Filem-Filem Menarik Bulan Mac 2018

0
648
views

Bulan Mac boleh dikatakan bulan yang agak menarik tayangan filem-filemnya baik filem tempatan dan juga filem-filem Hollywood. Antara filem tempatan yang ditunggu-tunggu pada bulan ini sudah tentunya filem arahan Syafiq Yusof yang berjudul KL Special Force manakala filem Pacific Rim 2 Tom Raider merupakan filem Hollywood yang bakal hit disini.

Jadi kami di Kakimuvee, ingin kongsikan kepada anda semua filem-filem menarik Bulan Mac ini.

Death Wish

18 | Aksi/Jenayah | 1 Mac 2018

Pengarah: Eli Roth | Pelakon: Bruce Willis, Vincent D’Onofrio, Elisabeth Shue, Dean Norris

Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang seorang bapa yang juga merupakan seorang doktor bertukar menjadi seorang pembunuh kejam selepas isterinya dibunuh dan anaknya dicederakan dengan teruk oleh perompak.

Bidong The Boat People

PG13 | Drama | 1 Mac 2018

Pengarah: Yusof Kelana | Pelakon: Taufik Hanafi, Irene Wong, Livonia Ricky, Zamree

Sinopsis: Selepas Perang Vietnam, jutaan orang cuba melarikan diri daripada pemerintahan Komunis di negara tersebut. Pada tahun 1975, pelarian Vietnam telah mendarat di pinggir pantai Pulau Bidong di Malaysia menaiki bot. Pada 1978, jumlah bot yang membawa orang ke pulau tersebut semakin ramai dan akhirnya ia diiktiraf sebagai kem pelarian kepada mereka. Kini 30 tahun kemudian, seorang wanita bernama Klen Bi Dong, yang dilahirkan oleh Hong Yen di pulau itu, mula mengingati tempat itu. Dia dan ibunya yang kini tinggal di Australia pulang ke Pulau Bidong selepas berhubung dengan Adib, seorang rakyat Malaysia yang sedang melakukan penyelidikan mengenai kura-kura di sana. Adib kemudian membantu Hong Yen berhubung dengan Prebet Ali, seorang askar Malaysia yang membantunya ketika berada di pulau itu.

Detective Chinatown 2

PG13 | Komedi/Aksi | 1 Mac 2018

Pengarah: Chen Sicheng | Pelakon: Wang Bao Qiang, Liu Hao Ran, Xiao Yang, Natasha Liu Bordizzo

Sinopsis: Qin pergi ke New York menyangka dia akan menghadiri majlis perkahwinan Tang dan Xiang. Ia rupa-rupanya pertandingan detektif antarabangsa, di mana setiap peserta perlu mencari cucu lelaki Uncle Qi. Marah kerana merasa tertipu oleh Tang, Qin bakal meninggalkan bandar itu tetapi dia mendapat tahu cucu tersebut telah dibunuh dengan cara yang pelik. Kini fokus utama pertandingan sudah berubah kepada menyelesaikan masalah kes pembunuhan. Qin dan Tang, “Detective Chinatown Duo”, sahut cabaran untuk selesaikan kes itu.

Winchester

PG13 | Seram | 1 Mac 2018

Pengarah: Michael Spierig, Peter Spierig | Pelakon: Helen Mirren, Jason Clarke, Sarah Snook, Angus Sampson

Sinopsis: Mengisahkah tentang pewaris senjata api, Sarah Winchester percaya dirinya dihantui oleh roh-roh yang terbunuh di tangan senjata api Winchester yang dicipta oleh semuanya. Dia kemudian menghabiskan masa 24 jam sehari, tujuh hari seminggu membina sebuah rumah agam dengan 160 bilik untuk memastikan kesemua roh-roh jahat berada di dalamnya.

Lady Bird

PG13 | Komedi | 1 Mac 2018

Pengarah: Greta Gerwig | Pelakon: Saoirse Ronan, Laurie Metcalf, Tracy Letts, Lucas Hedges

Sinopsis: Berlatarkan pada tahun 2002 di Sacramento, Calirfornia. Christine “Lady Bird” McPherson berusia 17 tahun sering bergaduh dengan ibunya Marion, seorang jururawat yang bekerja tanpa kenal erti penat untuk memastikan keluarga mereka dapat menjalani kehidupan baik selepas bapa Lady Bird kehilangan kerja.

