Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Filem-Filem Menarik Bulan Julai 2017


*Masih tidak terlambat dari kami untuk ucapkan Selamat Hari Raya kepada anda semua. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin dari kami barisan admin Kakimuvee*

Bulan Jun boleh dikatakan Bulan yang cukup suram bagi industri perfileman Hollywood, dari 4 filem Blockbuster yang ditunggu-tunggu peminat, hanya 1 sahaja yang dianggap menarik manakala 3 kali dikritik teruk oleh pengkritik filem mahupun peminat.

Jadi diharap filem-filem bulan Julai ini tidak akan mengecewakan seperti yang berlaku pada filem-filem Bulan Jun. Jom mari kita lihat filem menarik yang boleh korang tonton pada bulan Julai ini.

Spider-Man: Homecoming

Genre: Superhero, Adventure, Aksi

Pengarah: Jon Watts


Pelakon: Tom Holland, Marisa Tomei, Zendaya, Laura Harrier, Tony Revolori, Robert Downey Jr., Michael Keaton, Jon Favreau

Edaran: Sony Pictures Entertainment

Tarikh Tayangan: 6 Julai 2017

Filem terbaru dari Marvel dengan kerjasama Sony Entertainment ini mengisahkan Peter Parker yang cuba menjadi hero dikawasan tempat tinggalkannya disamping menjalani kehidupan biasa sebagai seorang pelajar. Event filem ini di’set’ selepas filem Captain America: Civil War ini akan menyaksikan bagaimana Spider-Man akan berhadapan dengan musuh baru, The Vulture

Trailer

Crayon Sinchan: Invasion!! Alien Shiriri

Genre: Anime

Pengarah: Masakazu Hashimoto

Pelakon: Akiko Yajima, Miki Narahashi, Toshiyuki Morikawa, Satomi Koorogi, Miyuki Sawashiro

Edaran: GSC Movies

Tarikh Tayangan: 13 Julai 2017

Mahukan sebuah filem yang boleh ditonton bersama anak-anak? Jangan lupa saksikan filem anime Crayon Sinchan yang akan ditayangkan pada 13 Julai ini. Mengisahkan makhluk asing dari angkasa lepas bernama Shiriri tiba di Bumi dan bertemu dengan keluarga Nohara. Shiriri kemudian telah menukar ibu bapa Shin-chan, Hiroshi dan Misae, menjadi kanak-kanak. Untuk menukar mereka semula kepada bentuk asal, Shin-chan dan ibu bapanya perlu mencari bapa Shiriri yang berada di Jepun.

Trailer

War For The Planet Of The Apes

Genre: Sains Fiksyen, Drama, Aksi

Pengarah: Matt Reeves

Pelakon: Andy Serkis, Woody Harrelson, Steve Zahn, Gabriel Chavarria, Judy Greer

Edaran: 20th Century Fox

Tarikh Tayangan: 13 Julai 2017

Caeser mula menunjukan sisi gelapnya selepas rakan-rakanya ramai terbunuh disebabkan konflik dengan manusia dan akhirnya dia bertemu seterunya iaitu seorang  Kolonel tentera yang mempunyai visi untuk menghampuskan kesemua Apes yang wujud. Saksikan pertarungan dua spesis ini dalam filem War For Planet Of The Apes yang bakal menentukan nasib Planet Bumi.

Trailer

Wu Kong

Genre: Aksi, Fantasi

Pengarah: Derek Kwok

Pelakon: Eddie Peng, Ni Ni, Shawn Yue, Oho Ou Hao, Zheng Shuang

Edaran: MM2 Entertainment Sdn. Bhd

Tarikh Tayangan: 13 Julai 2017

Sun Wu Kong dilahirkan di Huaguo Mountain dengan mempunyai hati batu. Salah satu general berkuasa di Heaven, Hua Ji, mahu membunuhnya. Wu Kong telah diselamatkan oleh seorang sami, Bodhi, yang kemudian mengambilnya sebagai pengikut. Sementara itu, Yang Jian telah ditawarkan untuk menjadi tuhan – tetapi ada harga. Dia perlu membunuh Zixia, anak perempuan kepada musuh Maharaja Heaven, tetapi dia jatuh cinta dengan gadis itu. Tian Peng pula pengawal Hua Ji yang telah diarahkan untuk menyiasat Wu Kong. Ketiga-tiga mereka telah dihantar ke sekolah Heaven, dengan masing-masing mempunyai misi berbeza. Ketika di sana hidup mereka mula berubah.

