Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Emma Maembong Pilih Membintangi Drama Berbanding Filem


Sumber gambar: Cinema Online

Walaupun pernah berlakon dalam filem Werewolf Dari Bangladesh arahan Mamat Khalid dan Kimchi Untuk Awak arahan Michael Ang, pelakon Emma Maembong mendedahkan yang beliau belum bersedia untuk kembali ke layar perak.

Beliau berkata demikian semasa ditemubual oleh laman akbar Kosmo! baru-baru ini.

“Tidak dinafikan, saya ada banyak tawaran berlakon filem. Tetapi disebabkan masih belum bersedia untuk tampil di layar perak, saya mengambil keputusan untuk menimba lebih banyak pengalaman membintangi drama rantaian.”

Beliau turut mendedahkan yang dirinya masih perlu banyak belajar untuk membaiki kualiti lakonannya kerana bimbang akan mendapat kecaman peminat sekirannya kualiti lakonannya teruk.

“Saya mendapati kualiti lakonan saya dalam filem masih perlu banyak diperbaiki kerana bimbang akan kecaman peminat. Namun bersyukur apabila usaha keras sepanjang lima tahun membuahkan hasil apabila berjaya bawa pulang trofi Ratu Telenovela dan Pelakon Wanita Profilik di Anugerah Telenovela 2017 baru-baru ini,”


Dalam pada itu, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail berkata buat masa ini dia mahu berehat seketika dari sebarang aktiviti seni sebelum kembali ke set penggambaran pada hujung bulan untuk projek sempena sambutan Aidilfitri berjudul Awak Suka Saya Tak?

Selain berlakon, Emma turut memberitahu pada tahun 2018 dia akan memberi lebih perhatian juga kepada perniagaan kosmetik dan tudung yang diusahakannya.


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee