Fattah Amin Dijemput Sertai Kelas Lakonan Oleh Fauziah Ahmad Daud

0
138
views
Sumber gambar: Astro Gempak

Pelakon Fauziah Ahmad Daud atau dikenali juga sebagi Ogy telah menjemput pelakon Fattah Amin untuk sertai kelas lakonan yang dianjurkan oleh pelakon veteren itu.

Menurut laporan dari Astro Awani, tujuan Ogy menjemput pelakon filem KL Special Force itu adalah untuk memantapkan kualiti lakonan aktor tersebut.

“Saya mahu Fattah Amin untuk datang ke kelas saya belajar lebih banyak ilmu daripada segi lakonan supaya dapat mempelbagaikan teknik penyampaian dalam lakonan.

“Rugi sekiranya dia tidak menggunakan peluang yang ada sekarang ini kerana namanya tengah popular. Apa yang saya lihat pelakon sekarang tidak tahu untuk bermain dengan emosi ketika berlakon.

“Mereka ini lebih pada menghafal skrip daripada penghayatan dalam setiap watak yang diberikan. Ini kerana mereka tidak faham situasi apa yang ingin dilakonkan jadi bagaimana mereka hendak faham emosi yang hendak disampaikan kepada penonton,”

Ogy ditemui semasa sidang media Sepetang Bersama Bonda Ratuku, di Hotel Premiera, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Fattah Amin merupakan antara pelakon terkenal dalam industri tanah air, bagaimanapun kualiti lakonannya sering dikritik para netizen dengan melabelkannya sebagai seorang pelakon ‘kayu’

Jadi kepada peminat-peminat Fattah Amin, perlukah pelakon tersebut memasuki kelas lakonan yang diadakan oleh Ogy? berikan pendapat anda diruangan komen

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here