Filem Animasi Super Mario Bros. Bakal Dihasilkan

0
324
views

Illumination Entertainment dan Nintendo telah mengumumkan kerjasama mereka dalam menghasilkan sebuah filem animasi berdasarkan dari permainan video popular, Super Mario Bros. tidak lama lagi. Pengumuman tersebut dibuat oleh Tatsumi Kimishima, president Nintendo

Filem ini akan berlatarbelakang dunia Super Mario Bros. dan akan turut dibiayai oleh Universal Pictures dan Nintendo manakala hak penyiaran seluruh dunia diberikan kepada Universal Pictures.

Ini bukan pertama kali siri permainan tersebut diperkenalkan dilayar perak. Pada tahun 1993, sebuah filem ‘live-action’ Super Mario telah dihasilkan dan dibintangi oleh  Bob Hoskins, John Leguizamo, Dennis Hopper, Samantha Mathis, Fisher Stevens, Fiona Shaw and Richard EdsonBagaimanapun, filem berkenaan dikritik teruk oleh para pengkritik filem.

Setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai tarikh tayangan filem ini diumumkan.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here