Filem-Filem Menarik Bulan Februari 2018

0
639
views

Bulan Februari menjanjikan banyak filem-filem menarik dan pelbagai genre untuk ditonton oleh anda. Antara filem yang paling ditunggu-tunggu oleh penonton adalah Black Panther dan Annihilation. 

Tak kurang juga beberapa filem melayu yang bakal menemui anda iaitu Makrifat Cinta, Badang  dan Surf This Love. Jadi kepada kaki-kaki wayang diluar sana. Buntu nak tonton filem apa pada bulan Februari ini? jangan risau, kami kongsikan filem-filem menarik untuk ada tonton pada bulan ini.

Fate/Stay Night: Heaven’s Feel

PG13 | Anime | 1 Februari 2018

Pengarah: Tomonori Sudou | Pelakon: Noriko Shitaya, Ayako Kawasumi, Jouji Nakata, Kana Ueda

Sinopsis: Ketika kecil, adik Rin Tohsaka iaitu Sakura Mato telah dihantar ke rumah Mato untuk menjadi anak angkat. Di sana dia menjalani latihan menyeksakan demi menjadikan dirinya seorang Master Holy Grail berkuasa. Sakura sepatutnya tidak menyertai Perang Holy Grail, tetapi setelah dia mula menjalin hubungan dengan Shirou, dia menjadi pengubah besar dalam Perang Holy Grail dan memaksa Shirou untuk mengundurkan diri.

Guardians of The Tomb

PG13 | Aksi/Penggembaraan | 1 Februari 2018

Pengarah: Kimble Rendall | Pelakon: Li Bingbing, Kellan Lutz, Kelsey Grammer, Shane Jacobson, Wu Chun

Sinopsis: Sepasukan saintis kehilangan rakan kepada `labyrinth` purba ketika cuba untuk membuat penemuan terbesar abad ini, yang melibatkan mumia maharaja dari China 200 BC. Ketika kumpulan itu berjuang menyelamatkan diri daripada labah-labah pemangsa, mereka menemui rahsia di sebalik kuasa dan kebijaksanaan luar biasa serangga itu.

Makrifat Cinta

PG13 | Drama/Romantik | 1 Februari 2018

Pengarah: Kamal G | Pelakon: Syamsul Yusof, Nora Danish, Nabila Huda, Dato’ Adi Putra, Datuk Aznil Haji Nawawi, Puteri Balqis, Sabrina Ali

Sinopsis: Diinspirasikan dari kisah sebenar, ia mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Mahathir. Dia seorang lelaki biasa luar bandar yang mempunyai seorang isteri dan anak. Bagaimanapun kehidupan susahnya menjadi parah kerana isterinya seorang pemboros. Satu hari dia bertemu dengan rakan sekolah lama bernama Sofea dan cinta di antara mereka mula berputik. Si isteri yang dapat menghidu hubungan suaminya telah bertindak berpisah dan meminta adik lelakinya membalas dendam. Dalam pada itu, Sofea seorang yang memahami dan sering memberi dorongan kepada Mahathir untuk terus menyiapkan rekaan aplikasi yang mana sekiranya dijual, dia bakal menjadi seorang jutawan serta merta.

Marrowbone

18 | Drama/Seram | 1 Februari 2018

Pengarah: Sergio G. Sánchez | Pelakon: George MacKay, Anya Taylor-Joy, Mia Goth, Charlie Heaton

Sinopsis: Ia berkisarkan tentang seorang pemuda dan empat adik beradiknya yang menyembunyikan rahsia kematian ibu mereka kerana mahu kekal bersama. Namun mereka mula dihantui oleh entiti jahat yang berkeliaran dalam rumah agam mereka.

Acts of Violence

18 | Drama/Aksi | 1 Februari 2018

Pengarah: Brett Donowho | Pelakon: Bruce Willis, Cole Hauser, Shawn Ashmore, Melissa Bolona

Sinopsis: Avery, seorang anggota polis yang menyiasat penyeludupan manusia, pada masa sama menentang korupsi yang mempunyai niat tidak baik. Dia kemudian telah bekerjasama dengan Roman, yang tunangnya diculik oleh sindiket pemerdagangan manusia. Roman telah menjejaki tunangnya dengan bantuan adiknya yang merupakan bekas tentera.

Behind The Wall

18 | Seram | 1 Februari 2018

Pengarah: James Kondelik, Jon Kondelik | Pelakon: Vanessa Angel, Hutch Dano, Reggie Lee, Lew Temple

Sinopsis: Sebuah keluarga bermasalah terdesak untuk memulakan hidup baru di sebuah rumah baru. Mereka tidak tahu yang rumah tersebut berpenunggu, ia berlindung di sebalik dinding dan mahu mereka tinggal di rumah itu buat selama-lamanya.

