Filem Blok 404 Berada Di Kedudukan Kelima Filem Tempatan Paling Laris 2018 Setakat Ini

0
39
views

Sehingga 12 Julai 2018, filem ‘remake’ Blok 404 arahan Isma Aizal Yusof telah mengumpul kutipan tiket sebanyak RM219 ribu. Kutipan tersebut meletakkan filem thriller ini berada di kedudukan kelima senarai filem tempatan paling laris tahun 2018. Bagaimanapun, filem yang ditayangkan sejak 28 Jun yang lalu gagal mencapai sasaran RM5 juta yang ditetapkan oleh penerbitnya, Datuk Boy Iman.

Dihasilkan dengan modal sebanyak RM800 ribu, Blok 404 dibintangi  Amar Asyraf, Risteena Musnim, Raja Azri, Nadia Brian, Aedy Ashraf, Adrea Abdullah dan Zamarul Hisham.

Sementara itu, sebuah lagi filem tempatan berbahasa Tamil, Atcham Thavir arahan SS Vikneswaran dan Karthik Shamalan hanyak mampu meraih RM91 ribu sejak ia mula ditayangkan 5 Julai yang lalu. Filem ini hanya mampu bertahan selama 7 hari sahaja dipanggung wayang tempatan.

KL Special Force masih lagi berada ditakhta senarai kutipan filem tempatan tahun ini, kemungkinan besar, kedudukan filem akan tercabar apabila dua filem besar iaitu Hantu Kak Limah dan Munafik 2 mula ditayangkan pada bulan Ogos ini.

Berikut adalah senarai kutipan filem-filem tempatan sehingga 12 Julai 2018

KL Special Force – RM 12.2 juta
Dukun – RM 6.2 juta (TIDAK RASMI)
Lee Chong Wei – RM 4.7 Juta
A House of Happiness – RM 1.59 juta
Blok 404 – RM 219,977
Villavan – RM 194,484
Million Loves in Me – RM 183,337
Makrifat Cinta – RM 138,686
Bukan Cinta Malaikat – RM 127,940
Best Story – RM 123,077
Badang – RM 93,496
Amazing Titanman – RM 92,634
Atcham Thavir – RM 91,592
Get Hard – RM 89,834
Hantu Wangan – 89,420.70
Shun Pong O – RM 73,266
Busker – RM 68,739
Ghora – RM 47,819
Surf This Love – RM 47,724
This Is Pilah – RM 45,843
Sughamaai – RM 44,409
Blue Tears – RM 20,128
33KM From KL – 18,779
Qhaliq – RM 14,196
Impermanence – RM 9,313
Enjin No. 9 – 7,566.17
Bidong The Boat People – RM 3,536

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here