Filem Animasi Digimon Bakal Dihasilkan, Akan Menampilkan Kesemua Karakter Asal

0
53
views

Berita baik buat peminat-peminat siri televisyen Digimon, sebuah filem animasi Digimon bakal dihasilkan dan akan menampilkan kesemua karakter asal iaitu Tai, Matt, Sora, Izzy, Mimi, Joe, TK, dan Kari – yang kini sudah mencecah usia 22 tahun. Anda boleh lihat gambaran pertama Tai dan Matt berusia 22 tahun dilaman Twitter dibawah.

Berita tersebut diumumkan oleh studio animasi Toei Animation semasa acara istimewa Digimon bertempat di Tokyo pada Ahad lalu. Menurut studio itu lagi, filem yang bakal dihasilkan nanti ada sempena ulangtahun ke 20 siri tersebut.

Penciptanya, Hiromi Seki yang juga penerbit asal anime Digimon akan menyelia pembikinan filem tersebut. Sementara itu, pereka karakter dan raksasa Digimon, Katsuyoshi Nakatsuru dan Kenji Watanabe akan turut terlibat dalam projek ini.

Francais Digimon bermula pada tahun 1997 sebagai siri haiwan maya berdasarkan pengaruh dari permainan Tamagotchi. Digimon Adventure menjadi anime pertama diikuti permainan video, Digimon World yang mana kedua-dua diterbitkan pada tahun 1999

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here