Game Night

PG13 | Komedi/Misteri | 1 Mac 2018

Pengarah: John Francis Daley | Pelakon: Jason Bateman, Rachel McAdams, Kyle Chandler, Jesse Plemons, Jeffrey Wright

Sinopsis: Sekumpulan rakan, Max, Annie dan Brooks, sering bertemu untuk bermain permainan pada waktu malam. Brooks telah mengatur satu kes pembunuhan misteri siap dengan ejen persekutuan dan samseng tiruan. Jadi apabila Brooks diculik, ia sepatutnya termasuk dalam permainan itu. Ketika mereka cuba menyelesaikan kes tersebut, mereka mendapati yang ia bukan sekadar permainan dan menjadikan malam mereka huru-hara.

Tomb Raider

PG13 | Aksi/Pengembaraan | 8 Mac 2018

Pengarah: Roar Uthaug | Pelakon: Alicia Vikander, Walton Goggins, Daniel Wu, Dominic West

Sinopsis: Lara Croft adalah anak seorang penjelajah yang hilang ketika ekspedisi ke sebuah pulau terpencil. Beberapa tahun selepas kehilangan ayahnya, dia memulakan ekspedisinya sendiri untuk mencari ayahnya.

Marlina The Murderer In Four Acts

NA | Drama/Ngeri | 8 Mac 2018

Pengarah: Mouly Surya | Pelakon: Marsha Timothy, Yoga Pratama, Egy Fedly

Sinopsis: Marlina tinggal bersendirian dengan aman di Sumba sehinggalah satu hari seorang lelaki bernama Markus dan gengnya cuba merompak rumahnya dan dia telah membunuh Markus. Dia kemudian mula dihantui Markus dan hidupnya mula berubah.

A Wrinkle In Time

PG13 | Fantasi/Pengembaraan | 8 Mac 2018

Pengarah: Ava DuVernay | Pelakon: Oprah Winfrey, Reese Witherspoon, Mindy Kaling, Storm Reid, Zach Galifianakis, Chris Pine

Sinopsis: Selepas mendapat tahu bapanya Dr. Alex Murry, yang merupakan seorang saintis, telah diculik dan disembunyikan di planet lain, Meg Murry bekerjasama dengan adiknya Charles yang sangat bijak, rakan kelasnya Calvin O`Keefe dan tiga pengembara angkasa lepas, Mrs Which, Mrs. Who dan Mrs. Whatsit untuk menyelamatkan bapanya.

The Post

PG13 | Historical Biography/Drama | 8 Mac 2018

Pengarah: Steven Spielberg| Pelakon: Tom Hanks, Meryl Streep, Alison Brie, Carrie Coon

Sinopsis: Ia berkisarkan tentang Kay Graham, penerbit surat akhbar perempuan pertama negara yang bekerja dengan The Washington Post, dan editornya Ben Bradlee yang menyertai perjuangan di antara wartawan dan kerajaan dalam menerbitkan Pentagon Papers.

KL Special Force

PG13 | Aksi/Drama | 8 Mac 2018

Pengarah: Syafiq Yusof Pelakon: Syamsul Yusof, Rosyam Nor, Fattah Amin

Sinopsis: Filem arahan Syafiq Yusof ini berkisarkan tentang dunia kepolisan. Sepasukan polis berusaha menumpaskan sekumpulan perompak bersenjata yang banyak melakukan rompakan bank, yang turut dianggotai oleh salah seorang pegawai polis dalam penyamaran.

Get Hard

18 | Komedi | 8 Mac 2018

Pengarah: Chan Wei Cheong Pelakon: JC Chee, Juwei Teoh, Sarah Lian, Emily Kong, Elvis Chin

Sinopsis: Bertenaga dan maskulin, Wen Hu seorang lelaki berusia 26 tahun yang dilabel sebagai Encik Perfect. Apa yang orang di sekeliling tidak tahu di sebalik lelaki kacak ini dia menyembunyikan rahsia, yang mana dia berdepan masalah mati pucuk. Dia perlu mencari jalan untuk menyelesaikan masalahnya dalam tempoh 30 hari kerana dia perlu berkahwin dengan teman wanitanya. Ibunya yang telah jatuh sakit memaksanya berkahwin secepat mungkin supaya dapat membuang sumpahan malang yang ibunya percaya menjadi punca dia jatuh sakit

The Strangers: Prey At Night

18 | Komedi | 15 Mac 2018

Pengarah: Johannes Roberts Pelakon: Christina Hendricks, Bailee Madison, Martin Henderson, Lewis Pullman

Sinopsis: Mengisahkan tentang sebuah keluarga bermalam di sebuah taman rumah bergerak. Namun malam mereka bertukar menjadi huru-hara apabila tiga orang gila datang menganggu mereka.

