Filem Akan Datang Fast & Furious Akan Bertempat Di Angkasa Lepas

0
589
views

Pengarah filem The Fate of the Furious tidak menolak kemungkinan franchise filem Fast & Furious akan mengembara ke angkasa lepas pula.

Filem yang asalnya tertumpu kepada perlumbaan kereta pula dilihat semakin lama semakin mengarut dengan aksi didalam kapal terbang yang mengambil masa berbelas-belas minit untuk terbang, kereta terjun dari kapal terbang sehingga dapat mendarat dengan tepat, serta yang terbaru dimana geng-geng Dominic Toretto berlumba dengan kapal selam.

Dengan aksi filem Fast & Furious dilihat semakin mengarut, peminat mula bergurau bahawa filem akan datang mungkin akan mengambil tempat diangkasa.

Gary yang sedar akan gurauan peminat itu berkata pada laman Screenrant akan ada kemungkinan filem akan datang dibuat di angkasa lepas, tetapi dalam nada bergurau.

“Outer space? Listen, I wouldn’t rule anything with this franchise. When I read submarine I’m like ‘OK, anything’s possible’. [Laughs] You never know. I haven’t read “Dom on Mars” yet but again, you just never know.”

Walaupun filem ini dilihat semakin mengarut, ia tidak menghalang franchise Fast & Furious mengaut berbillion dollar hasil tayangannya keseluruh dunia.

Jadi jangan terkejut jika kita dapat menyaksi aksi lumba kereta di Planet Marikh atau Bulan dalam filem The Fast & The Furious akan datang. Mereka kini dalam perancangan untuk menghasilkan dua lagi siri sekuel serta spin-off mengenai salah seorang karakter filem Fast & Furious iaitu Hobbs

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here