Dwayne Johnson Jangkakan Penggambaran Filem Black Adam Pada 2019

0
137
views

Black Adam merupakan salah satu filem karakter DC yang dirancang oleh Warner Bros. dan juga DC Entertainment. Bagaimanapun, pihak studio tidak memberikan sebarang berita terbaru tentang filem yang bakal dibintangi oleh Dwayne Johnson sehinggakan peminat tertanya-tanya tentang status filem berkenaan.

Dwayne Johnson yang akan membawakan karakter Black Adam baru-baru ini memberikan sedikit berita gembira kepada peminat filem DC tentang perkembangan terbaru filem Black Adam. Semasa sedang mempromosikan filem Rampage, Dwayne Johnson menjangkakan filem DC lakonannya itu akan memulakan penggambarannya pada 2019 dan beliau telah pun melihat skrip yang bakal diterimanya nanti.

“The script came in, it’s great, we’re working on it. I’m very excited about it. If things come together in the way we anticipate them coming together, that feels like a 2019 movie — in production.”

Black Adam kini sedang ditulis oleh Adam Sztykiel dan buat masa ini tiada tarikh rasmi tayangan Black Adam diumumkan oleh pihak Warner Bros. Bagaimanapun, peminat bakal menyaksikan terlebih dahulu filem musuh kepada Black Adam iaitu Shazam! yang akan menemui penonton pada 5 April 2019

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here