Filem-Filem Hollywood 2018 Yang Menarik Untuk Ditonton

0
2031
views

Selamat tahun baru diucapkan kepada semua pembaca laman web Kakimuvee.net. Puas menonton filem-filem menarik pada tahun lepas? Apakah filem 2017 kegemaran anda? nanti kongsikan kepada kami ya!.

Artikel kali ini kami ingin kongsikan kepada anda semua filem-filem menarik yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Dari senarai tersebut, terdapat beberapa filem yang paling ditunggu-tunggu oleh peminat, antaranya filem Avengers: Infinity War, Star Wars: Han Solo, Black Panther, Deadpool 2 dan banyak lagi.

Filem-filem yang kami senaraikan ini mungkin atau mungkin tidak akan ditayangkan di Malaysia, manakala tarikh – tarikh tayangan mungkin berbeza dari apa yang tertera kerana terdapat beberapa filem yang mungkin ditayangkan awal di Malaysia atau sebaliknya.

Jadi kepada pengemar filem, lihat filem-filem yang kami senaraikan, dan jangan lupa untuk tanda di kalender wayang anda tarikh tayang filem yang paling anda nantikan.

*Kami akan kemaskini senarai filem 2018 dari masa ke semasa*

Insidious: The Last Key

PG13 | Seram,Thriller | 4 Januari 2018

Insidious The Last Key

Pengarah: Adam Robitel | Pelakon: Lin Shaye, Leigh Whannell, Angus Sampson,Kirk Acevedo
Sinopsis: Dr. Elise Rainier, seorang parapsychologist yang berhadapan dengan entiti jahat yang sangat menakutkan, didalam rumah keluarganya sendiri

The Commuter

PG13 | Drama,Jenayah, Misteri | 11 Januari 2018


Pengarah: Jaume Collet-Serra | Pelakon: Liam Neeson, Vera Farmiga, Patrick Wilson, Jonathan Banks
Sinopsis: Michael McCauley telah diberikan satu tugas oleh individu misteri semasa berada didalam komuter. Bagaimanapun dia dapati, dirinya terperangkap dalam satu jenayah terancang.

12 Strong

18 | Aksi, Drama, Sejarah | 19 Januari 2018

Pengarah: Nicolai Fuglsig | Pelakon: Chris Hemsworth, Michael Shannon, William Fichtner, Elsa Pataky
Sinopsis: Mengisahkan pasukan khas yang dihantar ke Afghanistan selepas insiden 9/11. Dibawah kapten yang baru, mereka perlu bekerjasama dengan ketua milita Afghan untuk menjatuhkan Taliban

Maze Runner: The Death Cure

PG-13 | Sains Fiksyen Thriller | 26 Januari 2018

Pengarah:  Wes Ball | Pelakon: Rosa SalazarThomas Brodie-SangsterDylan O’BrienKaya Scodelario
Sinopsis: Thoms dan rakannya menjalankan satu menyelamatkan rakan-rakan mereka dengan memasuki Last City, laluan maze paling merbahaya sekali dan dikawal oleh WCKD.

Fifty Shades Freed

18 | Drama, Romantik Thriller | 9 Februari 2018

Pengarah:  James Foley | Pelakon:  Arielle Kebbel, Luke Grimes, Dakota Johnson,Jamie Dornan
Sinopsis: Anastasia Steele yang baru menerima lamaran Christian Grey, perlu menyesuaikan diri dialam perkahwinan, bukah sahaja dengan gaya hidup suaminya yang mewah, malah sikap yang suka mengongkong

Black Panther

PG-13 | Aksi Superhero, Sains Fiksyen | 16 Februari 2018

Pengarah:  Ryan Coogler | Pelakon: Chadwick Boseman, Michael B. Jordan,Lupita Nyong’o, Danai Gurira
Sinopsis: Selepas kematian bapanya, Raja Wakanda, T’Challa kembali ke negara Afrika yang terpencil dan berteknologi maju mengambil alih tampuk pemerintah dan menjaga negaranya dari ancaman musuh

Annihilation

PG-13 | Pengembaraan, Drama, Fantasi | 23 Februari 2018

Pengarah:  Alex Garlan | Pelakon: Natalie Portman, Tessa Thompson, Oscar Isaac, Jennifer Jason Leigh
Sinopsis: Seorang ahli biologi telah menjalankan satu ekspedisi rahsia yang berbahaya di mana undang-undang alam tidak terpakai.

