Filem Bravo 5 Sasar Catat Kutipan RM20 Juta

0
452
views

bravo-5-poster

Filem yang diangkat daripada kisah sebenar perjuangan lima anggota komando Rejimen Gerak Khas menentang komunis, “Bravo 5” menyasarkan kutipan sebanyak RM20 juta oleh Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM).

Menurut penerbitnya, Nik Nor Ashikin, filem ini bertujuan untuk memupuk semangat patriotism di dalam kalangan masyarakat di Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa.

“Sebenarnya untuk melahirkan sebuah filem bercorak sebegini bukan semua berani. Walaupun dari segi prosesnya memakan masa yang agak lama serta menelan belanja yang tinggi, kita telah menerima sokongan jitu daripada Markas Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin,” katanya kepada Utusan Online.

Tambah Ashikin lagi, dia mahu filem “Bravo 5” dapat memberi kesedaran kepada anak-anak muda kini supaya lebih sayangkan tanah air.

Filem arahan Yeop Hitler ini mengisahkan tentang lima anggota komando yang ditugaskan mengesan kedudukan gerila komunis, namun apabila set komunikasi mereka rosak, mereka tidak dapat meminta bantuan dan terpaksa bertempur dengan 200 pejuang komunis.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi YPNM, Datuk Nadzim Johan akan menganjurkan program “Tayangan Amal Patriot – Bravo 5” bersama anak yatim, balu serta bekas anggota komando pada 14 September ini di GSC Quill City Mall.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here