Filem Badang Akan Ditayangkan Di India

0
447
views

Semasa berucap di malam gala tayangan filem Badang di mmCineplexes eCurve semalam, pengarahnya Profesor Dato’ Dr A. Razak Mohaideen mendedahkan, filem arahannya itu telah mendapat perhatian pengedar filem di India dan akan akan dialih ke lima bahasa di India untuk tayangan di seluruh negara di sana.

Menurut pengarah itu lagi, semasa tayangan perdana di UiTM baru-baru ini, pengedar-pengedar filem di India yang turut hadir pada waktu itu menyatakan minat untuk membawa filem Badang ke India, namun ia masih diperingkat perbincangan.

“Filem ini mendapat perhatian pengedar filem dari India selepas mereka menonton filem ini buat kali pertama ketika tayangan di UiTM baru-baru ini. Ketika ini kami masih lagi dalam proses perbincangan dan sekiranya berjaya, filem ini akan dialih suara ke lima bahasa berbeza di India,”

Selain India, Indonesia turut menjadi lokasi pilihan tayangan filem Badang, dan mereka kini sedang dalam proses perbincangan dengan pengedar filem disana.

Walaubagaimanapun, pengarah Profesor Dato’ Dr A. Razak Mohaideen mengakui agak sukar untuk filem Malaysia menembusi pasaran di Indonesia, namun beliau optimis yang ia akan direalisasikan

Filem Badang bakal menemui penonton pada 15 Februari ini

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here