Tomb Raider

PG-13 | Aksi Pengembaraan | 16 Mac 2018

Pengarah:  Roar Uthaug | Pelakon:  Alicia Vikander, Hannah John-Kamen, Walton Goggins, Kristin Scott Thomas
Sinopsis: Pengembaraan yang cukup mencabar buat Lara Croft, untuk mencari bapanya yang hilang secara misteri

Pacific Rim Uprising

PG-13 | Aksi Sains Fiksyen | 23 Mac 2018

Pengarah:   Steven S. DeKnight | Pelakon:  John Boyega, Tian Jing, Scott Eastwood, Adria Arjona
Sinopsis: Jake Pentecost, anak lelaki Stacker Pentecost, bertemu dengan Mako Mori untuk mengetuai juruterbang Jaeger generasi baru, termasuk Lambert saingan dan penggodam berusia 15 tahun Amara,menghadpai ancaman terbaru Kaiju

Ready Player One

PG-13 | Aksi, Pengembaraan Sains Fiksyen | 30 Mac 2018

Pengarah:  Steven Spielberg | Pelakon:  Tye Sheridan, Olivia Cooke, Hannah John-Kamen, Ben Mendelsohn
Sinopsis: Apabila pencipta dunia realiti maya OASIS mati, penciptanya telah melancarkan video di mana dia mencabar semua pengguna OASIS untuk mencari ‘easter egg’ yang tersembunyi dalam permainannya sebelum kematiannya, Pemenangnya akan memiliki kekayaannya yang cukup banyak

The New Mutants

PG-13 | Aksi, Seram Sains Fiksyen | 13 April 2018

Pengarah:  Joss Boone | Pelakon:   Anya Taylor-Joy, Charlie Heaton, Maisie Williams, Alice Braga
Sinopsis: Lima mutan muda, telah menemui kebolehan mereka semasa ditahan dalam kemudahan rahsia. Melawan kehendak, kelima-lima mutants tersebut berjuang untuk melepaskan diri dari dosa yang pernahmereka lakukan dan menyelamatkan diri mereka

Rampage

PG-13 | Aksi, Pengembaraan Sains Fiksyen | 20 April 2018

Pengarah:  Brad Peyton | Pelakon:  Jeffrey Dean Morgan, Dwayne Johnson, Jake Lacy, Malin Akerman
Sinopsis: Berdasarkan permainan video klasik 1980-an yang menampilkan apes dan raksasa yang memusnahkan bandar-bandar.

Avengers: Infinity War

PG-13 | Aksi, Pengembaraan Sains Fiksyen | 4 Mei 2018

 

Pengarah:  Anthony Russo, Joe Russo  | Pelakon:  Robert Downey Jr., Chris Evans, Mark Ruffalo, Scalett Johansson, Chris Hemsworth, Tom Hiddleston,
Sinopsis: The Avengers dan sekutu mereka mesti bersedia untuk menghalang Thanos yang mahu memburu Infinity Stone dan menamatkan alam semesta.

Escape Plan: Hades

NA | Aksi,Thriller | 2018

Pengarah:   Steven C. Miller  | Pelakon:  Dave Bautista, Sylvester Stallone, Jaime King, Jesse Metcalfe
Sinopsis: Sekuel filem 2013 yang menampilkan pakar keselamatan, Ray Breslin, yang menggunakan kemahirannya untuk menguji kebolehpercayaan penjara keselamatan maksimum.

Solo: A Star Wars Story

PG-13 | Aksi,Sains Fiksyen | 25 Mei 2018

Pengarah:  Ron Howard  | Pelakon:  Emilia Clarke, Alden Ehrenreich, Paul Bettany, Joonas Suotamo
Sinopsis: Pengembaraan Han Solo dan Chewbacca sebelum menyertai Rebellion, termasuk pertemuan awal mereka dengan Lando Calrissian.

