Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Gosip

Elizabeth Tan Bakal Bergelar Pelakon?


elizabeth-tan-interview

Penyanyi lagu Knock-Knock, Elizabeth Tan buang rasa malu untuk menghadiri uji bakat lakonan kerana minat mendalam terhadap bidang lakonan.

Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy,23, berkata, kesungguhannya itu kerana ingin mengejar impiannya untuk bergelar pelakon kerana ia adalah cabang seni yang diminatinya sejak kecil.

“Saya minat berlakon daripada kanak-kanak lagi tapi rezeki menyanyi datang dahulu namun saya tidak patah semangat untuk meneruskan impian bergelar pelakon.

“Saya sering menghadiri ujibakat lakonan sehingga kadang-kadang mereka terperanjat dan tidak tahu saya minat berlakon, tapi malang jarang ada watak yang sesuai untuk saya,” ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Elizabeth, dia tidak pernah berasa malu untuk terus mencuba nasib bagi merealisasikan impiannya bergelar pelakon.


Dia yang pernah muncul dalam filem Usop Wilcha: Menghonjang Makhluk Muzium ini berkata, dia bakal terlibat dengan sebuah filem dan drama terbitan RTM penghujung tahun ini.

Dalam pada itu, menceritakan minatnya sebagai pelakon, penyanyi lagu Tabah ini berkata, dia sering bercakap depan cermin dan meniru beberapa watak dalam drama.

Katanya, filem pertama yang menjadi rujukannya ialah Pisau Cukur lakonan Maya Karin dan Nur Fazura.

“Saya suka berlakon dan cakap depan cermin. Kadang-kadang dalam kereta pun saya cakap seolah-olah sedang berlakon.

“Tapi saya sedar tahap penguasaan bahasa Melayu membuatkan saya sukar untuk mendapat watak yang sesuai untuk drama-drama tempatan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, muzik video single terbaharunya berjudul Tabah baharu sahaja dilancarkan pada malam Rabu lalu.

Katanya, dia seronok menjalani penggambaran muzik video tersebut biarpun terpaksa mengambil masa selama 18 jam.

“Penggambaran uzik video mengambil masa 18 jam dan ia sangat seronok, saya tidak kisah menunggu lama yang penting hasil dan kualiti yang memuaskan,”ujarnya.


Related posts

Review Filem: Mat Bond Malaya (2021)

Kakimuvee

Elizabeth Tan Akan Membuat Penampilan Istimewa Dalam Filem “Gila Gusti”

Kakimuvee

Elizabeth Tan Ingin Beri Tumpuan Dalam Bidang Lakonan

Kakimuvee

Elizabeth Tan Bakal Muncul Dalam Drama My Darling Inspektor Daniel

Kakimuvee