Dukun Catat Kutipan Kedua Tertinggi Setakat Ini, Lee Chong Wei Kutip RM4 Juta

0
118
views

Filem yang telah lama disimpan oleh Astro Shaw, Dukun berjaya mencipta kejutan dengan kutipan tiket yang cukup memberangsangkan walaupun tiada promosi besar-besaran dilakukan. Disiapkan pada tahun 2006 sebelum diharamkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF), filem Dukun telah berjaya mengutip lebih RM6 juta sejak ia mula dibenarkan tayangan pada 5 April yang lalu

Dukun diarahkan oleh Dain Said dan dibintangi oleh beberapa nama hebat seperti Ummi Aida, Adlin Aman Ramlie, Namron, Faizal Hussein, Bront Palarae, Nadiya Nisaa, Mislina Mustafa, Soffi Jikan, Hasnul Rahmat dan Elyana.

Sementara itu, filem biopik pemain badminton negara, Dato Lee Chong Wei yang berjudul Lee Chong Wei – Rise of the Legend terus mencatatkan kutipan memberangsangkan dengan kini telah mencecah RM4.5 juta, kutipan ketiga tertinggi filem tempatan setakat ini dibelakang Dukun dan KL Special Force.

Filem yang baru ditayangkan, Enjin No. 9 arahan Raja Azmi dan terbitan Rangkaian Melati Production hanya mampu mengaut RM7.5 ribu sahaja sejak ia ditayangkan pada 29 Mac yang lalu. Kutipan itu meletakkan filem komedi itu berada ditangga kedua filem paling rendah kutipan tiket 2018 setakat ini dibelakang filem Bidong The Boat People. 

Berikut adalah senarai kutipan terkini filem-filem tempatan sehingga 15 April 2018

KL Special Force – RM 11.5 juta
Dukun – RM 6.2 juta (TIDAK RASMI)
Lee Chong Wei – RM 4.5 Juta
A House of Happiness – RM 1.59 juta
Makrifat Cinta – RM 138,686
Bukan Cinta Malaikat – RM 134,324
Best Story – RM 123,077
Amazing Titanman – RM 92,634
Get Hard – RM 89,834
Hantu Wangan – 89,420.70
Badang – RM 74,148
Busker – RM 68,739
Surf This Love – RM 47,724
33KM From KL – 18,779
Enjin No. 9 – 7,566.17
Bidong The Boat People – RM 3,536

Jumlah keseluruhan kutipan tiket = RM  24.75 juta
Sumber: Finas

 

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here