Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Aktres Dynas Mokhtar Kembali Aktif Berlakon


Dynas Mokhtar

Setelah beberapa tahun menyepikan diri dari dunia lakonan, pelakon dan usahawan Dynas Mokhtar kini sudah bersedia untuk kembali beraksi di hadapan kamera.

Kemunculan semula Dynas atau nama sebenarnya Edrinas Wan Mokhtar menyaksikan dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran beberapa filem dan drama.

“Saya juga baru sahaja habis menjalani penggambaran filem “Tombiruo: Penunggu Rimba”. InsyaAllah, beberapa filem saya akan ditayangkan tahun ini.”

“Sekarang saya sedang menjalani penggambaran filem “Bukan Cinta Malaikat” bersama Aziz M Osman dan Nora Danish serta drama “Cik Serba Tahu” bersama Sari Yanti,”

Malah pelakon berusia 33 tahun itu juga mendedahkan dia berkemungkinan akan terlibat lagi dalam beberapa buah filem baru tahun ini.

Dalam pada itu, Dynas mengakui tahun 2017 merupakan tahun paling sibuk sepanjang 10 tahun bergelar anak seni dan juga ahli perniagaan.

Oleh itu, dia akan cuba sedaya upaya untuk menguruskan masa dengan baik agar kedua-dua bidang tersebut berkembang selain menjaga keluarganya.


Sementara itu, bercerita lanjut tentang perniagaan jenama pakaiannya, Dynas Nursering Attire (DNA), dia mengakui perniagaannya itu semakin mendapat sambutan.

Dia kemudian telah melebarkan sayap perniagaan dengan melancarkan rangkaian pakaian kanak-kanak pula di bawah jenama Syampom by Dynas Mokhtar.

Sumber: Sinar Harian


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee