Durasi Filem Black Panther Telah Didedahkan

0
435
views

Durasi filem Black Panther telah pun didedahkan. Menurut laman web comicbookmovie.com, durasi filem superhero berkenaan adalah 134 minit, antara filem superhero Marvel yang paling tempoh tayangannya.

Setakat ini, filem Captain America: Civil War masih memegang tempoh terpanjang durasi tayangan iaitu selama 147 minit, diikuti filem Doctor Strange selama 115 minit dan Ant-Man selama 114 minit.

Selain itu juga, Black Panther menjadi filem superhero Marvel yang mendapat solid 100% rating dilaman web pengkritik Rottentomatoes selepas para pengkritik mengeluarkan review mereka sejurus tempoh embargo review filem tamat.

Diklasfikasikan sebagai PG-13, Black Panther akan mula ditayangkan di Malaysia pada petang 14 Februari 2018. Kepada peminat filem Marvel, dah tak sabar menonton filem Black Panther?

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here