Filem Biopik Bob Marley Bakal Dihasilkan

0
31
views

Deadline melaporkan, studio Paramount Pictures dan pemuzik Ziggy Marley telah bekerjsama untuk hasilkan sebuah filem mengenai pemuzik terkenal Bob Marley.

Filem tersebut akan menumpukan kepada perjalanan hidup dan karier Bob Marley yang juga merupakan bapa kepada Ziggy Marley.

Bob Marley boleh dikatakan antara artis paling prolifik dan berpengaruh dalam sejarah industri muzik selepas membawa muzik reggae dalam dunia mainstream muzik selama 20 tahun. Muzik artis tersebut masih mendapat tempat dikalangan peminat-peminat muzik seluruh dunia. Antara lagu-lagu hit beliau antaranya Get Up, Stand Up, Three Little Birds, Buffalo Soldier dan Could You Be Loved. Seperti selebriti-selebriti ikonik seluruh dunia, Bob Marley meninggal dunia pada usia muda iaitu pada umu 36 tahun akibat kanser.

Ziggy Marley telah mengikut jejak langkah bapanya apabila menjadi artis Reggae sehingga berjaya memenangi beberapa anugerah penting. Malah Ziggy juga pernah hasilkan dokumentari mengenai bapanya.

Setakat ini tiada info mengenai siapakah pengarah yang terlibat dalam projek ini dan aktor yang bakal membawakan watak utama Bob Marley.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here