Filem-Filem Melayu Yang Bakal Ditayangkan Pada 2018

0
2697
views

Tahun 2017 menyaksikan sebanyak 58 buah filem tempatan ditayangkan termasuk 32 filem berbahasa melayu. Dari jumlah tersebut terdapat beberapa filem telah berjaya mengutip jutaan ringgit hasil daripada tayangan dipawagam-pawagam tempatan.

Tahun ini diharap industri perfileman tempatan akan kembali bertenaga dan rancak dengan penerbitan filem-filem yang menarik dan mantap.

Setakat ini, kami hanya berjaya mengumpul beberapa filem tempatan yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan. Kami akan kemaskini sekiranya terdapat maklumat mengenai filem-filem melayu yang bakal ditayangkan.

*Artikel ini telah dikemaskini pada 23 Februari 2018*

1 Busker

Busker AstroShaw

Pengarah: Syed Khairul Fariz
Pelakon: Hafeez Mikail, Daiyan Trisha, Anas Ridzuan, Bulan, Lia Natalia dan Mas Khan.
Studio: AstroShaw
Tarikh Tayangan: 11 Januari 2018

Sinopsis:

Busker mengisahkan sekumpulan remaja yang meminati muzik jalanan dan ingin memperjuangkan minat mereka ke tahap yang lebih tinggi. Dalam pada itu, Adil mula berkawan dengan Vera dan mendapat semangat baru dalam menggapai impiannya.

Tanpa disedari, perasaan suka mula timbul di antara mereka. Namun, semakin hampir dengan hari pertandingan, Adil berdepan dengan konflik persahabatan, cinta dan impiannya sendiri.

2. Bukan Cinta Malaikat

Pengarah: Aziz M. Osman
Pelakon: Fachri Albar, Donita, Nora Danish dan Ashraf Muslim.
Studio: Ganesa Perkasa Films & Ace Motion Pictures
Tarikh Tayangan: 25 Januari 2018

Sinopsis

Film Bukan Cinta Malaikat bercerita tentang Reyhan (Fachri Albar), seorang relawan Muslim Care asal Bandung yang sedang bertugas di wilayah konflik di Timur Tengah.

Saat sedang berada di Madinah, Reyhan menolong seorang perempuan asal Malaysia bernama Dewi (Nora Danish) yang sedang melakukan perjalanan umroh. Namun, Dewi secara tak sengaja tertangkap karena dikira penggunjung gelap.

Sejak pertemuan itu, Reyhan yang begitu idealis dengan misi kemanusiannya dan belum pernah menyatakan cinta pada perempuan, merasakan benih cinta dalam dirinya. Ia menaruh hati pada Dewi. Reyhan pun pergi ke Malaysia untuk menyatakan cinta dan melamar Dewi.

Akan tetapi, cinta Reyhan tak berjalan mulus. Dewi telah memiliki kekasih bernama Adam (Ashraf Muslim). Sementara, di Bandung, seorang teman kecil Reyhan bernama Aliyah (Donita), mengharapkan cinta pada Reyhan. Cobaan demi cobaan datang silih berganti. Bagaimana perjalanan kisah cinta Reyhan dan Dewi, selanjutnya?

3. Makrifat Cinta

Pengarah: Kamal G
Pelakon: Syamsul Yusof, Nabila Huda, Puteri Balqis, Nora Danish, Ady Putra
Studio: TSR Film
Tarikh Tayangan: 1 Februari 2018

Sinopsis

Ia berkisarkan tentang seorang lelaki bernama Mahathir. Dia seorang lelaki biasa luar bandar yang mempunyai seorang isteri dan anak. Bagaimanapun kehidupan susahnya menjadi parah kerana isterinya seorang pemboros. Satu hari dia bertemu dengan rakan sekolah lama bernama Sofea dan cinta di antara mereka mula berputik. Si isteri yang dapat menghidu hubungan suaminya telah bertindak berpisah dan meminta adik lelakinya membalas dendam. Dalam pada itu, Sofea seorang yang memahami dan sering memberi dorongan kepada Mahathir untuk terus menyiapkan rekaan aplikasi yang mana sekiranya dijual, dia bakal menjadi seorang jutawan serta merta.

Rating: 6.5/10. Baca Review Makrifat Cinta disini

4. Surf This Love

Pengarah: Wan Mohd Hafiz Wan Hussain
Pelakon: Shukri Yahaya, Christina Suzanne, Josiah Hogan, Beto Khusyari, Pekin Ibrahim dan Farid Kamil.
Studio: Global Solution Resources
Tarikh Tayangan: 22 Februari 2018

Sinopsis

Surf This Love: Gelora Juara adalah filem Malaysia berbahasa Melayu rojak yang dibikin bagi mengangkat sukan luncur ombak di negara ini. Filem yang bergenrekan komedi romantik ini adalah mengenai kisah anak muda si Billy, yang mengejar impian ingin menjadi peluncur ombak terbaik dunia mengikut jejak langkah abangnya yang merupakan lagenda dalam sukan ini dalam masa yang sama cuba mengejar cinta hati di daratan.

