Easter Egg Black Panther Rupanya Telah Ditunjukkan Dalam Iron Man 2

0
566
views

Filem-filem Marvel Cinematic Universe (MCU) memang kaya dengan ester egg serta petunjuk yang disembunyikan oleh penerbit, pengarah, pereka grafik mahupun dari pelakonnya sendiri. Tujuan adalah mereka mahu membuat hubungan diantara filem-filem dalam ‘universe’ sinematik itu sendiri.

Sebelum penampilan pertama Black Panther dalam filem Captain America: Civil War, tiada satu pun peminat-peminat Marvel sangka bahawa Black Panther akan membuat ‘debut’ dalam dunia MCU. Kebiasaannya, Marvel akan menyelitkan easter egg atau petunjuk dalam filem terutamannya semasa babak ‘post credit’ untuk memberi ‘hint’ tentang filem Marvel seterusnya. Sebagai contoh, Captain America telah diperkenallkan dalam filem Incredible Hulk menerusi easter egg yang disembunyikan dalam filem tersebut, begitu juga filem Thor menerusi babak ‘post credit’ filem Iron Man 2.

Bagi Black Panther, bermula dari filem pertama iaitu Iron Man sehingga Captain America: Civil War, tiada sebarang easter egg tentang karakter tersebut disedari oleh peminat-peminat Marvel sehinggalah baru-baru ini sebuah video dari babak filem Iron Man 2 mendedahkan bahawa Black Panther telah lama ditunjukkan dalam dunia MCU.

Video yang memaparkan Nick Fury dan Tony Stark sedang berbincang mengenai Avengers itu menunjukkan sebuah peta benua Afrika dimana terdapat tanda pada bahagian timur benua tersebut. Tempat yang bertanda merupakan lokasi negara milik Black Panther, Wakanda. Anda boleh tonton video tersebut dibawah.

Selain itu juga, peta tersebut mendedahkan satu lagi lokasi yang dipercayai Atlantis. Adakah ini menandakan watak Namor juga bakal diperkenalkan dalam dunia MCU?

Well, Marvel memang banyak menyembunyikan petunjuk dalam filem-filem mereka, agak menarik sebenarnya jika kita dapat merungkai easter egg yang disembunyikan dan melihat perancangan Marvel dalam penghasilan filem mereka dimasa hadapan.

p/s: Lihat titik pada peta diatas, dibahagaian Artic, adakah itu lokasi tempat Captain America terhempas?

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here