Deadpool 2

18 | Aksi, Pengembaraan, Komedi | 1 Jun 2018

Pengarah:  David Leitch  | Pelakon:  Morena Baccarin, Ryan Reynolds, Josh Brolin, T.J. Miller
Sinopsis: Sekuel kepada filem pertama Deadpool, menampilkan Cable, mutant yang datang dari masa hadapan

Jurassic World: Fallen Kingdom

PG-13 | Aksi, Sains Fiksyen, Penggembaraan | 22 Jun 2018

Pengarah:  J.A. Bayona  | Pelakon:  Bryce Dallas Howard, Chris Pratt, Jeff Goldblum, BD Wong
Sinopsis: Pulau yang didiami oleh haiwan Jurassice dilanda gunung berapi yang aktif, Owen dan Claire menyertai kempen menyelamatkan Dinosaur yang diambang kepupusan buat kali kedua

Ocean’s 8

NA | Aksi, Rompakan | 8 Jun 2018

Pengarah:  Gary Ross  | Pelakon:  Sandra Bullock, Cate Blanchett, Anne Hathaway, Matt Damon
Sinopsis: Debbie Ocean mengumpulkan krew untuk melakukan rompakan di sebuah majlis keramaian di New York City

Incredibles 2

U | Aksi, Animasi | 8 Jun 2018

Pengarah:  Brad Bird | Pelakon:  Samuel L. Jackson, Holly Hunter, Catherine Keener, Bob Odenkirk
Sinopsis: Bob Parr (Mr. Incredible) perlu menjaga Jack-Jack manakala Helen (Elastigirl) bertugas sebagai hero menyelamatkan dunia

Sicario 2: Soldado

18 | Aksi, Jenayah | 29 Jun 2018

Pengarah:  Stefano Sollima | Pelakon:  Benicio Del Toro, Josh Brolin, Catherine Keener, Isabela Moner
Sinopsis: Agen Persekutuan, Matt Graver perlu bergabung semula dengan Alejandro bagi membanteras kartel dadah Mexico yang mula menyeludup pengganas masuk ke negara US

The Purge: The Island

18 | Seram, Thriller | 4 Julai 2018

Pengarah:   Gerard McMurray | Pelakon:  Luna Lauren Velez, Chyna Layne, Melonie Diaz, Y’lan Noel
Sinopsis: Prekuel kepada franchise The Purge, berlatarbelakang peristiwa yang menyebabkan berlakunya The Purge yang pertama.

Ant-Man and the Wasp

PG-13 | Aksi, Pengembaraan, Sains Fiksyen | 6 Julai 2018

Pengarah: Peyton Reed | Pelakon:  Paul Rudd, Evangeline Lilly, Michelle Pfeiffer, Judy Greer, Michael Douglas
Sinopsis: Ketika Scott Lang mengimbangi menjadi Super Hero dan ayah, Hope van Dyne dan Dr. Hank Pym meminta bantuannya menjalankan satu misi. Ant-Man bersama The Wasp menjalankan misi yang akhirnya membongkar satu rahsia dari masa lalu.

Hotel Transylvania 3: Monster Vacation

U | Penggembaraan, Animasi | 13 Julai 2018

Pengarah:  Genndy Tartakovsky | Pelakon:  Steve Buscemi, Adam Sandler, Selena Gomez, Andy Samberg
Sinopsis: Dracula bersama-sama keluargan dan rakannya telah bercuti diatas satu kapal peranginan yang besar. Dia kemudiannya jatuh cinta pada kapten kapal yang sebenarnya berketurunan Abraham Van Helsing, musuh kepada Dracula

The Nun

NA | Seram, Misteri, Thriller | 13 Julai 2018

Pengarah: Corin Hardy | Pelakon:  Taissa Farmiga, Bonnie Aarons, Demián Bichir, Charlotte Hope
Sinopsis: Paderi Father Burke telah dihantar ke kota Rome untuk menyiasat misteri kematian Biarawati

