Faizal Hussein Akui Terkejut Dicalonkan Dalam Anugerah FFM27

0
231
views
www.cinema.com.my
www.cinema.com.my

Pelakon utama filem Kapsul, Faizal Hussein mengakui tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk mengondol anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di anugerah Festival Filem Malaysia ke-27 yang akan berlangsung pada 5 September ini bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Pelakon berusia 47 tahun tersebut berkata dia terkejut dicalonkan dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem “Manisnya Cinta Di Cappadocia” dan ini merupakan kali ketiga namanya tercalon dalam anugerah industri perfileman paling berprestij tanah air. Pada Festival Filem Malaysia ke-25, Faizal Hussein memenangi anugerah dalam Kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Bunohan. 

Menurut mStar, dia tidak meletakkan harapan tinggi untuk memenangi anugerah tersebut.

“Menang atau kalah itu nombor dua, apa yang penting kita dapat turut serta dalam anugerah khas untuk pengiat filem ini.

“Ia juga peluang untuk bertemu dengan rakan-rakan artis lama yang tidak berjumpa serta nama-nama besar dalam industri,”

–  Faizal Hussein

Faizal Hussein akan bersaing dengan  pelakon lain termasuk Fizz Fairuz, Amirul Afendi, Syazwan Zulkifly dan Nasir Bilal Khan.

Untuk festival kali ini, filem Manisnya Cinta Di Cappadocia juga tercalon dalam beberapa kategori antaranya kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik menerusi pelakon Raykarl Iskandar, Kategori Skor Musik Asal Terbaik, kategori Sinematografi Terbaik, kategori Pereka Kostum/Busana Terbaik, Kategori Lakonlayar Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik menerusi pelakon Fazura, Pengarah Terbaik dan juga Filem Terbaik.

Anugerah gilang gemilang itu akan berlangsung pada 5 September ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada pukul 8.30 malam.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here