Fezrul Khan Dan Isteri Sah Bercerai

0
501
views

Fezrul Khan

Pelakon Fezrul Khan dilaporkan telah bercerai dengan isterinya  Noorhafizah Zulkafli. Kedua-duanya telah bercerai talak satu dan lafaz cerai dilakukan Fezrul di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat dekat sini pada Rabu.

Pelakon utama filem Minyak Dagu dan Sumpahan Kum Kum ini bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung punca perceraian itu.

“Hmmm… Ya. Sejak semalam (bercerai) di Mahkamah Hulu Langat. Selebihnya saya tidak boleh bercakap sekarang. Saya belum bersedia,” katanya kepada mStar Online yang enggan memberitahu sebab sebenar perceraian tersebut.

Fezrul Khan ketika ini sedang menjalani penggambaran drama Alif Iman yang akan disiarkan di saluran TV9.

Fezrul dan Noorhafizah mendirikan rumah tangga pada 5 Mei 2012. Setahun selepas itu pasangan tersebut mendapat seorang anak lelaki iaitu Farrel Khan yang kini berusia dua tahun.
Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here