Rating: 7/10. Baca Review Surf This Love: Gelora Juara disini

5. Suatu Ketika

Pengarah: Prakash Murugiah
Pelakon: NamRon dan Pekin Ibrahim
Studio: Kash Pictures
Tarikh Tayangan: TBA

Sinopsis

Filem yang berlatarbelakangkan zaman sebelum merdeka itu bakal memberi inpsirasi kepada penonton akan kepentingan perpaduan dikalangan masyarakat yang berbilang bangsa dan kaum. Dengan menggunakan medium bola sepak sebagai pengerak jalan cerita, Suatu Ketika akan mengisahkan sekumpulan budak-budak kampung dari Sekolah Ujong Pasir, yang terdiri daripada golongan anak-anak miskin yang bertanding dalam pertandingan bola sepak anjuran pihak British.

6. This Is Pilah

Pengarah: Rosdi Md Dali
Pelakon: Juzzthin, Ara, Waris, Ito Blues Gang, Datuk Seri Mohamad Hasan
Studio: Madness Films
Tarikh Tayangan: TBA

Sinopsis:

This Is Pilah mengisahkan hasrat seorang pemuda berasal dari Kuala Pilah yang mahu berkahwin dengan gadis idamannya daripada suku yang sama

7. Blok 404

Pengarah: Isma
Pelakon:  Zamarul Hisyam, Boy Iman, Raja Azrey, Fasha Sandha, Syamsul Yusof, Kamal Adli, Adrea, Aedy Ashraf dan Ozlynn Waty.
Studio: DBI Entertainment Sdn. Bhd.
Tarikh Tayangan: TBA

Sinopsis:

TBA

8. Wheely

Pengarah: Yusry Abdul Halim
Pelakon:  TBA
Studio: KRU Studio
Tarikh Tayangan: TBA

Sinopsis

Ianya mengisahkan watak Wheely sebagai teksi yang dipandang rendah oleh komunitinya terpaksa berdepan dengan sindiket jenayah yang menculik kenderaan-kenderaan mewah iaitu kenderaan import yang menjadi golongan elit di bandaraya tersebut.

9. Mencari Rahmat

Mencari Rahmat – TedAdnan.Asia

Pengarah: Al Jafree Md Yusop
Pelakon:  Sharifah Amani, Namron, Amirul Afendi, Fauziah Nawi, Adibah Noor, Eric Fuzi dan Nadia Aqilah.
Studio: Ab Roll Sdn Bhd
Tarikh Tayangan: TBA

Sinopsis

Mengisahkan Razak yang merupakan seorang anak yatim piatu. Beliau kemudiannya bergelar seorang ahli perniagaan berjaya di Pulau Pinang. Selepas ibu bapa angkatnya meninggal dalam satu kemalangan, dia mewarisi segala-galanya, termasuk menjadi penjaga kepada cucu mereka berusia 19 tahun bernama Ratna, yang juga yatim piatu. Bagaimanapun, Razak yang merupakan seorang kaki parti dan suka berfoya-foya mahu menunjukkan contoh baik kepada Ratna.

Sementara itu, Azman seorang lagi yatim piatu yang dibesarkan oleh makciknya, Datin Azizah. Datin Azizah mempunyai anak perempuan bernama Rose yang juga kekasih Razak. Kehidupan mereka kemudian bertembung sebagaimana rahsia mereka terdedah.

10. KL Special Force

Sumber gambar: Rojakdaily.com

Pengarah: Syafiq Yusof
Pelakon:  Datuk Rosyam Nor, Syamsul Yusof, Fattah Amin, Tania Hudson dan Sabrina Ali.
Studio: Skop Production
Tarikh Tayangan: 8/3/2018

Sinopsis:

TBA

11. 1,2 Jaga

Pengarah: Nam Ron
Pelakon:   Beto Kusyairi, Datin Sofia Jane, Zaidi Omar, Amerul Affendi, Ario Bayu, Zahiril Adzim dan Asmara Abigail.
Studio: Pixel Play
Tarikh Tayangan: TBA

Sinopsis:

Diarahkan oleh Nam Ron, filem bertemakan kepolisan ini mengisahkan tentang di sebalik tabir pasukan badan beruniform Polis Diraja Malaysia, yang mana ia memaparkan sisi gelap segelintir anggota yang sanggup mengkhianati amanah dengan mengambil rasuah dan terjebak dalam kegiatan jenayah.

