Eksploitasi Wanita Dalam Filem The Herd

0
547
views

herdposter

Pernah tak anda bayangkan satu hari nanti manusia diekploitasikan oleh manusia lain untuk penghasilan produk sebagai contoh susu badan. Jika sekarang berlaku pemerdagangan manusia dan pencurian organ, tidak mustahil ianya boleh berlaku dengan lebih cara yang extreme.

Dalam filem pendek, The Herd, golongan wanita telah dieksploitasi oleh kapitalis untuk mendapatkan susu badan mereka yang dikatakan bagus untuk kecantikan kulit. Dalam filem tersebut ditunjukan kekejaman yang berlaku terhadap wanita-wanita tersebut apabila susu badan mereka diperah secara paksa, diseksa, dipaksa mengandung dan anak yang dilahirkan dipisahkan dari ibu semata-mata kerana susu

Herd2

Filem seram thriller ini diarahan pengarah Melanie Light dan ditulis oleh Ed Pope dihasilkan pada tahun 2015 dan ianya bukan filem besar seperti filem-filem Hollywood yang lain. Ianya dihasilkan oleh entiti bebas yang lebih kepada menyampai mesej kepada penonton bukannya mengaut keuntungan.

The Herd sebenarnya ditujukan mengenai senario kekejaman manusia terhadap lembu betina dalam industri penghasilan susu lembu. Dalam filem ini, Pengarah Melanie Light menggantikan lembu betina dengan wanita dalam filem ini bagi mengekspresikan kekejaman yang berlaku dalam industri tersebut dan seterusnya membuka mata penonton mengenai kisah sebenar yang disebalik industri penghasilan susu lembu.

Dibintang oleh pelakon – pelakon yang rata-ratanya wanita iaitu Starring Pollyanna McIntosh, Victoria Broom and Charlotte Hunter. Dylan Barnes, Jon Campling, Francessca Fowler, Andrew Shim dan Sarah Jane Honeywell, filem ini berjaya menyampaikan mesej kepada penonton tentang apa yang sebenarnya berlaku disebalik kotak susu lembu segar yang mereka minum setiap pagi.

Herd4

Filem The Herd telah memenangi anugerah antarabangsa iaitu.

– Best Short film – Festival Boca do Inferno 2 (Brazil ) Nov 2015
– Best Cinematography- Bart Sienkiewicz – British Horror Film Festival ( UK) Nov 2015
– Best Short Horror Film – Celluloid Screams ( UK ) Oct 2015
– Best Foreign Short film – Russian Annual Horror Film Awards (Russia ) Jan 2015
– Best Horror Short – London Independent Film Festival (UK) April 2015
– Best Horror /Sci Fi – Sunderland Shorts (UK) July 2015

Walaupun ianya filem independent, tetapi jalan cerita & cinematografi filem ini seolah-olah dihasilkan oleh syarikat produksi gergasi. Begitu itu sahaja, jalan cerita filem ini memberi kesan mendalam kepada penonton.

untuk mengentahui lebih lanjut mengenai filem pendek ini, lawati laman facebook mereka iaitu www.facebook.com/TheHerdMovie

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here