mengisahkan dua agent dari dua negara yang bermusuh iaitu U.S dan Soviet Union yang terpaksa berkerjasama bagi menghalang organisasi penganas dari melancarkan senjata nuklear ke negara U.S dan Soviet. Dibintangi oleh pelakon utama filem Men of Steel Henry Cavill dan Armie Hammer (The Social Network).

Inside-Out-characters

Inside Out (Tarikh Tayangan: 20 Ogos 2015)

Filem animasi dari keluaran Pixar ini menceritakan seorang budak perempuan berusia 11 tahun yang bernama Riley. Di dalam fikirannya, terdapat lima emosi, Joy (bahagia), Fear (takut), Anger (marah), Disgust (jijik), dan Sadness (sedih). Kelima emosi ini tinggal di sebuah tempat yang disebut Headquartes, iaitu pusat pemikiran Riley yang membimbingnya dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Namun, keadaan jadi tak sama lagi ketika Riley harus pindah ke kota metropolitan mengikuti ibu bapanya. Headquarters menjadi kacau ketika Riley berusaha menyesuaikan diri dengan kehidupan di tempat baru.

hitman-agent-47-trailer-poster

Hitman: Agent 47 (Tarikh Tayangan: 20 Ogos 2015)

Filem aksi ini mengisahkan seorang pembunuh elit yang dihasil dari kejuruteraan genetik bagi mencipta mesin pembunuh yang paling sempurna, misi Agent 47 ialah memusnahkan sebuah syarikat besar yang sedang membongkar rahsia Agent 47 untuk mencipta sekumpulan tentera pembunuh yang mempunyai kekuatan sepertinya. Bersama – sama seorang wanita yang mengetahui rahsia syarikat tersebut, Agent 47 akan berhadapan dengan cabaran – cabaran dan tugasan yang merbahaya dalam menghalang penghasilan tentera klon yang mengerunkan itu.

Kristen-Stewart-and-Jesse-Eisenberg-in-American-Ultra

American Ultra (Tarikh Tayangan: 21 ogos 2015)

Filem lakonan Jesse Eisenberg (Mike Howell) yang merupakan seorang penagih dadah dan juga agent kerajaan. Dia telah dianggap liabiliti oleh pihak kerajaan dan diburu. Tetapi dia juga seorang yang handal dan licik untuk diburu. Filem aksi komedi ini turut dibintangi Kristen Stewart.

No-Escape-UK-Quad-Poster-slice-1024x383

No Escape (Tarikh Tayangan: 26 Ogos 2015)

Filem aksi thriller ini diarahkan oleh John Erick Dowdle dan dibintangi aktor terkenal Owen Wilson dan Pierce Brosnan. Mengisahkan ahli perniagaan yang berpindah ke Asia Tenggara bersama keluarganya, namun terperangkap dalam satu rampasan kuasa yang mana keadaan itu, warga asing yang dijumpai akan dibunuh serta merta.

Sinister-2

Sinister 2 (Tarikh Tayangan: 27 Ogos 2015)

Filem pertama Sinister merupakan antara filem paling seram sekali pada tahun 2012, kini penonton boleh melihat filem kedua, Sinister 2. Produksi Blumhouse ProFduction berjaya menjadikan filem seperti The Purge, Insidious & Paranormal Activity antara filem aksi seram terbaik, tidak mustahillah filem Sinister turut berjaya.

Pada kali ini, seorang ibu, Courtney yang tinggal bersama anak kembarnya Dylan dan Zach yang berusia 9 tahun. Courtney berserta anak-anaknya tidak mengetahui kejadian tragis yang terjadi pada penghuni rumah sebelumnya. Mereka mula menyedari sesuatu tidak kena apabila berlaku kejadian pelik di rumah tersebut.

jejak-warriors

Jejak Warrior (Tarikh Tayangan: 27 Ogos 2015)

Filem arahan Saw Teong Hin ini mengisahkan pengembaraan mengenai seorang remaja untuk berjumpa dengan pasukan bolasepak pujaan beliau iaitu The Red Warriors. Turut dibintangi beberapa pemain bola sepak Kelantan FA, dijangka filem ini akan mendapat tempat dikalangan peminat bola sepak terutamannya dari penyokong TRW.

Antara pelakon yang menjayakan filem ini adalah Alif Firdaus, Nadiya Nisaa, Pekin Ibrahim, Harun Salim Bachik dan lain – lain lagi.

Loading...

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here