Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Fattah Amin Letak Syarat Tidak Boleh “Berjemur” Terlalu Lama


Kredit gambar: Star.com

Pelakon terkenal tanah air, Fattah Amin mengakui meletakan syarat “pelik” iaitu tidak boleh berjemur atau terdedah terlalu lama di bawah panas terik matahari terhadap syarikat penerbit atau pihak yang ingin mendapat khidmat dari pelakon tersebut. Beliau mengakuinya dalam video temubual yang dikeluarkan laman Berita Harian semalam.

Menurut aktor kacak itu, syarat tersebut bagi menjaga kepentingannya untuk menjaga kecantikkan luarannya anggota badannya dan bagi mengelakkan tona warna badannya berubah disebabkan terdedah terlalu lama dibawah sinaran matahari.

Bagi aktor tersebut, penampilannya sangat penting kerana peminat memandang penampilan seseorang selebriti tersebut dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Disebabkan itu, Fattah berkata beliau menitikberatkan setiap anggota pada badannya agar kekal sempurna.

Fattah Amin akan muncul dalam filem aksi KL Special Force arahan Syafiq Yusof

Dalam temubual itu juga, tujuan syarat tersebut diletakkan kepada setiap produksi adalah bagi memelihara tona warna kulit aktor tersebut daripada berubah. Ini kerana jika tona warna kulit Fattah berubah kepada gelap misalnya, ia akan memberi kesan sekirannya dia dipanggil untuk melakukan sesi “photoshoot” gambar.

Fattah Amin kini dalam proses pengambaran KL Special Force dan bakal muncul dalam siri remake Korea, Coffee Prince arahan Michael Ang



Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Poster Rasmi Goda Tarikh Tayangan “Mat Kilau” Pada 23 Jun Ini

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

Fattah Amin & Janna Nick Dinobatkan Pelakon Filem Popular ABPBH Ke-34

Kakimuvee

Gandingan Fattah Amin & Diana Danielle Dalam Kisah Percintaan Fantasi Romantik GANJIL Oleh Viu

Kakimuvee