12. Polis Evo 2

Shaheizy Sam Zizan Razak Polis Evo 2
Polis Evo

Pengarah: Joel Soh
Pelakon: Zizan Razak, Shaheizy Sam, Erra Fazira, Hairul Azreen, Idris Khan, Raline Shah.
Studio: Astro Shaw
Tarikh Tayangan: TBA

Sinopsis:

TBA

13. Langsuir

Pengarah: Osman Ali
Pelakon: Hannah Delisha, Syafiq Kyle
Studio: Guam TeamWork Sdn Bhd, Nuansa Films
Tarikh Tayangan: TBA

Sinopsis:

TBA

14. Pailang JB

Pengarah: Ryzal Yusoff
Pelakon: Izzue Islam, Adam Corrie dan penyanyi Mark Adam.
Studio: Simpang 3 Production
Tarikh Tayangan: TBA

Sinopsis:

TBA

15. Hantu Kak Limah 3

Pengarah: Mamat Khalid
Pelakon:  Awie, Delimawati, Ropie Cecupak, Zul Ariffin, Mus May, Uqasha Senrose, Erra Fazira, Datuk Seri Vida dan Jue Aziz
Studio: Astro Shaw dan Infinitus
Tarikh Tayangan: Ogos 2018

Sinopsis:

TBA

16. Lee Chong Wei: Rise of the Legend

Lee Chong Wei Rise of the Legend
Lee Chong Wei

Pengarah: Teng Bee
Pelakon:  Tosh Chan, Jake Eng, Datuk Rosyam Nor, Ashley Ashley, Mark Lee dan Yeo Yann Yann
Studio: Mahu Pictures
Tarikh Tayangan: 9 Mac 2018

Sinopsis:

Filem Biopik mengenai perjalanan hidup Datuk Lee Chong Wei semasa kecil sehinggalah dia menjadi pemain badminton negara.

17. Badang

Pengarah: Datuk Profesor Dr. A. Razak Mohaideen
Pelakon: Datuk Aliff Syukri, Fasha Sandha, Fauzi Nawi dan Fareez Fauzi.
Studio: FiTA Studios Sdn Bhd
Tarikh Tayangan: 15 Februari 2018

Sinopsis:

Mengisahkan seorang lelaki lembut dan lemah yang secara tiba-tiba memperolehi kuasa luarbiasa, Badrul (lakonan Aliff Syukri) cuba menjadi adiwira di Kota Kuala Lumpur dengan membantu orang yang berada dalam kesusahan serta menumpaskan penjenayah dan dalam masa yang sama memburu penjahat yang bertanggungjawab menyebakan kematian ibunya, Mak Siah (Lakonan Aminah Rhapor)

Rating: 3/10. Baca Review Badang Disini

18. Munafik 2

Pengarah: Syamsul Yusof
Pelakon: Syamsul Yusof, Maya Karin, Mawi, Nasir Bilal Khan, Fauzi Nawawi, Mak Engku, Datuk Rahim Razali dan Fizz Fairuz.
Studio: Skop Production
Tarikh Tayangan: TBA

Sinopsis:

TBA

19. Bidong The Boat People

Pengarah: Yusof Kelana
Pelakon: Taufik Hanafi, Irene Wong, Livonia Ricky, Zamree
Edaran:  Rex Film Distribution Sdn. Bhd.
Tarikh Tayangan: 1 Mac 2018

Sinopsis

Selepas Perang Vietnam, jutaan orang cuba melarikan diri daripada pemerintahan Komunis di negara tersebut. Pada tahun 1975, pelarian Vietnam telah mendarat di pinggir pantai Pulau Bidong di Malaysia menaiki bot. Pada 1978, jumlah bot yang membawa orang ke pulau tersebut semakin ramai dan akhirnya ia diiktiraf sebagai kem pelarian kepada mereka. Kini 30 tahun kemudian, seorang wanita bernama Klen Bi Dong, yang dilahirkan oleh Hong Yen di pulau itu, mula mengingati tempat itu. Dia dan ibunya yang kini tinggal di Australia pulang ke Pulau Bidong selepas berhubung dengan Adib, seorang rakyat Malaysia yang sedang melakukan penyelidikan mengenai kura-kura di sana. Adib kemudian membantu Hong Yen berhubung dengan Prebet Ali, seorang askar Malaysia yang membantunya ketika berada di pulau itu.

20. Hantu Wangan

Pengarah: Ahmad Idham
Pelakon: Acey, Cat Farish, Risteena Munim, Ruminah Sidek, Nor Albaniah
Studio:  Aifa Studio
Tarikh Tayangan: 22 Mac 2018

Sinopsis

Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang menyesal dengan perbuatan mereka lumba haram apabila terlibat dengan kemalangan jalan raya.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here