Skyscraper

NA | Aksi | 20 Julai 2018

Pengarah: Rawson Marshall Thurber | Pelakon:  Dwayne Johnson, Neve Campbell, Pablo Schreiber, Roland Møller
Sinopsis: plot masih tidak diketahui

Mamma Mia! Here We Go Again

PG-13 | Musikal | 20 Julai 2018

Pengarah: OI Parker | Pelakon:  Lily James, Christine Baranski, Meryl Streep, Amanda Seyfried
Sinopsis: Dalam sekuel ini kepada Mamma Mia! Sophie belajar tentang masa lalu ibunya semasa mengandung

M:I 6 – Mission Impossible

NA | Aksi | 27 Julai 2018

Pengarah: Christopher McQuarrie | Pelakon:  Vanessa Kirby, Rebecca Ferguson, Tom Cruise, Henry Cavill
Sinopsis: Plot Masih Tidak Diketahui

The Predator

18 | Aksi, Seram | 3 Ogos 2018

Barisan Pelakon The Predator

Pengarah: Shane Black | Pelakon:  Olivia Munn, Jacob Tremblay, Yvonne Strahovski, Boyd Holbrook
Sinopsis: Remake filem Predator yang diterbitkan pada 1987

The Equalizer 2

NA | Aksi, Jenayah, Thriller | 3 Ogos 2018

Pengarah:  Antoine Fuqua | Pelakon:  Pedro Pascal, Denzel Washington, Bill Pullman, Jonathan Scarfe
Sinopsis: Sekuel filem pertama, plot masih belum diketahui

The House with a Clock in its Walls

NA | Fantasi, Seram, Misteri | 21 September 2018

Pengarah: Eli Roth | Pelakon:  Cate Blanchett, Jack Black, Kyle MacLachlan
Sinopsis: Seorang anak yatim muda yang bernama Lewis Barnavelt membantu pakciknya yang mempunyai magik dalam mencari jam yang mempunyai kuasa untuk mengakhiri dunia

Venom

18 | Aksi, Seram, Sains Fiksyen | 5 Oktober 2018

Pengarah: Ruben Fleischer | Pelakon:  Tom Hardy, Michelle Williams, Jenny Slate, Woody Harrelson
Sinopsis: Plot masih belum diketahui

Johnny English 3

PG-13| Aksi, Komedi | 12 Oktober 2018

Pengarah: David Kerr | Pelakon:  Jake Lacy, Olga Kurylenko, Rowan Atkinson, Ben Miller
Sinopsis: Johnny English kembali dalam menjalankan misi untuk menyelamatkan dunia

Mowgli

U | Pengembaraan, Drama, Kekeluargaan | 19 Oktober 2018

Pengarah: Andy Serkis | Pelakon:  Cate Blanchett, Andy Serkis, Christian Bale, Benedict Cumberbatch
Sinopsis: Seorang anak manusia yang dibesarkan oleh serigala, mesti menghadapi harimau yang bernama Shere Khan, serta asal usulnya sendiri.

Halloween

18 | Seram | 19 Oktober 2018

Pengarah:  David Gordon Green  | Pelakon:   Judy Greer, Jamie Lee Curtis, Andi Matichak, Nick Castle
Sinopsis: Laurie Strode datang ke konfrontasi terakhirnya dengan Michael Myers iaitu bertopeng yang menghantui dia sejak dia sempat melarikan diri dari serangannya pada malam Halloween empat dekad yang lalu.

Goosebumps 2

NA | Pengembaraan Komedi | 12 Oktober 2018

Pengarah:  Ari Sandel | Pelakon:  Jack Black
Sinopsis: Plot masih tidak diketahui

The Nutcracker and the Four Realms

U  | Fantasi, pengembaraan | 2 November 2018

Pengarah: Lasse Hallström, Joe Johnston  | Pelakon: Keira Knightley, Morgan Freeman, Mackenzie Foy, Helen Mirren
Sinopsis: Seorang gadis muda telah pergi ke alam ajaib secara tidak sengaja. Dia telah bertemu dengan Philips, seorang askar serta tentera tikus. Mereka bersama-sama menentang Mother Ginger yang jahat

