Filem-Filem Menarik Bulan Ogos

0
60
views

Bagi kaki-kaki wayang tanah air, sila bersiap sedia kerana bulan ini kita bakal disajikan dengan pelbagai filem-filem menarik baik dari dalam ataupun luar negara. 3 filem tempatan bakal berentap sesama sendiri iaitu Hantu Kak Limah, Wheely dan Munafik 2. 

Sementara itu, beberapa filem menarik dari Korea turut akan ditayangkan pada bulan Ogos nanti, manakala filem-filem dari Hollywood, The Equalizer 2, The First Purge, The Meg dan Mile 22 pasti menjadi pilihan para pengemar filem.

Mari kita lihat senarai – senarai filem bulan Ogos dibawah. Tarikh tayangan dan sinopsis turut disertakan.

1 Burning

PG-13 | Drama/Misteri | 2 Ogos 2018

Pengarah: Lee Chang-Dong | Pelakon: Yoo Ah-In, Steven Yeun, Jun Jong-Seo

Sinopsis: Filem yang mendapat kritikan positif dari para pengkritik luar negara ini mengisahkan tentang seorang pekerja sambilan bernama Jong-soo bertemu dengan rakan zaman kecilnya, Hae-mi, ketika melakukan kerja penghantaran. Selepas minum bersama, Hae-mi meminta Jong-soo untuk menjaga kucingnya ketika dia terbang ke Afrika. Apabila Hae-mi pulang, dia membawa seorang lelaki misteri bernama Ben, yang mana dia kemudian perkenalkan kepada Jong-soo. Ben kemudian mengakui yang dia mempunyai hobi rahsia.

2. The Cured

18 | Seram | 2 Ogos 2018

Pengarah: David Freyne | Pelakon: Ellen Page, Sam Keeley, Tom Vaughan-Lawlor

Sinopsis:Apabila wabak yang menukar orang kepada zombi berjaya dipulihkan, mereka yang terkesan dengan wabak itu menjadi mangsa diskriminasi oleh masyarakat dan keluarga mereka sendiri. Perkara ini telah menimbulkan masalah sosial.

3. The First Purge

18 | Seram/Thriller | 2 Ogos 2018

Pengarah: James DeMonaco | Pelakon: Y’Lan Noel, Lex Scott Davis, Joivan Wade

Sinopsis: Prekuel kepada francais The Purge, ia mengisahkan tentang bagaimana acara The Purge bermula di negara Amerika Syarikat

4. Siberia

18 | Jenayah/Romantik | 2 Ogos 2018

Pengarah: Matthew Ross | Pelakon: Keanu Reeves, Ana Ularu, Pasha D. Lychnikoff, Molly Ringwald

Sinopsis:Keanu Reeves membawa watak sebagai seorang pedagang berlian Amerika yang mengembara ke Rusia untuk menjual berlian biru. Ketika tinggal di sebuah pekan di Siberia, dia telah jatuh cinta dengan seorang pemilik kafe dan mula menjalin hubungan dengannya.

5. The Spy Who Dumped Me

18 | Aksi / Komedi | 2 Ogos 2018

Pengarah: Susanna Fogel | Pelakon: Mila Kunis, Kate McKinnon, Sam Heughan

Sinopsis: Audrey dan rakannya Morgan mendapati diri mereka dalam pengembaraan pengintipan selepas mendapat tahun bekas teman lelaki Audrey, Drew, adalah seorang pengintip. Ia semua bermula apabila Drew menjadi punca sepasukan pembunuh upahan menyerbu rumah Audrey. Mereka kini perlu menyelamatkan diri demi misi menyelamatkan dunia.

6. Jamuan Setan

PG-13 | Seram | 2 Ogos 2018

Pengarah:  Hanny Saputra | Pelakon: Amanda Manopo, Angga Aldi Yunanda, Stefhanie Zamora Husen, Jeff Smith

Sinopsis: Filem seram dari Indonesia ini mengisahkan tentang Alanda seorang pelajar sekolah tinggi yang cuba menghentikan gejala buli di sekolahnya. Tidak seperti pelajar lain yang hanya senyap apabila Bianca, Davi dan pelajar popular lain membuli sesuka hati, Alanda mempunyai keberanian untuk melawan. Misinya untuk menghentikan gejala buli membuatkan dua rakannya Riza dan Keyra bimbang. Satu malam, Alanda telah dibuli dengan teruk dan dia yang tertekan telah membunuh diri di sekolah. Kemarahannya menyebabkan rohnya tidak aman, dan dia kembali untuk membalas dendam terhadap orang yang memusnahkannya.