Lee Chong Wei

PG13 | Biografi/Sukan | 15 Mac 2018

Pengarah: Teng Bee | Pelakon: Tosh Chan, Jake Eng, Ashley Hua, Rosyam Nor, Yeo Yann Yann, Mark Lee, Freddie Wong, Bernard Hiew

Sinopsis: Ia sebuah filem biopik yang berkisarkan tentang kehidupan pemain badminton nombor satu negara Dato` Lee Chong Wei sejak dari kecil yang berusaha keras untuk mencapai cita-cita menjadi pemain badminton nombor satu dunia dengan bantuan jurulatih Datuk Misbun Sidek.

The Hurricane Heist

NA | Aksi | 15 Mac 2018

Pengarah: Rob Cohen | Pelakon: Toby Kebbell, Maggie Grace, Ryan Kwanten, Melissa Bolona

Sinopsis: Sekumpulan penggodam tech merancang untuk melakukan rompakan bernilai $600 juta dari kemudahan US di pesisir pantai, yang mana pada masa sama ribut taufan tahap 5 dijangka bakal melanda. Mereka yang tinggal di kawasan tersebut adalah ahli meteorologi, seorang ejen pembendaharaan dan bekas askar Marine. Bersama mereka bukan sahaja harus berdepan ribut taufan, tetapi juga menghentikan rompakan itu daripada berlaku.

Peter Rabbit

U | Komedi | 15 Mac 2018

Pengarah: Will Gluck | Pelakon: James Corden, Margot Robbie, Rose Byrne, Daisy Ridley, Elizabeth Debicki, Domhnall Gleeson, Steve Buscemi, Kevin Hart

Sinopsis: Cerita Beatrix Potter yang diberi nafas baru ini menampilkan karakter haiwan fisksyen, Peter Rabbit. Komedi adaptasi ini memberi fokus kepada permusuhan di antara arnab itu dan Mr. McGregor.

Red Sparrow

18 | Thriller | 15 Mac 2018

Pengarah: Francis Lawrence | Pelakon: Jennifer Lawrence, Joel Edgerton, Jeremy Irons, Matthias Schoenaerts

Sinopsis: Diangkat dari novel terlaris karya Jason Matthews, filem ini mengisahkan tentang seorang pengintip Rusia bernama Dominika Egorova yang telah ditugaskan untuk mengendalikan Nathaniel Nash, iaitu pengintip CIA yang berjaya menembusi perisikan Rusia. Kedua-dua pengintip muda ini kemudian perlu berdepan dengan keadaan yang penuh dengan tipu daya dan helah, namun hubungan mereka kemudian semakin rapat sekaligus membuatkan kerjaya mereka terancam.

Sherlock Gnomes

U | Animasi | 15 Mac 2018

Pengarah: John Stevenson | Pelakon: Johnny Depp, Emily Blunt, James McAvoy

Sinopsis: Johnny Depp menyumbang suara sebagai Sherlock Gnomes, seorang detektif lagenda yang diupah oleh Gnomeo (James McAvoy) dan Juliet (Emily Blunt) untuk menyiasat beberapa kehilangan membabitkan garden gnome di London.

The Lodgers

PG13 | Seram/Romantik | 22 Mac 2018

Pengarah: Brian O’Malley | Pelakon: Charlotte Vega, Bill Milner, Eugene Simon, David Bradley

Sinopsis: Berlatarkan pada tahun 1920 di pedalaman Ireland, terdapat sepasang kembar bernama Rachel dan Edward tinggal di sebuah rumah lusuh. Setiap malam kediaman mereka menjadi tumpuan entiti jahat yang meletakkan tiga peraturan kepada kembar tersebut iaitu mereka perlu tidur sebelum tengah malam, mereka tidak boleh membenarkan orang luar melalui kawasan kediaman mereka, dan jika salah seorang cuba melarikan diri, nyawa seorang lagi akan berada dalam bahaya.

