Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Filem-Filem Menarik Bulan Mei 2017


Bulan April tidak kurang hebatnya dengan tayangan beberapa filem menarik. Antara yang mencuri perhatian adalah filem The Fate of the Furious kerana berjaya memecahkan rekod kutipan dalam tempoh seminggu yang dipegang oleh filem Star Wars: A Force Awakens. Kini bulan April telah melabuhkan tirai dan bulan Mei pula menjelma.

Seperti biasa, bulan Mei juga turut menampilkan beberapa filem menarik dan filem-filem yang ditunggu-tunggu oleh peminat wayang. Cuma kali ini, filem menarik tidak sebanyak 3 bulan lepas. Jom kita lihat filem-filem menarik bulan Mei ang bakal ditayangkan yang bakal ditayangkan nanti

Lebuhraya Ke Neraka

Genre: Seram

Pengarah: Mamat Khalid

Pelakon: Awie, Khir Rahman, Pekin Ibrahim


Edaran: Primeworks Studios

Tarikh Tayangan: 4 Mei 2017

Sinopsis:

Filem terbaru Mamat Khalid setelah tergendala selama bertahun-tahun. Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan anak-anak muda yang sukakan motor berkuasa tinggi dan gemar mengembara merentas desa. Nama kumpulan mereka ialah Rentaz. Ketika dalam satu konvoi ke Betong Siam, mereka telah dibawa ke alam barzakh atau halusinasi dalam alam koma.

Unlocked

Genre: Aksi

Pengarah: Michael Apted

Pelakon: Noomi Rapace, Orlando Bloom, Michael Douglas, John Malkovich

Edaran: TGV Pictures

Tarikh Tayangan: 4 Mei 2017

Sinopsis:

Seorang penyoal siasat CIA telah terpedaya dengan helah oleh pengganas dan memberikan maklumat penting kepada pihak yang salah, sekaligus membuatkan dirinya terlibat dalam plot yang bakal menyebabkan London berada dalam keadaan berisiko terhadap serangan biologi.

The Bride

Genre: Seram

Pengarah: Svyatoslav Podgayevskiy

Pelakon: Victoria Agalakova, Vyacheslav Chepurchenko, Aleksandra Rebenok, Igor Khripunov, Natalia Grinshpun

Edaran: RAM Entertainment

Tarikh Tayangan: 4 Mei 2017

Sinopsis:

Filem seram ini mengisahkan satu ritual pelik pada pertengahan kurun ke-19 Russia yang mana sesetengah penduduk Russia gemar mengambil gambar saudara mereka yang sudah meninggal dunia dan melukis kelopak mata dengan bentuk anak mata supaya ia kelihatan seperti masih hidup.

Pada zaman moden, Nastya (lakonan Victoria Agalakova) dan tunangnya telah kerumah sebuah rumah yang dimiliki oleh keluarga tunangnya, namun disana dia telah diganggu dengan visi yang pelik dan menakutkan.

Alien: Covenant

Genre: Thriller / Sci-Fiction

Pengarah: Ridley Scott

Pelakon: Michael Fassbender, Katherine Waterston, Billy Crudup, Danny McBride, Demian Bichir, Carmen Ejogo, Amy Seimetz, Jussie Smollet, Callie Hernandez, Nathaniel Dean, Alexander England, Benjamin Rigby, Noomi Rapace, James Franco

Edaran: 20th Century Fox

Tarikh Tayangan: 10 Mei 2017

Sinopsis:

Ridley Scott kembali dalam dunia filem Alien yang dicipta olehnya sendiri. Kali ini dia menghasilkan judul terbaru dalam franchise Alien apabila menghasilkan sekuel kepada filem Promethues, The Alien: Covenant. 

Filem ini akan menceritakan krew kapal angkasa Covenant yang berada disebuah planet terpencil jauh kedalam galaksi dan mendapati planet yang mereka terdampar adalah sebuah syurga yang tidak dicatatkan dalam map mereka.

Bagaimanapun, planet tersebut tidaklah seperti digambarkan kerana ia sebenar sebuah tempat yang penuh merbahaya dan menakutkan. Apabila mereka berjaya mendedahkan ancaman yang terdapat di planet tersebut, mereka terpaksa melarikan diri dari menjadi mangsa.

King Arthur: Legend of the Sword

Genre: Pengembaraan

Pengarah: Guy Ritchie

Pelakon: Charlie Hunnam, Astrid Bergés-Frisbey, Jude Law, Djimon Hounsou

Edaran: Warner Bros.

