Fattah Amin Masuk Kelas Untuk Mantapkan Kualiti Lakonan

0
288
views
Kredit gambar: Star.com

Pelakon yang semakin popular dan laku tanah air, Fattah Amin merancang untuk memasuki kelas kemahiran tidak lama lagi bagi memperbaiki mutu dan kualiti lakonan serta nyanyian beliau.

Walaupun beliau menjadi pelakon yang sangat popular pada masakini, popularitinya itu bagaimanapun tidak dapat menghalang kritikan peminat filem dan drama yang mengatakan lakonannya “kayu”.

Menurut laman web Cinemaonline.com, disebalik kritikan peminat, ia sedikit pun tidak menjejaskan kelangsungan kerjaya seninya dan dilihat semakin murah rezeki dengan tawaran-tawaran lakonan yang diterima olehnya.

Selain daripada itu juga, menurut Fattah, perancangannya untuk memasuki kelas lakonan bukan sahaja mempertajamkan kualiti lakonan beliau, malah sebagai langkah untuk bagi mengukuhkan lagi jenama dirinya.

“Ini adalah peracangan untuk 2018. Saya ingin perbaiki diri untuk berdepan dunia yang penuh mencabar.

“Bagaimanapun, saya tidak bermaksud mahu mengurangkan aktiviti seni. Sebaliknya, memberi lebih ruang untuk memperbaiki jenama ‘Fattah Amin’,” Fattah Amin

Selain akan menyertai kelas lakonan dan nyanyian, artis berusia 27 tahun ini juga akan mengikuti kursus perniagaan bagi memantapkan lagi perniagaan miliknya.

Sementara itu, dalam perkembangan terbaru Fattah kini sedang menunggu tayangan filem sulungnya berjudul “KL Special Force” yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Sumber: Cinema Online

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here