7. Hantu Kak Limah

PG-13 | Seram / Komedi | 9 Ogos 2018

Pengarah:  Mamat Khalid | Pelakon: Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose

Sinopsis:Kak Limah telah ditemui mati oleh Khuda, Hussin dan Wani. Sejak dari itu, hantunya sering dilihat merayau di sekitar Kampung Pisang, membuatkan penduduk ketakutan. Encik Solihin kemudian cuba membantu untuk menghalau hantu itu keluar dari kampung. Hussin cemburu apabila penduduk kampung mula percaya dan berharap kepada Encik Solihin. Bagaimanapun, tragedi di sebalik kematian Kak Limah masih belum diketahui.

8. Servamp Movie: Alice In The Garden

PG-13 | Anime | 9 Ogos 2018

Pengarah:  Hideaki Nakano | Pelakon: Yuki Kaji, Takuma Terashima, Hiro Shimono, Tetsuya Kakihara

Sinopsis: Filem anime diangkat dari manga aksi fantasi Strike Tanaka “SERVAMP”, yang mana ia memaparkan mengenai masa lampau Misono Alicein.

9. The Meg

PG-13 | Aksi / Ngeri | 9 Ogos 2018

Pengarah:  Jon Turteltaub | Pelakon: Jason Statham, Jessica McNamee, Li Bingbing

Sinopsis: Sepasukan kru daripada program pemantau laut dalam telah menyelam menggunakan kapal selam ke dasar lautan, namun mereka terperangkap apabila diserang oleh makhluk yang disangkakan sudah pupus, iaitu jerung pra-sejarah berukuran 75 kaki yang dikenali sebagai Megalodon. Pakar selam penyelamat Jonas Taylor perlu menyelamatkan mereka tetapi tiada siapa yang tahu dia pernah berdepan dengan makhluk itu sebelum ini. Kini dia bukan sahaja perlu berdepan dengan ketakutannya sendiri tetapi juga menyelamatkan mereka yang terperangkap.

9. Disney’s Christopher Robin

PG-13 | Aksi / Ngeri | 16 Ogos 2018

Pengarah:  Marc Forster | Pelakon: Ewan McGregor, Hayley Atwell, Bronte Carmichael, Mark Gatiss

Sinopsis: Ia berkisarkan tentang Christopher Robin yang sudah besar dan kini bekerja dan berkeluarga. Dia bertemu rakan zaman kecilnya, Winnie-the-Pooh, yang membawa semula kebahagiaan hidup yang pernah dirasainya sebelum ini.

10. The Darkest Minds

NA | Fiksyen Sains / Ngeri | 16 Ogos 2018

Pengarah:  Jennifer Yuh | Pelakon: Amandla Stenberg, Harris Dickinson, Mandy Moore, Patrick Gibson

Sinopsis:  Ruby, seorang gadis berusia 16 tahun, melarikan diri dari kem pusat tahanan, di mana dia telah ditempatkan selepas terselamat daripada wabak yang membunuh 98% kanak-kanak di Amerika. Baki 2% kanak-kanak termasuknya telah mendapat kuasa luar biasa yang mereka tidak boleh kawal. Selepas melarikan diri, dia menyertai mereka yang lain yang turut melarikan diri daripada kerajaan yang kejam.

11. Down a Dark Hall

NA | Fantasi / Seram | 16 Ogos 2018

Pengarah: Rodrigo Cortes | Pelakon: AnnaSophia Robb, Uma Thurman, Isabelle Fuhrman

Sinopsis:  Berdasarkan novel Lois Duncan, filem ini berkisarkan tentang Kit Gordy, seorang pelajar baru di sebuah sekolah eksklusif, Blackwood Boarding School. Dia tidak dapat berhenti memikirkan sekolah itu jahat kerana ia diuruskan oleh seorang pengetua jahat. Untuk memastikan dirinya selamat, Kit perlu berdepan dengan kuasa jahat dan kebolehan luar biasa pengetua itu.

12. Wheely

NA | Animasi | 16 Ogos 2018

Pengarah: Yusry Abdul Halim| Pelakon: Zizan Razak, Johan, Lisa Surihani, Norman Abdul Halim

Sinopsis:  Dalam dunia di mana kenderaan adalah penduduk, sebuah teksi mempunyai impian untuk menjadi raja jalanan di kampung halamannya iaitu di Gasket City. Apabila gadis impiannya diculik, dia terpaksa berdepan dengan musuh iaitu kereta elit, lori gangster dan sebuah treler 18 tayar yang merupakan ketua sindiket penyeludupan kereta mewah.

13. Doraemon The Movie: Nobita’s Treasure Island

NA | Anime | 16 Ogos 2018

Pengarah: Kazuaki Imai | Pelakon: Wasabi Mizuta, Megumi Ohara, Yumi Kakazu, Tomokazu Seki

Sinopsis: Doraemon, Nobita, Shizuka, Gian dan Suneo mengembara ke Lautan Caribbean. Ketika dalam perjalanan, mereka telah diserang oleh lanun. Keadaan bertambah teruk apabila ribut taufan melanda dan Shizuka telah diculik. Mereka kemudian menemui sebuah pulau dan menyedari ia bukan hanya pulau biasa.