Trailer

https://www.youtube.com/watch?v=gafv0BQ_1u0

Valerian And The City Of A Thousand Planets

Genre: Sains Fiksyen, Fantasi

Pengarah: Luc Besson

Pelakon: Dane DeHaan, Cara Delevingne, Ethan Hawke, Clive Owen, Rihanna, John Goodman, Herbie Hancock, Kris Wu

Edaran: Rainfilm Sdn Bhd

Tarikh Tayangan: 20 Julai 2017

Ejen pengembara masa Valerian dan Laureline telah dihantar untuk satu misi ke bandar galaksi Alpha. Beribu jenis spesis dari empat sudut alam semesta hidup di metropolis itu. Sebanyak 17 juta penduduk hidup bersama dan bergabung bakat, teknologi dan sumber untuk kebaikan semua. Bagaimanapun, tidak semua di Alpha berkongsi objektif sama, kerana terdapat kuasa yang akan membuatkan hidup manusia dalam bahaya. Kini ia terletak pada Valerian dan Laureline untuk melindungi spesis manusia.

Trailer

Baby Driver

Genre: Aksi, Jenayah, Komedi

Pengarah: Edgar Wright

Pelakon: Ansel Elgort, Lily James, Jamie Foxx, Jon Hamm, Kevin Spacey, Eiza González

Edaran: Sony Pictures Entertainment

Tarikh Tayangan: 20 Julai 2017

Seorang pemuda yang mempunyai skil memandu yang bagus dipaksa untuk bekerja dengan seorang ketua penjenayah. Dia kemudian mendapati dirinya telah terlibat dalam satu rompakan yang mengancam hidup, cinta dan kebebasannya.

Trailer

Wish Upon

Genre: Seram, Ngeri

Pengarah: Stacy Keach

Pelakon: Joey King, Ryan Phillippe, Ki Hong Lee, Mitchell Slaggert

Edaran: GSC Movies

Tarikh Tayangan: 20 Julai 2017

Sebuah kotak misteri yang mampu menunaikan apa jua hajat yang diminta. Tetapi setiap hajat pasti ada pengorbanannya apabila orang disekeliling Claire Shannon mula mati dalam keadaan ngeri setiap kali permintaannya ditunaikan

Trailer

https://www.youtube.com/watch?v=Hp01NH_gSZg

Dunkirk

Genre: Perang, Sejarah

Pengarah: Christopher Nolan

Pelakon: Tom Hardy, Cillian Murphy, Mark Rylance, Kenneth Branagh, Harry Styles

Edaran: Warners Bros. Pictures

Tarikh Tayangan: 20 Julai 2017

Diarahkan oleh Christopher Nolan, “Dunkirk” berkisarkan tentang sejarah Pemindahan Dunkirk yang berlaku ketika Perang Dunia II. Ia menceritakan bahaya yang dihadapi ketika memindahkan tentera Bersekutu dari pantai ke pelabuhan Dunkirk, Perancis ketika dikepung oleh tentera Jerman pada Mei 1940. Menggunakan kapal perkhidmatan dan kapal awam, lebih 300,000 tentera British dan Perancis dipindahkan secara perlahan-lahan dari pantai.

The Doll 2

Genre: Seram

Pengarah: Rocky Soraya

Pelakon: Herjunot Ali, Luna Maya, Sara Wijayanto

Edaran: GSC Movies

Tarikh Tayangan: 27 Julai 2017

Maira dan Aldo hidup gembira bersama anak perempuan mereka bernama Kayla dan pembantu rumah mereka bernama Yani. Tetapi satu kemalangan telah meragut nyawa Kayla dan ini telah mengubah hidup kedua-dua mereka. Miara bertukar menjadi seorang yang murung dan Aldo sentiasa menyibukkan dirinya dengan kerja. Tetapi 6 bulan kemudian, sehari sebelum hari jadi Kayla, Maira merasakan seperti dirinya tidak bersendirian. Bunyi pintu terbuka pada waktu malam, TV buruk terpasang sendiri, dan suara kanak-kanak memanggilnya. Patung kegemaran Kayla bernama Sabrina juga sering berubah tempat. Rakan baik Maira, Elsa kemudian mencadangkan supaya dia cuba berkomunikasi dengan Kayla menggunakan Sabrina sebagai orang tengah. Sejak dari itu, Maira mula merasa tidak selesa dan percaya Kayla yang menganggunya. Aldo tidak percaya, tetapi Maira yakin Kayla sekarang berada dalam patung Sabrina juga berkomunikasi dengannya.

https://www.youtube.com/watch?v=EJn2rHsT2Qg

Overdrive

Genre: Aksi

Pengarah: Antonio Negret

Pelakon: Scott Eastwood, Freddie Thorp, Ana de Armas, Gaia Weiss

Edaran: RAM Entertainment

Tarikh Tayangan: 27 Julai 2017

Andrew dan Garrett Foster adalah dua beradik yang mempunyai kepakaran dalam mencuri kereta mewah. Mereka telah mengembara ke selatan Perancis untuk mencari peluang baru. Mereka kemudian diupah untuk mencuri kereta Bugatti 1937, tetapi mereka tertangkap. Pemilik kereta tersebut, ketua penjenayah Jacomo Morier, mahu dua beradik ini mencuri kereta daripada musuhnya Max Klemp sebagai pertukaran dengan nyawa mereka. Bukan kereta biasa yang dia mahu dua beradik itu curi, sebaliknya dia mahukan kereta paling berharga buat Kemp iaitu Ferrari 250 GTO 1962.

https://www.youtube.com/watch?v=kWqAJE-Yshs

Atomic Blonde

Genre: Thriller

Pengarah: David Leitch

Pelakon: Charlize Theron, James McAvoy, John Goodman, Sofia Boutella

Edaran: TGV Pictures

Tarikh Tayangan: 27 Julai 2017

Lorraine Broughton, pengintip terhebat untuk MI6, telah dihantar ke Berlin ketika Perang Dingin untuk menyiasat dan menumpaskan rangkaian pengintip kejam yang telah membunuh ejen penyamaran untuk alasan yang tidak diketahui. Dia juga perlu mendapatkan semula senarai `double agent` yang hilang. Menerusi pengembaraannya, dia telah diminta untuk bekerjasama dengan ketua balai Berlin, David Percival.

Shot Caller

Genre: Crime Thriller

Pengarah: Ric Roman Waugh

Pelakon: Jon Bernthal, Nikolaj Coster-Waldau, Lake Bell

Edaran: GSC Movies

Tarikh Tayangan: 27 Julai 2017

Ia berkisarkan tentang seorang gangster yang baru keluar dari penjara. Bekas banduan itu telah dipaksa oleh ketuanya untuk kembali melakukan jenayah besar bersama geng musuh di jalanan Southern California.


Related posts

Babak Kredit ‘Spider-Man: Across the Spider-Verse’ Telah Dibuang Dari Filem & Ini Butirannya

Kakimuvee

Spider-Man: Across the Spider-Verse Menguasai Box Office Seluruh Dunia Pada Minggu Pembukaan

Kakimuvee

Spider-Man: Across The Spider-Verse Ending Explained! Apa Yang Kita Boleh Jangka Dalam Filem Seterusnya

Kakimuvee

Sony Sedang Bangunkan Filem Live-Action Spider-Woman & Miles Morales

Kakimuvee

Sony Lancar Trailer Terbaru “Spider-Man: Across the Spider-Verse”

Kakimuvee

Kontrak Tom Holland Sebagai Spider-Man Disambung Untuk Trilogi Baharu

Kakimuvee