Dwayne Johnson Pertahankan Spin Off Fast And Furious

0
10
views

Penundaan tarikh tayangan filem Fast 9 dari tahun 2019 ke tahun 2020 semata-mata mahu memberi laluan kepada filem spin off yang dibintangi oleh oleh Dwayne Johnson dan Jason Statham telah menyebabkan salah seorang pelakon franchise berkenaan, Tyrese Gibson meluahkan perasaan tidak puas hatinya di laman Instagram sejurus selepas Universal Pictures mengumumkan tarikh baru kedua-dua filem berkenaan.

Beliau bukan sahaja kecewa dengan perubahan tarikah tersebut, malah turut memerli bekas ahli gusti WWE itu dengan mengatakan franchise Fast & Furious adalah mengenai aktor tersebut dan mencipta hashtag #TeamDwayne

Chemistry diantara watak Luke Hobbs dan Deckard Shaw begitu menjadi lebih-lebih lagi dalam filem The Fate of the Furious apabila watak tersebut berkerjasama dalam menghapuskan penjahat Cipher walaupun dalam filem ketujuh kedua-dua watak tersebut merupakan musuh antara satu sama lain. Ini telah mendorong Universal Pictures mengembangkan lagi franchise Fast & Furious dengan menghasilkan spin off kedua-dua watak tersebut.

Kritikan Tyrese terhadap filem spinoff berkenaan serta terhadap diri telah menyebabkan Dwayne Johnson mengeluarkan kenyataan di laman twitter miliknya mempertahankan keputusan studio mendahulukan filem Spin off berbanding sekuel sebenar.

Tyrese sebelum ini juga mendedahkan bahawa dia dan seorang lagi pelakon dalam franchise tersebut Ludacris pernah ditawarkan filem spinoff tetapi mereka menolaknya demi peminat yang menantikan sekuel seterus filem seterusnya. Tidak seperti Hobb dan Deckard yang banyak mempamerkan aksi-aksi, watak Tyrese dan Ludacris juga antara watak kegemaran peminat kerana mereka berdua mampu membuatkan penonton ketawa dengan babak-babak humor dalam filem berkenaan.

Ini bukan kali pertama drama seperti ini ditonjolkan oleh pelakon-pelakon Fast & Furious, sebelum ini Michelle Rodriguez pernah mengugut untuk meninggalkan franchise berkenaan jika pelakon wanita tidak diberikan peluang samarata seperti pelakon-pelakon lelaki. Malam sebelum tayangan Fast 8, dua pelakon utama Dwayne dan Vin Diesel dilaporkan tidak “sebulu” namun segalanya berubah selepas tayangan Fast 8 apabila kedua-dua pelakon berkenaan dilihat berbaik-baik

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here