14. Crazy Rich Asians

NA | Drama / Romantik | 22 Ogos 2018

Pengarah: Jon M. Chu | Pelakon: Constance Wu, Henry Golding, Gemma Chan, Awkwafina, Michelle Yeoh

Sinopsis: Rachel Chu mengikut teman lelakinya yang berasal dari Singapura, Nick, pulang ke kampung halaman untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan baiknya. Ketika di sana dia mendapat tahu yang Nick bukan sahaja datang daripada keluarga kaya, dia juga merupakan jejaka bujang pujaan di negara itu. Rachel kini mendapati dirinya menjadi tumpuan golongan tinggi Singapura yang iri hati dengannya. Lebih parah, dia perlu membuktikan dirinya pada ibu Nick yang tidak menyukainya.

15. Destination Wedding

NA | Romantik / Komedi | 23 Ogos 2018

Pengarah: Victor Levin | Pelakon: Keanu Reeves, Winona Ryder

Sinopsis: Lindsay dan Frank adalah tetamu jemputan untuk sebuah majlis perkahwinan. Biarpun tidak senang dengan sikap masing-masing, mereka mendapati diri mereka tertarik antara satu sama lain.

16. Mile 22

NA | Aksi | 23 Ogos 2018

Pengarah: Peter Berg | Pelakon: Mark Wahlberg, John Malkovich, Lauren Cohan, Iko Uwais

Sinopsis: Seorang pemberi maklumat Indonesia mempunyai maklumat sensitif. Apabila identitinya bocor, dia melarikan diri dengan bantuan seorang operatif CIA elit yang ditugaskan untuk menyeludup pemberi maklumat itu keluar dari bandar ke lapangan terbang yang 22 batu jauhnya, di mana sebuah pesawat sudah menunggu mereka. Ketika dalam perjalanan mereka perlu berdepan dengan polis korup, raja penjenayah, dan penduduk tempatan bersenjata yang mahu membunuh mereka sebelum mereka sempat sampai ke pesawat itu.

17. Along With The Gods: The Last 49 Days

NA | Drama / Fantasi | 23 Ogos 2018

Pengarah: Kim Yong-Hwa | Pelakon: Ha Jung-Woo, Ju Ji-Hoon, Kim Hyang-Gi, Ma Dong-Seok

Sinopsis: Kesinambungan daripada filem “Along with the Gods: The Two Worlds”. Kini Su-hong dan tiga Malaikatnya perlu menempuh perbicaraan ke-49 mereka, supaya mereka dapat kembali dihidupkan semula.

18. The Equalizer 2

18 | Aksi / Ngeri | 30 Ogos 2018

Pengarah: Antoine Fuqua | Pelakon: Denzel Washington, Pedro Pascal, Ashton Sanders, Bill Pullman, Melissa Leo

Sinopsis: Denzel Washington kembali membawakan wataknya dari filem pertama, Robert McCall, seorang bekas ejen yang memalsukan kematiannya untuk hidup aman di Boston. Jika seseorang mempunyai masalah dan mereka tidak mempunyai tempat untuk mengadu, McCall akan membantu.

19. A.X.L

18 | Aksi / Sains Fiksyen | 30 Ogos 2018

 

Pengarah: Oliver Daly | Pelakon: Alex Neustaedter, Becky Gomez, Lucy Hale

Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang kehidupan seorang remaja lelaki berubah buat selamanya selepas satu pertemuan tanpa dirancang dengan teknologi canggih milik tentera.

20. The Happytime Murders

18 | Komedi/Jenayah | 30 Ogos 2018

Pengarah: Brian Henson | Pelakon: Melissa McCarthy, Bill Barretta, Maya Rudolph

Sinopsis:Apabila barisan pelakon boneka untuk rancangan tv kanak-kanak pada tahun 80an mati dibunuh seorang demi seorang, seorang bekas detektif LAPD mengambil kes tersebut untuk mencari dalang utama kes itu.

21. Munafik 2

PG-13 | Seram | 30 Ogos 2018

Pengarah: Syamsul Yusof | Pelakon: Syamsul Yusof, Maya Karin, Fizz Fairuz, Mawi, Fauzi Nawawi, Nasir Bilal Khan, Datuk Rahim Razali

Sinopsis: Ustaz Adam perlu menentang seorang lelaki yang mengajar ajaran sesat. Roh jahat yang mempunyai kaitan dengan lelaki itu telah merasuk seorang ibu tunggal miskin di sebuah perkampungan terpencil dan kini Ustaz Adam perlu menyelamatkannya.

Sumber: Cinema Online

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here