Emma Maembong Berang Dengan Zizan Razak

0
604
views
sumber gambar: Rotikaya.com
sumber gambar: Rotikaya.com

Pelakon drama Isteri Separuh Masa Emma Maembong dikatakan berang dengan bekas kekasihnya, Zizan Razak kerana sering membawa cerita-cerita tidak elok mengenainya.

Menurut Emma, selama ini Zizan Razak hanya memberi kenyataan tidak benar tentang perpisahan mereka pada awak tahun ini.

Kemarahan Emma tidak dapat dibendung lagi apabila dia memuatnaik status mengenai bekas kekasihnya itu di laman twitter.

Menurut Emma lagi, dia tahu mengenai cerita negatif itu apabila Zizan Razak menyampai cerita yang direka kepada orang lain, dan cerita tersebut sampai ke telinga beliau.

“Awal perpisahan kami dahulu, saya ada ajak dia bertemu untuk menjelaskan apa yang terbuku dan tidak puas hati. Tapi dia menolak dan cuba menghilangkan diri. Bagi saya tak perlu jadi begitu kerana masing-masing berada dalam industri yang sama,”

Tambah Emma lagi, pelawak itu kini dilihat semakin menjadi-jadi memburukkan namanya sedangkan, dia tidak pun berbuat demikian kepada Zizan.

Dalam pada itu, Emma berkata dia tidak mahu bermusuh dengan sesiapa termasuk Zizan kerana ia tidak memberi sebarang manfaat kepada dirinya dan juga membuang masa.

sumber: www.tupai.com.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here