Braven

18 | Aksi | 1 Februari 2018

Pengarah: Lin Oeding | Pelakon: Jason Momoa, Garret Dillahunt, Stephen Lang, Zahn McClarnon

Sinopsis: Dibintangi oleh Jason Momoa sebagai peneraju, ia mengisahkan tentang seorang pembalak yang tinggal di kawasan pergunungan. Dia perlu mempertahankan keluarganya apabila sekumpulan pengedar dadah menggangu mereka.

Molly’s Game

18 | Biopik/Drama | 8 Februari 2018

Pengarah: Aaron Sorkin | Pelakon: Jessica Chastain, Idris Elba, Kevin Costner, Michael Cera, Jeremy Strong

Sinopsis: Peluncur ski Olimpik Molly Bloom telah menjalankan permainan poker paling eksklusif di dunia selama sedekad sebelum dia ditangkap oleh ejen FBI. Walaupun mempunyai pemain dari kalangan orang Hollywood dan mafia Rusia, rakan sekutunya adalah peguamnya iaitu Charlie, yang kemudian mengetahui lebih mendalam mengenai pelanggannya, berbeza dengan apa yang dibaca di akhbar

Badang

PG-13 | Komedi/Fantasi | 15 Februari 2018

Pengarah: Prof Madya A. Razak Mohaideen | Pelakon: Datuk Aliff Syukri, Fasha Sandha, Azhari Mohd Zain, Aminah Rhapor, Fauzi Nawawi, Fareez Fauzi

Sinopsis: Badang merupakan lagenda terkenal masyarakat Malaysia yang dikatakan mempunyai kekuatan yang luar biasa. Filem ini memberi fokus kepada wataknya sebagai seorang adiwira.

Black Panther

PG-13 | Aksi/Sains Fiksyen | 15 Februari 2018

Pengarah: Ryan Coogler | Pelakon: Chadwick Boseman, Michael B. Jordan, Lupita Nyong’o, Danai Gurira, Martin Freeman, Daniel Kaluuya, Letitia Wright, Winston Duke, Angela Bassett, Forest Whitaker, Andy Serkis

Sinopsis: Selepas kejadian dalam “Captain America: Civil War”, T`Challa pulang ke Wakanda sebagai raja negara, tetapi mendapati kedudukannya dicabar oleh musuh lama dan beberapa puak dari dalam negaranya sendiri, yang mana ia telah menimbulkan konflik dan memberi kesan di luar Wakanda. Black Panther yang tidak mempunyai pilihan lain terpaksa bekerjasama dengan ejen C.I.A Everett K. Ross dan Dora Milaje, pasukan elit Wakanda, untuk menghalang negara mereka daripada terjebak dalam perang dunia.

Annihilation

NA | Aksi/Pengembaraan/Fantasi | 22 Februari 2018

Pengarah: Alex Garland | Pelakon: Natalie Portman, Jennifer Jason Leigh, Gina Rodriguez, Tessa Thompson, Tuva Novotny, Oscar Isaac

Sinopsis: Natalie Portman membintangi filem ini sebagai seorang ahli biologi bernama Lena. Apabila suaminya, salah seorang askar yang pergi ke ekspedisi zon bencana alam sebelum ini, pulang seorang diri dan cedera parah, Lena ambil keputusan untuk sertai ekspedisi akan datang ke tempat sama. Dia berharap dapat mencari kebenaran di sebalik apa yang berlaku terhadap askar lain dan menyelamatkan suaminya.

Surf This Love: Gelora Jiwa

PG13 | Romantik/Komedi | 22 Februari 2018

Pengarah: Waan Hafiz | Pelakon: Shukri Yahaya, Cristina Suzanne, Pekin Ibrahim, Josiah Hogan, Ardell Aryana

Sinopsis: Mahu mengikut jejak langkah abangnya menjadi juara luncur, seorang pemuda meminta bantuan seorang bekas juara luncur yang tidak lagi aktif selepas mengalami kecederaan kaki. Pemuda ini sering dicabar oleh juara bertahan tetapi dia akhirnya terpilih untuk bersaing dalam pentas akhir pertandingan meluncur.

Three Billboards Outside Ebbing, Missouri

18 | Drama | 22 Februari 2018

Pengarah: Martin McDonagh | Pelakon: Frances McDormand, Woody Harrelson, Sam Rockwell, John Hawkes, Peter Dinklage

Sinopsis: Ia berkisarkan tentang seorang ibu yang mencabar pihak penguatkuasa tempatan untuk menyelesaikan kes pembunuhan anaknya, selepas mereka gagal untuk menangkap pembunuh tersebut.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here