X-Men: Dark Phoenix

PG-13  | Aksi, Sains fiksyen | 2 November 2018

Pengarah: Simon Kinberg  | Pelakon:  Jennifer Lawrence, Tye Sheridan, Jessica Chastain, Olivia Munn
Sinopsis: Anggota X-Men perlu berhadapan dengan Jean Grey yang secara tiba-tiba mendapat kuasa luar biasa yang sukar dikawal olehnya. X-Men perlu menentukan sama ada nyawa rakannya itu lebih berbaloi dari penduduk bumi.

Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald

PG-13  | Fantasi Pengembaraan | 16 November 2018

Pengarah: David Yates | Pelakon:  Johnny Depp, Ezra Miller, Katherine Waterston, Jude Law
Sinopsis: Sambungan ‘Fantastic Beasts and Where to Find Them’  dan akan mengisahkan pengembaraan Newt Scamander.

Ralph Breaks the Internet: Wreck-It Ralph 2

U  | Fantasi Pengembaraan, Animasi | 21 November 2018

Pengarah: Phil Johnston, Rich Moore | Pelakon:  J Kristen Bell, Mandy Moore, Alan Tudyk, Kelly Macdonald
Sinopsis:  6 tahun selepas peristiwa “Wreck-It Ralph”, Ralph dan Vanellope, menemui wi-fi di arcade mereka, membawa mereka ke pengembaraan baru.

Creed 2

NA  | Fantasi Pengembaraan, Animasi | 21 November 2018

Pengarah: Steven Caple Jr | Pelakon:  Sylvester Stallone, Michael B. Jordan, Dolph Lundgren
Sinopsis: Adonis Creed cuba membalas dendam apabila beradu tenaga lelaki yang bertanggungjawab membunuh bapanya.

Mortal Engines

NA  | Fantasi Pengembaraan, Animasi | 14 Disember 2018

Pengarah: Christian Rivers  | Pelakon:  Hugo Weaving, Stephen Lang, Robert Sheehan, Jihae
Sinopsis: Selepas berlaku “Sixty Minute War,” bandar-bandar kecil yang terselamat telah diserang oleh sebuah bandar bergerak yang cukup besar yang ingin mencari sumber bekalan mereka.

Spider-Man: Into the Spider-Verse

U | Aksi Pengembaraan, Animasi | 14 Disember 2018

Pengarah: Bob Persichetti, Peter Ramsey, Rodney Rothman  | Pelakon:  Liev Schreiber, Mahershala Ali, Shameik Moore, Brian Tyree Henry
Sinopsis: Plot masih tidak diketahui

Aquaman

PG-13 | Aksi Pengembaraan | 21 Disember 2018

Pengarah: James Wan | Pelakon:  Jason Momoa, Amber Heard, Nicole Kidman, Willem Dafoe
Sinopsis: Arthur Curry perlu mengetuai kerajaan dan memimpin rakyatnya berhadapan dengan penjahat dan menjadi hero kepada rakyatnya.

Bumblebee

PG-13 | Aksi Pengembaraan, sains fiksyen | 21 Disember 2018

Pengarah: Travis Knight | Pelakon:  Hailee Steinfeld, John Cena, Pamela Adlon, Christian Hutcherson
Sinopsis: Bumblebee yang menjadi pelarian dan berlindung disebuah tempat besi buruk. Seorang gadis bernama Charlie telah menjumpai kenderaan  Volkswagen Beetle di tempat tersebut yang mana dia akan mengentahui kenderaan tersebut adalah sebuah robot

Mary Poppins Returns

U | Fantasi, musikal, kekeluargaan | 25 Disember 2018

Pengarah: Rob Marshall | Pelakon:  Dick Van Dyke, Emily Blunt, Meryl Streep, Colin Firth
Sinopsis: Dalam era Depression London, Jane dan Michael Banks yang sudah dewasa, bersama dengan tiga orang anak Michael, dikunjungi oleh Mary Poppins yang ingin membantu menceriakan keluarga tersebut

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here