Tarikh Tayangan: 10 Mei 2017

Sinopsis:

Arthur baru mengetahui dirinya dari keturunan diraja setelah dia berjaya mendapat pedang Excalibur. Dengan pedang yang berkuasa di tangannya, dia menyertai kumpulan pemberontak dan wanita bernama Guinevere yang mahu menggulingkan diktator Vortigern yang menguasai negara.

Sarkar 3

Genre: Aksi / Jenayah

Pengarah: Ram Gopal Varma

Pelakon: Amitabh Bachchan, Jackie Shroff, Manoj Bajpayee, Amit Sadh, Yami Gautam, Ronit Roy

Edaran: Antenna Entertainments

Tarikh Tayangan: 12 Mei 2017

Sinopsis:

Filem thriller jenayah politik arahan Ram Gopal Varma ini adalah filem ketiga dari trilogi “Sarkar” yang mengisahkan tentang eksploitasi yang dilakukan oleh seorang ahli politik berpengaruh. Ia dibintangi oleh Amitabh Bachchan sebagai pelakon utama.

The Circle

Genre: Drama / Sci-fiction

Pengarah: James Ponsoldt

Pelakon: Emma Watson, Tom Hanks, John Boyega, Karen Gillan

Edaran: TGV Pictures

Tarikh Tayangan: 18 Mei 2017

Sinopsis:

Mae Holland telah berjaya merebut peluang sekali dalam seumur hidup apabila dia mendapat kerja di The Circle, sebuah syarikat teknologi dan media sosial berkuasa di dunia. Digalakkan oleh pengasas syarikat itu, Mae telah menyertai satu eksperimen yang melangkaui batasan privasi, etika dan kebebasan peribadi.

Pembabitannya dalam eksperimen itu dan segala keputusan yang dibuatnya mula menjejaskan kehidupan dan masa depan rakannya, keluarga dan juga tamadun kemanusiaan.

Colossal

Genre: Sci-Fiction / Thriller

Pengarah: Nacho Vigalondo

Pelakon: Anne Hathaway, Dan Stevens, Austin Stowell, Tim Blake Nelson

Edaran: TGV Pictures

Tarikh Tayangan: 18 Mei 2017

Sinopsis:

Selepas kehilangan kerjanya di New York dan ditinggalkan oleh teman lelakinya, Gloria berpindah semula ke kampung halamannya. Dia kemudian mendapati sesuatu yang aneh iaitu dirinya mempunyai kaitan dengan gergasi Kaiju.

Pirates of the Caribbean: Salazar’s Revenge

Genre: Aksi Pengembaraan / Fantasi

Pengarah: Joachim Rønning, Espen Sandberg

Pelakon: Johnny Depp, Javier Bardem, Orlando Bloom, Brenton Thwaites, Kaya Scodelario, Kevin McNally, Geoffrey Rush

Edaran: Walt Disney Pictures

Tarikh Tayangan: 25 Mei 2017

Sinopsis:

Apabila Kapten Salazar dan kru lanun hantunya berjaya meloloskan diri dari Devil Triangle, mereka nekad untuk menghapuskan semua lanun di laut termasuk Kapten Jack Sparrow. Untuk menyelamatkan diri dari musuh lama, Jack kini perlu mencari Trident of Poseidon, artifak berkuasa yang membolehkan pemiliknya menguasai laut.

Tetapi untuk mendapatkan artifak itu dia perlu bekerjasama dengan ahli astronomi jelita, Carina Smyth, dan pelayar Royal Navy yang keras kepala, Henry.

Diary Of A Wimpy Kid: The Long Haul

Genre: Komedi

Pengarah: David Bowers

Pelakon: Jason Drucker, Owen Asztalos, Charlie Wright, Alicia Silverstone, Tom Everett Scott

Edaran: 20th Century Fox

Tarikh Tayangan: 25 Mei 2017

Sinopsis:

Greg telah meyakinkan keluarganya untuk bercuti ke rumah nenek mereka bagi menyambut ulang tahun ke-90 nenek mereka. Dia sebenarnya mempunyai rancangan lain iaitu mahu pergi ke konvensyen `gamer` berhampiran. Bagaimanapun perkara tidak menjadi seperti yang dirancang.


Related posts

Showrunner The Last of Us Sedang Bangunkan Filem Baharu Pirates of the Caribbean

Kakimuvee

Johnny Depp Ditawarkan AS$20 Juta Untuk Kembali Sebagai Jack Sparrow, Namun Dia Menolak

Kakimuvee

10 Rancangan Muslim Yang Anda Boleh Tonton Di Qalbox

Kakimuvee

Balik Kampung Dengan Disney+ Hostar & Bintang-Bintang Tempatan Kegemaran Anda Sempena Raya Ini

Kakimuvee

5 Pelakon Wanita Korea Yang Boleh Bawa Pelbagai Watak

Kakimuvee

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee