Dwayne Johnson mendedahkan plot filem Rampage

0
590
views

Filem Dwayne Johnson akan datang berdasarkan permainan video, RAMPAGE, membuktikan bahawa tidak kira apa senario sekalipun Dwayne Johnson sentiasa mampu menyelamatkan keadaan.

Wanita jahat dengan rambut Bob Marley? Tiada masalah. Gempa bumi besar-besaran? Hmm mungkin sukar, untuk manusia biasa tetapi tidak The Rock. Sekarang boleh ditambah “raksasa gergasi di bandar” kepada senarai itu, dan Dwayne Johnson telah memberitahu sedikit terperinci plot filem tersebut di Instagram The Rock 3 hari lepas, menyusun atur dengan tepat mengapa beliau perlu menggunakan daya tarikan dan otot untuk menyelamatkan ‘keadaan’ sekali lagi.

Menurut Dwayne Johnson di Instagramnya:

Saya mengetuai unit anti pemburuan haram Rwanda. rakan baik saya adalah gorila albino yang dinamakan, George. orang jahat telah menjangkiti George, buaya dan serigala dengan serum. Ketiga-tiga haiwan berkembang pada kadar yang tidak disangka. saiz mereka, kelajuan, ketangkasan dan keganasan meningkat.

Mereka mengamuk dan dan mahu memusnahkan dunia. George tidak gembira. Saya tidak gembira. Apabila haiwan menyukai anda, mereka menjilat anda. Apabila mereka tidak suka anda, mereka membunuh anda.

Saya akan memburu orang jahat yang melakukan ini kepada kawan baik saya. Dan apabila saya dapati mereka, saya tidak akan menjilat mereka. Kami mempunyai pasukan yang terbaik yang membuat VFX raksasa (Weta) di planet ini. pelakon dan krew kami telah bekerja keras untuk meningkatkan tahap genre raksasa. 

Sekarang, Warner Bros telah secara rasmi mengumumkan permulaan produksi filem adaptasi permainan video yang mendapati ketiga-tiga daripada pemangsa alpha diubah secara genetik memusnahkan segala-galanya. Dwayne Johnson di Facebooknya hari ini berkongsi foto daripada set filem arahan Brad Peyton ini yang menunjukkan Dwayne Johnson berdiri bersama Jason Liles, yang memgang peranan sebagai gorila albino yang bernama George yang merupakan teman baik watak  Dwayne Johnson.

Bersama-sama dengan gambar ini, Dwayne Johnson mengulas:

Dalam cerita kami, kami mempunyai tiga haiwan yang menjadi mangsa kepada genetik jahat, pesat berubah setiap  DNA mereka supaya mereka membesar, berkembang dan berubah. Segala-galanya menjadi dikuatkan. saiz, kekuatan, kelajuan, keganasan mereka. Salah satu daripada haiwan yang dijangkiti – gorila Albino dinamakan, George, adalah kawan baik saya.

George, dimainkan oleh 6’9 Jason Liles, seperti di dalam gambar ini. Jason telah mengkaji gorila untuk beberpa bulan dan bersedia untuk peranannya tentang gorila, pergerakan gorila, bahasa badan, dan semua emosi – kegembiraan, kesakitan, kesedihan, dan lain-lain. Ia adalah gila apabila anda di sekitar orang ini dan bagaimana beliau dapat menjelmakan gorila.

Ini adalah proses maju VFX yang paling menarik yang pernah saya bekerja  dalam kerjaya saya. Kami mempunyai pasukan mo-cap yang terbaik di di dunia (Weta Digital). dan anda akan mendapatkan rasa teknologi baru ini dalam filem yang yang akan datang iaitu war of the Planet of the apes beruk serta avatar James Cameron.

Dengan semua teknologi canggih  dalam filem kami, perkara ini merupakan pengalaman yang menyeronokkan apabila anda menontonnya.. Kerana apabila kawan baik saya, George tidak gembira, maka saya tidak gembira. Dan apabila saya tidak gembira, orang jahat menjadi makan tengah hari kami.

Filem ini juga akan dilakonkan oleh Naomie Harris, Malin Akerman, Jake Lacy, Joe Manganiello, Jeffrey Dean Morgan, P.J. Byrne, Marley Shelton, Breanne Hill, Jack Quaid dan Matt Gerald.

Warner Bros turut mengeluarkan sinopsis rasmi filem ini, lebih kurang sama seperti yang The Rock beritahu:

Primatologist, Davis Okoye (Johnson), seorang lelaki yang suka memencilkan diri, berkongsi ikatan yang teguh dengan George, gorila silverback luar biasa pintar yang telah berada dalam jagaannya sejak lahir.

Tetapi satu eksperimen genetik penjahat telah salah mengubah beruk ‘sopan’ itu menjadi raksasa yang suka mengamuk. Lebih teruk lagi, terdapat lain-lain pemangsa alpha yang turut sama diubah.

Sebagai raksasa yang baru diwujudkan, memusnahkan segala-galanya, pasukan Okoye dengan seorang jurutera genetik berusaha untuk mendapatkan penawar, berjuang melalui medan perang yang sentiasa berubah, bukan sahaja untuk menghentikan malapetaka global tetapi untuk menyelamatkan makhluk menakutkan yang merupakan kawannya.

Filem Rampage akan ditayangkan pada 20 April 2018.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here