Filem-Filem Marvel Cinematic Universe Yang Telah Ditetapkan Tarikh Tayangan

0
671
views

Semenjak mula diperkenalkan pada tahun 2008 menerusi filem Iron Man, sejumlah 17 buat filem Marvel terbitan Marvel Studio telah dihasilkan dan Marvel Cinematic Universe (MCU) kini sudah mengumpul lebih $13 billion hasil kutipan tiket seluruh dunia.

Kini dengan fasa ketiga semakin menghampiri penghujung dan fasa keempat akan bermula selepas tamatnya filem Avengers 4, ramai peminat ternanti-nantikan apakah filem superhero Marvel terbaru yang dirancangkan oleh Kevin Fiege dan kuncu-kuncu.

Menurut president Marvel Studio itu, lebih 20 filem terbaru Marvel akan dihasilkan dan dirancang sehingga tahun 2028, & 3 buah filem tanpa tajuk telah ditetapkan tarikh tayangannya pada 1 May, 7 Ogos dan 6 November tahun 2010 (kemungkinan besar salah satunya adalah Guardians of the Galaxy Vol. 3) tetapi president berkenaan masih menyimpan dengan rapi rahsia Marvel Studio akan filem baru yang akan dihasilkan sehinggalah tamatnya fasa ketiga nanti.

Kami disini ingin kongsikan filem-filem Marvel yang disahkan akan ditayangkan di masa hadapan.

Black Panther

16 Februari 2018

Selepas event Captain America: Civil War, T’Challa kembali ke negaranya yang terasing tetapi cukup maju berbanding bandar-bandar diseluruh dunia. Keupayaan T’Challa sebagai raja baru Wakanda tercabar apabila terlibat dalam konflik dengan musuhnya. Nasib Wakanda dan dunia kini bergantung pada T’Challa sebagai raja Wakanda dan Black Panther dan beliau perlu berkerjasama dengan sekutunya untuk menghapuskan musuhnya dan menyelamatkan Wakanda.

Filem ini diarahkan oleh Ryan Coogler dan dibintangi oleh Chadwick Boseman yang akan membawa watak T’Challa aka Black Panther, Michael B. Jordan, Lupita Nyong’o, Danai Gurira, Martin Freeman, Daniel Kaluuya, Letitia Wright, Winston Duke, Angela Bassett, Forest Whitaker serta Andy Serkis.

The Avengers: Infinity War

4 May 2018

Filem yang paling dinantikan peminat-peminat filem Marvel. Selain menghimpunkan ramai superhero Marvel, ia bakal menyaksikan hala tuju seterunya karakter-karakter superhero Marvel dalan dunia sinematik, samada diteruskan atau dimatikan.

Avengers: Infinity War diarahkan oleh bekas pengarah filem Captain America: The Winter Soldier dan Captain America: Civil War, Anthony and Joe Russo. Antara bintang yang disahkan berlakon dalam filem ini adalah Robert Downey Jr., Chris Evans, Mark Ruffalo, Scalett Johansson, Chris Hemsworth, Tom Hiddleston, Anthony Mackie, Paul Bettany, Elizabeth Olson, Jeremy Renner, Chadwick Boseman, Sebastian Stan, Don Cheadle, Chris Pratt, Dave Bautista, Zoe Saldana, Pom Klementieff, Benedict Cumberbatch, Benedict Wong, Sean Gunn, Tom Holland, Josh Brolin, dan Paul Rudd.

Ant-Man & The Wasp

6 Julai 2018

Filem kedua Ant-Man yang juga di’set’ sebelum event Infinity War. Filem berjudul Ant-Man & The Wasp ini akan menyambung dari event Captain America: Civil War dimana Scott Lang cuba membahagikan masanya dalam menjalanui kehidupannya sebagai seorang bapa kepada anak perempuannya dan juga sebagai superhero. Hope van Dyne dan Hank Pym kemudiannya berjumpa dengan Scott Lang untuk meminta bantuannya menjalankan satu misi baru. Misi tersebut memerlukannya untuk berkerjasama dengan Hope Van Dyne yang kini memakai mantel ibunya, The Wasp

Selain Paul Rudd Rudd dan Evangeline Lilly, antara pelakon lain yang membintangi filem ini adalah Bobby Cannavale, Michael Peña, Tip “T.I.” Harris, Judy Greer, David Dastmalchian, Michael Douglas, Michelle Pfeiffer, Laurence Fishburne, Hannah John-Kamen, Randall Park, dan Walton Goggins.

Captain Marvel

8 Mac 2019

Filem superhero wanita Marvel ini bakal berlatarbelakangkan zaman 90-an dan dikatakan akan diadaptas dari siri komik Marvel yang menampilkan perang diantara bangsa Kree dan Skrull yang membawa perubahan Carol Danvers dari seorang anggota tentera udara US menjadi superhero.

Anna Boden dan Ryan Fleck dipilih sebagai pengarah filem ini, manakala lakonlayar pula ditulis oleh Geneva Robertson-Dworet. Selain Brie Larson, antara yang bakal berlakon dalam filem ini adalah Jude Law, Samuel L. Jackson, Ben Mendelsohn dan DeWanda Wise

Avengers 4

3 May 2019

Setakat ini, tiada tajuk rasmi untuk filem keempat The Avengers itu dan Avengers 4 akan menutup fasa ketiga Marvel Cinematic Unvierse sebelum mereka menuju ke fasa keempat yang bakal menampilkan beberapa watak baru dan filem yang berbeza dari fasa ketiga.

Avengers 4 masih diarahkan Anthony and Joe Russo. Antara bintang yang disahkan berlakon dalam filem ini adalah Robert Downey Jr., Chris Evans, Mark Ruffalo, Scalett Johansson, Chris Hemsworth, Tom Hiddleston, Anthony Mackie, Paul Bettany, Elizabeth Olson, Jeremy Renner, Chadwick Boseman, Sebastian Stan, Don Cheadle, Chris Pratt, Dave Bautista, Zoe Saldana, Pom Klementieff, Benedict Cumberbatch, Benedict Wong, Sean Gunn, Tom Holland, Josh Brolin, dan Paul Rudd.

Spider-Man 2: Homecoming

5 Julai 2019

Filem pertama fasa keempat, masih diperingkat awal perancangan. Marvel Studio dan Sony Pictures berkerjasama sekali lagi dalam menghasilkan sekuel Spider-Man. Plot masih dirahsiakan dan tiada maklumat lanjut mengenai pelakon yang bakal membintangi filem ini melainkan Tom Holland. Spider-Man 2 akan diset selepas filem Avengers 4

Guardians of the Galaxy Vol. 3

2020

Filem ketiga Guardians of the Galaxy Vol. 3 diumumkan oleh James Gunn sejurus tayangan filem kedua Vol. 2. Menurut pengarah berkenaan, filem ketiga arahan beliau ini akan berbeza dari dua filem awal arahannya. Melalui laman Twitter beliau, James Gunn mendedahkan filem Guardians of the Galaxy Vol. 3 akan ditayangkan pada tahun 2020

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here