Fast & Furious 8 Memulakan Pengambaran Di Iceland

0
688
views

Fast-and-Furious-7-Vin-Diesel-explosion

Pelancaran filem ke lapan Fast & Furious hanya lebih kurang setahun sahaja lagi dan krew produksi dikatakan telah memulakan sesi pengambaran filem yang berlatar belakangkan bandar New York sebagai tempat mereka beraksi.

Namun begitu, walaupun filem berkenaan bakal menampilkan latar belakang bandar New York, lokasi pengambaran bukanlah dibandar tersebut tetapi ditempat lain. Memandangkan New York adalah sebuah bandar yang sibuk, adalah mustahil untuk krew produksi menjalankan pengambaran filem berskala besar. Jadi berbekalkan teknologi yang mereka ada, pihak produksi mengambil keputusan yang memilih lokasi yang sesuai dan tidak sibuk.

Pada mulanya, pihak Universal Pictures memilih untuk melakukan pengambaran di Cuba, namun mereka telah menukarnya disaat akhir dan memilih sebuah bandar di Negara Iceland iaitu Bandar Reykjavik. Ini telah disahkan oleh Datuk Bandar tersebut dan menyatakan krew filem akan datang ke bandar itu pada bulan April ini.

Cuma buat masa ini, tidak disahkan sama ada para pelakon akan turut melakukan pengambaran disana atau tidak, ataupun mungkin pihak produksi hanya menggunakan bandar tersebut sebagai backdrop untuk filem mereka.

Furious-7-skyscraper-jump

Menurut pengarah F. Gary Gray, beliau mahukan filem terbaru ini tidak seperti filem-filem Fast & Furious yang sebelumnya. Beliau mahu memastikan penonton melihat filem lain daripada filem sebelum ini dan beliau juga berharap kerjasama dengan para pelakon mampu menghasilkan filem yang penuh dengan aksi.

Selain itu juga, menurut Gary, filem ini juga bakal menghasilkan letupan terbesar sepanjang ini dibuat. Sepertimana aksi stunt kereta melompat diantara bangunan di Abu Dhabi dalam filem Fast 7, filem ini akan menghasilkan aksi-aksi letupan yang pasti membuatkan para penonton teruja.

Gary akan berkerjasama dengan Van Diesel dalam menjayakan filem terbaru ini. Selain itu juga, Ludacris, Tyrese Gibson, Dwayne Johnson, Jason Statham dan Eva Mendes akan kembali membintangi filem ini. Dengan mematikan watak Brian O’Conner dalam sekuel ke-7 Fast & Furious, ia telah menukar hala tuju filem ini dari konsep asal. Bagaimanapun, peminat filem Fast & Furious tetap berharap filem ini masih dapat mengekalkan kelajuan, aksi dan stunt yang menghiburkan .

Fast & Furious 8 akan menemui penonton pada 17 April 2017

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here