Apabila Sean, seorang veteran perang bermasalah, pulang ke perkampungan berdekatan, dia tertarik dengan Rachel, yang mula melanggar peraturan yang ditetapkan. Tindakannya itu menyebabkan abangnya berdepan ancaman maut dan sumpahan itu akan terus menghantui mereka.

Unsane

NA | Seram/Thriller | 22 Mac 2018

Pengarah: Steven Soderbergh | Pelakon: Claire Foy, Joshua Leonard, Jay Pharoah, Juno Temple

Sinopsis: Selepas dipaksa untuk masuk ke institusi mental, seorang wanita muda perlu berdepan dengan ketakutannya. Dia juga tidak tahu sama ada apa yang dialaminya benar atau hanya ilusi.

Pacific Rim: Uprising

PG13 | Sains Fiksyen | 22 Mac 2018

Pengarah: Steven S. DeKnight | Pelakon: John Boyega, Scott Eastwood, Cailee Spaeny, Jing Tian, Rinko Kikuchi, Charlie Day

Sinopsis: John Boyega akan membawakan watak Jake Pentecost, anak kepada Stacker Pentecost (lakonan Idris Elba – dalam filem Pacific Rim 1) yang telah meninggalkan latihannya sebagai juruterbang Jaeger. Jake telah ditangkap kerana terlibat dengan jenayah. Bagaimanapun, bandar-bandar di pelusuk Bumi telah diancam kemunculan kembali raksasa “Kaiju”. Kakak angkat beliau, Mako Mori (Lakonan Kikuchi) telah memberi peluang terakhir kepada beliau untuk meneruskan legasi ayahnya. Mako Mori telah mengetuai sekumpulan pilot Jaeger generasi baru yang bersatu untuk menghapuskan Kaiju.

Jake akan bekerjasama dengan musuhnya, Lambert (lakonan Scott Eastwood) yang merupakan juruterbang berbakat serta Jaeger Hacker, Amara (lakonan Cailee Spaeny) yang baru berusia 15 tahun. Mereka bergabung tenaga dalam pengembaraan yang penuh mencabar bagi menghentikan ancaman Kaiju.

The Shape of Water

PG13 | Drama Fantasi | 22 Mac 2018

Pengarah: Guillermo del Toro | Pelakon: Sally Hawkins, Michael Shannon, Richard Jenkins, Doug Jones

Sinopsis: Ia sebuah filem yang berlatarkan Perang Dingin pada tahun 1962. Dalam satu fasiliti kerajaan rahsia berkeselamatan tinggi, Elisa, seorang pekerja di makmal, tersebut terperangkap dalam kehidupan bersendirian. Hidupnya berubah buat selama-lamanya selepas dia dan rakan sekerja Zelda menemui satu eksperimen rahsia.

The Lullaby

NA | Seram | 22 Mac 2018

Pengarah: Darrell Roodt | Pelakon: Reine Swart, Deanre Reiners, Brandon Auret, Thandi Puren

Sinopsis: Seorang ibu baru bernama Chloe berdepan dengan masalah depresi selepas melahirkan anak pertamanya. Dia mula berubah sikap menjadi terlalu melindungi anaknya kerana dia melihat bahaya dalam setiap situasi. Dia kemudian mula mendengar suara dan melihat kelibat entiti pelik di sekeliling anaknya. Yakin bahawa entiti itu benar, Chloe sanggup melakukan apa sahaja untuk melindungi anaknya.

Ready Player One

PG13 | Fantasi/Penggembaraan | 29 Mac 2018

Pengarah: Steven Spielberg | Pelakon: Tye Sheridan, Olivia Cooke, Hannah John-Kamen, Ben Mendelsohn

Sinopsis: Filem berlatarbelakangkan zaman 2045 dimana dunia dalam keadaan kacau bilau. Apabila pencipta dunia realiti maya OASIS mati, penciptanya telah melancarkan video di mana dia mencabar semua pengguna OASIS untuk mencari ‘easter egg’ yang tersembunyi dalam permainannya sebelum kematiannya, Pemenangnya akan memiliki kekayaannya yang cukup banyak

Hunter Killer

NA | Aksi | 29 Mac 2018

Pengarah: Donovan Marsh | Pelakon: Gerard Butler, Gary Oldman, Common, Linda Cardellini

Sinopsis: Seorang kapten kapal selam perlu bekerjsama dengan pasukan U.S. Navy SEALs untuk menyelamatkan presiden Rusia yang telah diculik oleh seorang general yang berpaling tadah.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here